PEH KATE BUBO UMNO DULU
PEH PULAK KATE BUBO UMNO DULU HU HU HU
PASE NYE UMNO AKAN JADI BUBO PADA PRU 15 HI HI HI
BUBARKAN PAS KATA S/USHA AGONG UMNO, KERANA UMNO SUDAH PERJUANGKAN ISLAM
WAJAH ISLAM TULIN !
BAGUS JUGA CADANGAN SETIAUSHA AGONG UMNO INI
KITA WAJIB SOKONG.
SEKIRANYA:
DASAR UMNO BERTERASKAN KITAB AL QURAN
HADIS NABI
IJMAK ULAMA
QIAS
KERANA:
ISLAM HANYA TERTEGAK DENGAN 4 DASARNYA
HARAM SOKONG UMNO JIKA:
SELAIN DARI DASAR YANG EMPAT DIATAS
DI NEGARA INI JANGAN CUBA DIRIKAN ISLAM SEKULAR
ISLAM KEBANGSAAN
ISLAM KLUSTER MAHKAMAH
ISLAM MABUK KUASA
DAN ISLAM IBLIS DAN SYAITAN
TOLONG RUJUK SEJARAH KEJADIAN NABI ADAM A.S
BOLEH FAHAM ?
SEMENTARA ITU:
6 orang berkata:
Pengundi hantu PKR: Bossku cadang Rafizi buat Himpunan Blackout.
Calon Timbalan Presiden PKR , Rafizi Ramli dicadangkan supaya mengadakan Himpunan Blackout selepas mendakwa terdapat 54,000 daftar pemilih meragukan dalam parti itu menjelang pemilihan.
Cadangan tersebut dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sindiran Najib tersebut bagi membalas dakwaan yang dibuat oleh parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 bahawa terdapat lebih 40,000 pengundi hantu dalam senarai pemilih.
“Raja Formula Songsang dakwa ada 54,000 pengundi hantu dalam PKR.
Parti AlJub tahap jubo...biasa lah tu
Debat Najib vs Anwar : Tun yang panas bontot.
Negara sepatutnya mengutamakan peningkatan ekonomi dengan menambah pelaburan negara yang memberi manfaat kepada rakyat.
Menggunakan analogi sebiji kek, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, kerajaan harus membesarkan kek sebelum ia dipotong dan dibahagikan kepada rakyat.
“Bagi mengembangkan kek kita, jangan jual aset. Kalau jual, seolah-olah ketuhar pun kita jual. Dahulu kita mempunyai hasil besar daripada GST (cukai barang dan perkhidmatan).
“Kalau hari ini ada GST, kita ada hasil tambahan RM30 bilion untuk beri subsidi kepada nelayan, pekebun kecil.
“Zaman BN (Barisan Nasional) dulu, kita beri elaun RM300 kepada nelayan,” katanya.
Jauh bebeno hujah Bang Non banding Bossku... lulusan Economic Uni di London vs Genral Degree UM Sastera... ke laut dalam Bang Non kite malam tadi..
Tun Rakyat Meluat
Orang paling kecewa bila Najib bebas ialah Tun Mahathir dan Bloger Tukar Tiub.
Tulisan terbaru Tun Mahathir, beliau telah melaksanakan kerja Pre-emptive nya untuk menekan supaya Najib di dapati bersalah.
Kes unik 1MDB yang di reka khusus oleh Pakatan Harapan dan Tun Mahathir untuk penjarakan Najib Razak dan bukan untuk cari kebenaran pasti akan mengecewakan Tun Mahathir jika Najib Razak didapati tidak bersalah.
Kes dimana ada pihak yang didakwa ada yang tidak didakwa oleh kerajaan Pakatan Harapan di lihat begitu carca marba dengan banyak kemunculan pembuktian baru dan fakta baru.
Terang terangan terang lagi bersuluh satu bentuk “conflict of interest” , namun kes tetap d teruskan.
Malah, pada isu gentian Hakim asal juga terlihat alasan dimana hakim asal di tukar kerana abang nya ada lah seorang ahli UMNO.
Sejak bila Mahathir hormat Presiden UMNO tidak kira siapa pun dia?
Tidak pernah ada Presiden UMNO yang pernah selamat dari gangguan Mahathir.
Mahathir sendiri sebut di dalam tulisan nya, bahawa ramai ahli UMNO mahu pilihanraya di segerakan , bermakna , ia satu akuan bahawa UMNO bertindak ikut kehendak ahli dan bukan ikut kehendak Najib.
Tulisan terbaru Tun di percayai terhasil dari kekecewaan parti nya telah di tolak secara “total wipeout’ di PRN Johor.
Hilang deposit pada 42 kawasan yang di tandingi. Peduli lah siapa ahli UMNO akan pilih, kerana itu urusan UMNO itu bukan urusan kau lagi Tun Mahathir. Kau bela saja Parti PejWang yg hidup segan mati tak mau demi Boboi yang bakal rakyat lingkupkan PRU 15 nanti.
Rakyat meluat. Melingkupkan Boboi maka melingkup Tun secara total di PRU 15 kali ini.. Ini kalilah..!!
Rata-rata rakyat negara ini tertanya-tanya kenapa seolah-olah mereka yang terlibat dengan 1MDB ini seperti mendapat ‘reward‘ jawatan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional?
Keterangan saksi mengaku menerima habuan daripada Jho Low, wujud tanda tangan palsu yang tidak didedahkan SPRM, malah terbukti bahawa keluarga Gabenor Bank Negara terlibat dengan Jho Low
Sebelum ini Roger Ng yang dikaitkan dan dituduh terlibat bersama Tim Leissner mengakui akan menunjukkan bukti bahawa bekas Perdana Menteri keenam Dato Sri Mohd Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dengan skandal 1MDB.
Malangnya apabila dokumen yang diminta oleh pihak peguam bela Najib tidak dibenarkan oleh DOJ Amerika Syarikat, maka pelbagai dokumen sulit dan penting yang boleh menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tidak terlibat tidak dapat diperolehi.
Pendedahan polis Singapura bahawa akaun melibatkan suami dan anak Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah dibekukan dan ia terbukti benar apabila ada dokumen pengakuan mengenai perkara tersebut daripada peguam mereka.
Malangnya akaun Zeti di Malaysia tidak pula dibekukan atau dilayan seperti Najib, di mana kediaman beliau dan anaknya diserbu pihak berkuasa. Lebih teruk rumah arwah ibunya Tun Rahah juga diserbu polis
Atas logik yang sama rumah ibubapa Zeti dan ahli keluarganya wajar diserbu kerana jawatan Gabenor Bank Negara.
Persepsi buruk terhadap Hakim Nazlan yang hadir sebagai General Counsel bagi Maybank ketika itu wajar dijelaskan secara tuntas.
Pada pendapat mereka mungkin dengan cara Najib dipenjarakan maka mereka akan dapat melepaskan diri.
Ohh perkara ini pasti tidak terjadi di PRU 15 akan datang kali ini. Inilah masanya rakyat bangun dan melingkupkan semua kartel mafia yang menguasai negara 22 tahun 22 bulan ini di 'wipeout' secara total..!!
Lingkupkan Boboi maka melingkuplah kepala kartel mafia dan kuncu kuncu mafia ini..!!
Bila ultra bertukar jadi Barua DAP@Lee Kwan Yew.
Pentadbiran kerajaan PH dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, keputusan itu seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di ICJ walaupun ada penemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.
"Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu?" soal baginda dalam satu kenyataan pada tahun lalu.
Laluan PrjWang di PRU 15 ama sukar kali ini. Pastikan boboi lingkup dan dilingkupkan sama sekali kali ini. Tamatkan terus riwayat legasi penipu fitnah jijik ini selama lama nya.
Lingkupkan Boboi bermakna lingkupkan Marina Gereja yang pejuang COMANGO murtad..!!
10 Projek Mega Mahathir Gagal, Kerajaan ‘Bail-Out’. Setelah bailout dan rompak.
Masa projek dimulakan anak cucu dan kroni dah rompak projek melalui runding terus. Setelah projek tamat syarikat rugi dan cipta alasan.
Dah cipta alasan 'bailout' dilakukan. Bailout duit kerajaan maka kroni dan anak cucu mula rompakan di siang hari. Cipta alasan rugi dan mohon dibailout lagi. Sudah bailout rompak lagi.. begitulah seterusnya.
Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail-out oleh Mahathir melibatkan syarikat kroni beliau.
1. LRT Putra-Kelana Jaya
Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998. Bankrap dan bail-out nilai RM5.3 bilion.
2. LRT2 (Star-Ampang)
Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.
LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.
3. KL Monorail
Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 143 juta jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion.
4. Bas Intrakota
Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom konon bagi menghapuskan imej bas mini yang buruk dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.
5. Skandal Perwaja Steel
Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries. Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion
6. Skandal Bank Bumi
Lapor Asia Correspondent, skandal Bank Bumi semasa zaman Tun Mahathir berkait kehilangan berbilion-bilon duit
7. Empangan Bakun
Krisis ekonomi empangan hidroelektrik ini melibatkan banyak tangan yang silih berganti
8. Proton
Proton telah memohon kerajaan sebanyak RM1.5 bilion dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar vendor
9. Forex
Skandal pasaran pertukaran asing atau forex pada 1990-an menjadi tanda tanya sehingga kini di mana perginya wang lebih RM30 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa ada siapa yang bertanggungjawab. Langsung tak bunyi.
10. Malaysia Airlines (MAS)
Pada era 1990-an ini, Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin, bagi pihak Kerajaan Malaysia, mengarahkan Tajudin Ramli membayar RM8 sesaham (jauh melebihi harga pasaran ketika itu RM3.50)
Ada projek yg diselamatkan(bailout) oleh kerajaan setelah dibailout maka rompakan disiang hari kroni dan anak cucu dilakukan semula.
Bailout dan rompak lagi.. bailout dan rompak lagi... Bailout dan rompak lagi dan haahh begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampos.. eeh itu dailog cite P Ramlee laa..!!
Post a Comment