LANGSUNG: Paduka nasihati rakyat supaya bersabar
"Kita ambil berat... bersabarlah. Pertama sekali, biarkan saya mesyuarat dulu (dengan ahli parlimen).
"Saya harap kita akan dapat penyelesaian terbaik untuk negara," katanya.
Terdahulu, baginda menyerahkan hidangan makan tengahari dari McDonald's kepada media yang bertugas di sini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata kumpulan pertama 90 ahli parlimen akan menghadap Seri Paduka mulai jam 2.30 petang hari ini.
Mereka dipanggil menghadap secara rawak tanpa mengikut parti masing-masing dalam pertemuan bersemuka dengan baginda.
Masing-masing akan diberikan dua hingga tiga minit untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan pertemuan itu akan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Ahli Parlimen yang lain akan menghadap Seri Paduka esok.
"Baki lagi 131 Ahli Parlimen akan dipanggil menghadap baginda, esok, selain keseluruhan proses temu bual ini dijangka tamat pada jam 7 malam nanti.
"Setakat ini kita tidak boleh dedahkan siapa ahli parlimen yang dipanggil menghadap baginda hari ini. Bagaimanapun, tiada sesiapa bekas menteri atau timbalan menteri yang akan menyertai sesi ini.
"Baginda perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang yang dipilih," kata Ahmad Fadil.
Anwar tiba di Perdana Putra
12.35 tengah hari: Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya - Presiden PKR, Anwar Ibrahim dilihat memasuki bangunan Perdana Putra.
Kenderaannya tidak berhenti untuk membolehkannya bercakap dengan media.
Buat masa ini, sudah ada beberapa pemimpin dari pelbagai parti memasuki pekarangan bangunan berkenaan bagi menemui perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad.
Antara
mereka yang dilihat memasuki bangunan berkenaan ialah Presiden Bersatu,
Muhyiddin Yassin; Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen
Semberong, Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan
Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun keadaan itu belum pasti tetapi PAS mempunyai potensi.
"Tak tahu lagi, tapi dalam keadaan sekarang kita ada potensilah.
"Ada kemungkinan kita ada berada dalam kerajaan persekutuan nanti," katanya kepada media ketika ditemui selepas pramesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai potensi dan persediaan PAS dalam situasi politik semasa.
Amiruddin berkata beliau bertemu dengan Pengerusi bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari sebelum pertemuan di istana.
Walaupun tanpa Bersatu, gabungan PKR, DAP dan Amanah masih mempunyai majoriti yang selesa di Dun Selangor.
12.15 tengah hari: Istana Negara - Anggota media yang berada di pejabat pengurusan di Istana Negara diberi taklimat khas oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, mengenai susunan acara hari ini yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang ini.
"Kini kerajaan PH dah tak ada. Tun hanya sebagai PM sementara sebelum PM berkabinet baru dilantik Yang di-Pertuan Agong.
"Bila
Tun M dapat sokongan majoriti (lebih 112 kerusi) beliau boleh tubuh
kerajaan baru, tapi bukan kerajaan PH lagi. Harap MP yang berdepan YDPA
hari ini tak pusing belakang," katanya di Twitter.
Yang di-Pertuan Agong dijangka sedang menilai sokongan anggota parlimen hari ini, untuk melihat apakah kerajaan baru dapat dibentuk.
Sebaliknya, Nurul Izzah berkata beliau hanya membantu ibunya mengemas barang-barang di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
"Kami
bersama ibu mengambil barang-barang dari pejabat TPM dan kemudian kami
beralih ke Kementerian Wanita (untuk mengemas barang-barang)," katanya.
Nurul Izzah menambah ibunya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang telah berkhidmat di bawah kementeriannya.
Selamat bertugas, kata Maszlee kepada wartawan
11.45 pagi: Istana Negara - Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik menyapa anggota media yang bertugas di luar Istana Negara, sebelum memasuki pekarangan istana.
Bekas menteri pendidikan itu enggan menjawab sebarang soalan mengenai keadaan politik yang sedang berlaku sekarang, dan hanya mengatakan "selamat bertugas."
Sementara itu, kenderaan yang membawa bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali memasuki kompleks itu.
Beliau yang ditemui pemberita enggan mengulas lanjut namun menjelaskan negeri Selangor dalam keadaan aman dan sejahtera.
“Selangor Aman Sejahtera,” katanya.
Selepas itu, kenderaan milik Amirudin terus dipacu laju meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan dan disusuli kenderaan milik Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo.
Pemandu yang membawa Wan Azizah dilihat memperlahankan kenderaan dan bekas TPM itu melambai tangan kepada media yang menunggu di luar pekarangan PMO.
"Kita perlu mendapat satu dari PKR, ini dijanjikan kepada kita oleh bos mereka dari KL. Mungkin ada lebih daripada satu," kata Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad kepada Malaysiakini.
Pada masa ini PKR, DAP dan Amanah mempunyai 28 kerusi DUN di Johor, begitu juga Bersatu, Umno, MIC, dan PAS.
Zahid, Izzah dan Wan Azizah di PMO
11.00 pagi: Putrajaya - Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi antara mereka yang berada di kompleks Pejabat Perdana Menteri.
Turut hadir ialah penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden Nurul Izzah Anwar.
Menurut Anggota Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin, mereka sedang menunggu di di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Istana Negara.
“Kami tunggu arahan,” katanya ringkas kepada pemberita di hotel Sofitel.
Ahli Parlimen Sri Gading memasuki istana
11am: Istana Negara - Anggota Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, yang juga bekas timbalan menteri wilayah persekutuan, memasuki istana dengan menaiki kereta Perodua Bezza.
Difahamkan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat tiba lebih awal sekitar jam 10.30 pagi.
Kedatangan Tengku Maimun dimaklumkan oleh seorang pegawai polis yang ditempatkan di luar pintu 2 istana.
Ketika ditemui pemberita, beliau menjelaskan pertemuan bersama Sultan Sharafudin Idris Shah berjalan lancar dan Negeri Selangor dalam keadaan yang stabil.
“Selangor baik-baik sahaja, tiada masalah, pertemuan (bersama Sultan) juga berjalan lancar.
“MB (Menteri Besar) akan keluarkan kenyataan sekejap lagi selepas pertemuan ini,” katanya.
Jelasnya, hadir bersama mengadap sultan adalah Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo dan Pengerusi PKR merangkap Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Pemberita kini sedang menunggu kedua pemimpin berkenaan keluar dari pekarangan Istana Bukit Kayangan.
Kedah
memiliki seramai 36 anggota Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada
Adun PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4), DAP (2), PAS (15) dan BN (2).
Bagaimanapun, pemimpin kerajaan negeri mengatakan "urusan masih berjalan seperti biasa" pada masa sekarang.
Exco Kedah, Simon Ooi berkata Menteri Besar, Mukhriz Mahathir sepatutnya mengadakan mesyuarat exco hari ini.
"Bagaimanapun ia ditangguhkan ke esok, sehingga diberitahu kelak.
"Kami akan menunggu untuk bertemu dengannya untuk melihat jika terdapat apa-apa perkembangan selanjutnya.
"Buat masa ini, kita bekerja seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini.
Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang dilihat stabil walaupun tidak jelas jika kerajaan pimpinan DAP akan kekal menguasai kerajaan negeri atau kembali ke status pembangkang sebelum PRU 2018.
Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy berkata tidak ada perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri ini buat masa ini kerana ia disokong kuat oleh DAP.
"Urusan berjalan seperti biasa," kata Ramasamy.
DUN Pulau Pinang yang dianggotai 40 anggota dikuasai oleh DAP (19) kerusi, PKR (14), Bersatu (2), Amanah (2), BN (2) dan PAS (1).
Pakej ransangan tidak akan diumumkan pada 27 Feb
10 pagi: Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming (gambar) berkata pakej rangsangan tidak akan diumumkan pada 27 Feb seperti yang dirancang pada awalnya.
"Saya fikir kamu boleh menyatakan dengan jelas bahawa ia (pakej rangsangan) tidak lagi dalam agenda kerana tiada kerajaan sekarang," katanya kepada radioa BFM awal hari ini.
Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan untuk membantu industri akibat penularan wabak Covid-19.
Difahamkan
dalam tiga kenderaan itu, satu antaranya milik Menteri Besar Selangor
Amirudin Shari dan dua lagi dipercayai milik exco.
Difahamkan pemimpin PH di Selangor hari ini juga dijangka bertemu dengan Sultan Sharafudin Idris Shah, untuk membincangkan keadaan politik semasa.
Ini merupakan hari pertama beliau memasuki pejabat berkenaan sebagai Perdana Menteri interim selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong semalam.
Mahathir
kini boleh membuat keputusan untuk melantik anggota kabinet mengikut
budi bicaranya sehingga perdana menteri baru dilantik.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam beliau, Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Ini antara sebab Shafee memohon prosiding terhadap Najib yang didakwa menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International ditangguhkan ke pagi esok.
Bagaimanapun, Mahathir tidak melalui pintu A di mana media berkumpul.
Sebaliknya, Mahathir keluar melalui pintu B dan difahamkan menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Sementara itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pula keluar dari kediaman Mahathir pada jam 9.36 pagi.
"Walaupun
tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan
kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan
semua. Didoakan semua dirahmati Ilahi," katanya dalam hantaran di media
sosial.
Keretanya dilihat dipandu masuk pada jam 8.05 pagi.
Ia disusuli dengan ketibaan Mukriz Mahathir pada jam 8.10 pagi dan Rina Harun jam 8.20 pagi.
"Semua isu kesihatan dan cabarannya akan diteruskan seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini dalam kiriman pesanan teks.
Terdapat pihak membangkitkan kebimbangan bahawa pembubaran kabinet semalam akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam menangani Covid-19.
Sehingga hari ini, seramai 20 pesakit daripada 22 orang telah pulih daripada wabak berkenaan.
Wabak itu menjangkiti hampir 80,000 orang di seluruh dunia dan mengorbankan lebih 2,600 orang setakat hari ini.
"Saya
nak jelaskan di sini, bahawa kita buat penafian, sekeras-kerasnya
bahawa tidak ada seorang pun ahli parlimen atau pimpinan bersatu yang
diuar-uarkan keluar dari PPBM.
"Maka kita semua intact, masih dalam satu barisan dan kita telah membina parti ini dan kita harungi apa juga halangan dan rintangan, dan saya pasti kita akan dapat atasi kemelut ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Petaling Jaya tengah malam semalam.
Rais Hussin: Lantik Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan interim
7.50 pagi: Pengerusi Strategi Bersatu Rais Hussin mencadangkan perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad melantik Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan sementara.
Menulis di media sosial, beliau berkata perkara itu perlu untuk mengawal penyebaran Covid-19 di Malaysia.
Dr Mahathir Mohamad disokong oleh kedua-dua blok namun belum ada pihak yang tampil dengan majoriti yang jelas.
Semua jawatan menteri kabinet dikosongkan, sementara menunggu pembentukan kerajaan baru.
LANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam.
Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.
Seri Paduka nasihati rakyat supaya bersabar
1.15 petang: Istana
Negara - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan orang ramai supaya bersabar dengan
perkembangan semasa politik negara."Kita ambil berat... bersabarlah. Pertama sekali, biarkan saya mesyuarat dulu (dengan ahli parlimen).
"Saya harap kita akan dapat penyelesaian terbaik untuk negara," katanya.
90 MP menghadap Agong hari ini
12.50 tengah hari:
Istana Negara - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap semua anggota
parlimen hari ini dan esok.Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata kumpulan pertama 90 ahli parlimen akan menghadap Seri Paduka mulai jam 2.30 petang hari ini.
Mereka dipanggil menghadap secara rawak tanpa mengikut parti masing-masing dalam pertemuan bersemuka dengan baginda.
Masing-masing akan diberikan dua hingga tiga minit untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan pertemuan itu akan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Ahli Parlimen yang lain akan menghadap Seri Paduka esok.
"Baki lagi 131 Ahli Parlimen akan dipanggil menghadap baginda, esok, selain keseluruhan proses temu bual ini dijangka tamat pada jam 7 malam nanti.
"Setakat ini kita tidak boleh dedahkan siapa ahli parlimen yang dipanggil menghadap baginda hari ini. Bagaimanapun, tiada sesiapa bekas menteri atau timbalan menteri yang akan menyertai sesi ini.
"Baginda perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang yang dipilih," kata Ahmad Fadil.
Anwar tiba di Perdana Putra
12.35 tengah hari: Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya - Presiden PKR, Anwar Ibrahim dilihat memasuki bangunan Perdana Putra.
Kenderaannya tidak berhenti untuk membolehkannya bercakap dengan media.
Buat masa ini, sudah ada beberapa pemimpin dari pelbagai parti memasuki pekarangan bangunan berkenaan bagi menemui perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad.
PAS sedia jadi sebahagian k'jaan persekutuan
12.30 tengah hari:
Kota Bharu - Situasi politik semasa menyaksikan PAS mempunyai potensi
untuk menjadi sebahagian parti membentuk kerajaan persekutuan.Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun keadaan itu belum pasti tetapi PAS mempunyai potensi.
"Ada kemungkinan kita ada berada dalam kerajaan persekutuan nanti," katanya kepada media ketika ditemui selepas pramesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai potensi dan persediaan PAS dalam situasi politik semasa.
Kerajaan Selangor masih utuh, kata MB
12.15 tengah hari:
Selepas mengadap Sultan Selangor, Menteri Besar dan Pengerusi PKR
Selangor, Amirudin Shari berkata pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di
negeri itu masih utuh.Amiruddin berkata beliau bertemu dengan Pengerusi bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari sebelum pertemuan di istana.
Pendirian Bersatu Selangor sama ada akan menyertai kerajaan negeri atau sebaliknya masih belum jelas.
12.15 tengah hari: Istana Negara - Anggota media yang berada di pejabat pengurusan di Istana Negara diberi taklimat khas oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, mengenai susunan acara hari ini yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang ini.
Rais Yatim sindir MP jumpa Agong agar tak 'pusing ke belakang'
12.10 tengah hari: Anggota
majlis tertinggi Bersatu, Rais Yatim menyindir Anggota Parlimen yang
mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini agar tidak "pusing ke belakang'
untuk menyokong semula Dr Mahathir Mohamad selepas kerajaan baru
dibentuk."Kini kerajaan PH dah tak ada. Tun hanya sebagai PM sementara sebelum PM berkabinet baru dilantik Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong dijangka sedang menilai sokongan anggota parlimen hari ini, untuk melihat apakah kerajaan baru dapat dibentuk.
Wan Azizah tak jumpa Dr M, hanya kemas barang
11.54 pagi: Pejabat PM, Putrajaya - Presiden PKR, Nurul Izzah, bercakap kepada Malaysiakini, berkata beliau dan ibunya tidak bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri (PMO)Sebaliknya, Nurul Izzah berkata beliau hanya membantu ibunya mengemas barang-barang di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Nurul Izzah menambah ibunya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang telah berkhidmat di bawah kementeriannya.
Umno tolak pembentukan kerajaan dengan DAP
11.45 pagi: Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah berkata partinya menolak pembentukan kerajaan baru dengan DAP.
"DAP
parti yang sangat rasis dan tidak boleh dipercayai. Kerosakan negara
selepas PRU 14 dan kehancuran Kerajaan PH ini sebenarnya berpunca
daripada DAP. DAP antara penyebab utama kegagalan Pakatan Harapan,"
katanya dalam satu kenyataan.
Shamsul (gambar) juga mengecam setiausaha agung DAP Lim Guan
Eng kerana menyalahkan penglibatan Umno dalam menghancurkan kerajaan
Pakatan Harapan.
"Kehancuran Kerajaan PH adalah disebabkan oleh pimpinan PH sendiri terutama DAP," katanya.
Selamat bertugas, kata Maszlee kepada wartawan
11.45 pagi: Istana Negara - Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik menyapa anggota media yang bertugas di luar Istana Negara, sebelum memasuki pekarangan istana.
Bekas menteri pendidikan itu enggan menjawab sebarang soalan mengenai keadaan politik yang sedang berlaku sekarang, dan hanya mengatakan "selamat bertugas."
Azmin memasuki PMO
11.39 pagi: Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya - Kenderaan yang membawa bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein dilihat meninggalkan Pejabat Perdana Menteri.
Selangor aman sejahtera, kata MB
11.27 pagi: Istana Bukit Kayangan - Selang
beberapa minit selepas pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim, Menteri
Besar Selangor Amirudin Shari pula dilihat keluar dari pekarangan Istana
Bukit Kayangan Shah Alam.Beliau yang ditemui pemberita enggan mengulas lanjut namun menjelaskan negeri Selangor dalam keadaan aman dan sejahtera.
“Selangor Aman Sejahtera,” katanya.
Selepas itu, kenderaan milik Amirudin terus dipacu laju meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan dan disusuli kenderaan milik Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo.
Wan Azizah, Nurul Izzah dilihat keluar dari PMO
11.24 pagi:
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib
presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilihat meninggalkan PMO menaiki kereta
berasingan.Pemandu yang membawa Wan Azizah dilihat memperlahankan kenderaan dan bekas TPM itu melambai tangan kepada media yang menunggu di luar pekarangan PMO.
Umno Johor yakin boleh tubuh kerajaan baru
11.20 pagi: Umno Johor yakin mereka boleh membentuk kerajaan negeri yang baru dengan Bersatu."Kita perlu mendapat satu dari PKR, ini dijanjikan kepada kita oleh bos mereka dari KL. Mungkin ada lebih daripada satu," kata Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad kepada Malaysiakini.
Pada masa ini PKR, DAP dan Amanah mempunyai 28 kerusi DUN di Johor, begitu juga Bersatu, Umno, MIC, dan PAS.
Muhyiddin tiba di PMO
11.17 pagi: Presiden
Bersatu, Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri selepas dua
jam meninggalkan kediaman perdana menteri di Seri Kembangan pagi tadi.
Zahid, Izzah dan Wan Azizah di PMO
11.00 pagi: Putrajaya - Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi antara mereka yang berada di kompleks Pejabat Perdana Menteri.
Turut hadir ialah penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden Nurul Izzah Anwar.
Kumpulan Azmin dakwa tunggu isyarat untuk mengadap Agong
11.00 pagi: Kumpulan
penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa mereka sedang
menunggu isyarat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Menurut Anggota Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin, mereka sedang menunggu di di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Istana Negara.
“Kami tunggu arahan,” katanya ringkas kepada pemberita di hotel Sofitel.
Ahli Parlimen Sri Gading memasuki istana
11am: Istana Negara - Anggota Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, yang juga bekas timbalan menteri wilayah persekutuan, memasuki istana dengan menaiki kereta Perodua Bezza.
10:47 pagi: Istana Negara - Peguam Negara, Tommy Thomas tiba di Istana Negara. Kenderaaannya dilihat memasuki pekarangan istana melalui pintu 2.
Kedua-dua mereka memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
10.50 pagi: PMO - Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
10:45 pagi: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tiba di Istana Negara.
Pertemuan dengan Sultan S'gor berjalan lancar - Pengerusi Amanah negeri
10.46 pagi: Istana Bukit Kayangan -
Selepas masuk mengadap hampir dua jam, kenderaan milik Pengerusi Amanah
Selangor, Izham Hashim dilihat keluar dari perkarangan Istana Bukit
Kayangan Shah Alam.Ketika ditemui pemberita, beliau menjelaskan pertemuan bersama Sultan Sharafudin Idris Shah berjalan lancar dan Negeri Selangor dalam keadaan yang stabil.
“Selangor baik-baik sahaja, tiada masalah, pertemuan (bersama Sultan) juga berjalan lancar.
“MB (Menteri Besar) akan keluarkan kenyataan sekejap lagi selepas pertemuan ini,” katanya.
Jelasnya, hadir bersama mengadap sultan adalah Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo dan Pengerusi PKR merangkap Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Pemberita kini sedang menunggu kedua pemimpin berkenaan keluar dari pekarangan Istana Bukit Kayangan.
10.30 pagi: PMO- Bekas Timbalan Perdana, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Putrajaya.
Urusan berjalan seperti biasa, kata Exco Kedah
10.25 pagi: Selepas Bersatu umum keluar daripada Pakatan Harapan (PH), kerajaan negeri Kedah secara teknikalnya telah tumbang.
Bagaimanapun, pemimpin kerajaan negeri mengatakan "urusan masih berjalan seperti biasa" pada masa sekarang.
"Bagaimanapun ia ditangguhkan ke esok, sehingga diberitahu kelak.
"Kami akan menunggu untuk bertemu dengannya untuk melihat jika terdapat apa-apa perkembangan selanjutnya.
"Buat masa ini, kita bekerja seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini.
Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang dilihat stabil walaupun tidak jelas jika kerajaan pimpinan DAP akan kekal menguasai kerajaan negeri atau kembali ke status pembangkang sebelum PRU 2018.
Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy berkata tidak ada perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri ini buat masa ini kerana ia disokong kuat oleh DAP.
"Urusan berjalan seperti biasa," kata Ramasamy.
DUN Pulau Pinang yang dianggotai 40 anggota dikuasai oleh DAP (19) kerusi, PKR (14), Bersatu (2), Amanah (2), BN (2) dan PAS (1).
Pakej ransangan tidak akan diumumkan pada 27 Feb
10 pagi: Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming (gambar) berkata pakej rangsangan tidak akan diumumkan pada 27 Feb seperti yang dirancang pada awalnya.
"Saya fikir kamu boleh menyatakan dengan jelas bahawa ia (pakej rangsangan) tidak lagi dalam agenda kerana tiada kerajaan sekarang," katanya kepada radioa BFM awal hari ini.
Ong berkata tiada dasar baru boleh diumumkan tanpa pembentukan kerajaan baru.
Beliau berkata keutamaan sekarang adalah untuk membentuk kerajaan baru.Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan untuk membantu industri akibat penularan wabak Covid-19.
Kenderaan MB S'ngor dilihat memasuki Istana Bukit Kayangan
9.55 pagi: Istana Bukit Kayangan - Tiga
kenderaan milik pemimpin PH Selangor dilaporkan telah memasuki kawasan
Istana Bukit Kayangan Shah Alam sejak pukul 8.52 pagi tadi.Difahamkan pemimpin PH di Selangor hari ini juga dijangka bertemu dengan Sultan Sharafudin Idris Shah, untuk membincangkan keadaan politik semasa.
Dr Mahathir tiba di PMO
9.40 pagi: PMO - Dr Mahathir Mohammad tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya. Ini merupakan hari pertama beliau memasuki pejabat berkenaan sebagai Perdana Menteri interim selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong semalam.
Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas menjelaskan tidak ada had masa untuk bertugas sebagai Perdana Menteri interim.
Perbicaraan ditangguh, Najib ke PWTC
9.24 pagi: Mahkamah Tinggi KL - Bekas Perdana Menteri Najib Razak akan ke PWTC untuk menghadiri satu mesyuarat penting sekitar jam 10.30 pagi.
Ini antara sebab Shafee memohon prosiding terhadap Najib yang didakwa menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International ditangguhkan ke pagi esok.
Mahathir keluar dari kediaman, menuju ke PMO
9.15 pagi: Perdana
Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad difahamkan telah keluar dari
kediamannya di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan.
Sebaliknya, Mahathir keluar melalui pintu B dan difahamkan menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Sementara itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pula keluar dari kediaman Mahathir pada jam 9.36 pagi.
Adly ucap terima kasih pada semua
8.30 pagi: Ketua
Menteri Melaka, Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua yang
telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu.
Pemimpin mula tiba di kediaman Mahathir
8.50 pagi: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin adalah yang pertama tiba di kediaman perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad.Keretanya dilihat dipandu masuk pada jam 8.05 pagi.
Ia disusuli dengan ketibaan Mukriz Mahathir pada jam 8.10 pagi dan Rina Harun jam 8.20 pagi.
Pembubaran kabinet tak jejaskan usaha tangani Covid-19
8 pagi: Ketua Pengarah
Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pembubaran kabinet tidak
akan menjejaskan usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid-19."Semua isu kesihatan dan cabarannya akan diteruskan seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini dalam kiriman pesanan teks.
Terdapat pihak membangkitkan kebimbangan bahawa pembubaran kabinet semalam akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam menangani Covid-19.
Sehingga hari ini, seramai 20 pesakit daripada 22 orang telah pulih daripada wabak berkenaan.
Wabak itu menjangkiti hampir 80,000 orang di seluruh dunia dan mengorbankan lebih 2,600 orang setakat hari ini.
Marzuki nafi pemimpin Bersatu keluar parti
8 pagi: Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya menafikan laporan bahawa pemimpin parti itu keluar parti.
"Maka kita semua intact, masih dalam satu barisan dan kita telah membina parti ini dan kita harungi apa juga halangan dan rintangan, dan saya pasti kita akan dapat atasi kemelut ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Petaling Jaya tengah malam semalam.
Rais Hussin: Lantik Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan interim
7.50 pagi: Pengerusi Strategi Bersatu Rais Hussin mencadangkan perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad melantik Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan sementara.
Menulis di media sosial, beliau berkata perkara itu perlu untuk mengawal penyebaran Covid-19 di Malaysia.
Kemelut politik masuk hari ketiga
7.40 pagi: Kemelut politik yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 20 bulan, memasuki hari ketiga hari ini.Dr Mahathir Mohamad disokong oleh kedua-dua blok namun belum ada pihak yang tampil dengan majoriti yang jelas.
Mahathir
pada masa ini merupakan satu-satunya anggota kerajaan selepas dilantik
sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong semalam
berikutan peletakan jawatannya.
4 orang berkata:
Sumpah laknat jadi kenyataan dan PH hancur berkecai betapa besarnya pengorbanan boss ku Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menyokong rancangan kerajaan baharu itu walaupun Dr Mahathir bertegas Najib mesti menghadapi tindakan undang-undang atas pertuduhan yang dilakukan.
Jika Najib memikirkan kepentingan diri dan populariti beliau yang sedang mencanak sekarang tentulah beliau akan menentang sebarang usaha membentuk kerajaan bersama Dr Mahathir. Namun bagi pemimpin UMNO dan Pas, agenda Melayu dan Islam dalam kerajaan lebih penting daripada kedudukan mereka.
Selagi mahkamah belum jatuhkan hukiman sesorang itu belum dituduh bersalah .. DAP terdesak hingga menuduh kleptokrasi global utk menjadi kerajaan... Tokong tunggu masa kes kamu dibongkar...!!
ted
timah ooiiii..
huhuhuhuhuhuhuhuhu
kehkehkeh mati angan angan lebai hadi nak jadi menteri. kehkehkeh tu laa degil sangat nak bersekongkol jugak dgn parti penyamun kahkahkah. pas dan umno boleh la gabung dgn mat jemin pulak lepas ni daftar jadi pasumburit kahkahkah
Atok letak jawatan. Kerajaan pH roboh. 😊
Dah tu masih nak jadi kepala kerajaan perpaduan? Ulat bnyk sgt dlm kepala atok. Itu pun ahli2 parlimen nak sokong lagi? Bergasak gasak nak sokong.😠😠😠
Lebih baik pilihan raya sekali lagi. Biar rakyat yg menentukan . Bukan diktator! 😆
Post a Comment