BAGI KUMPULAN MUNAFIK MENGGELUPUR !
Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah petisyen dua individu yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perhimpunan tersebut akan diadakan pada 16 November di Terengganu, diikuti 18 November di Kelantan dan perhimpunan munajat pada pagi 20 November di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Tuan Ibrahim berkata pihaknya menerima memorandum “Gerakan Selamatkan Syariah” dari lebih 300 badan bukan kerajaan tersebut (NGO) berhubung isu tersebut.
Mereka mahu mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu terbatal dan tidak sah.
Mereka mahu mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu terbatal dan tidak sah.
Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).
Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual).
1 orang berkata:
Hari hari cerita agama. Cerita kafir munafik. Cerita takbir. Cerita qunut.
Cerita cara pentadbiran. Bab kewangan. Cerita kemudahan infrastruktur untuk rakyat. PN gagal sepenuhnya.
Islam itu libatkan dunia dan akhirat.
Post a Comment