Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tiada Sebab Pas Kalah Di Bagan Pinang

Salam

Hampir 90 % pengundi bukan islam yang terdiri dari kaum india dan cina di Bagan Pinang akan mengundi calon PAS yang selebihnya takut kerana UMNO ugut

Tiada sebab orang melayu yang beragama islam di Bagan Pinang menolak PAS kerana dasar PAS ialah islam jadi menolak PAS adalah berdosa, dan ada sebab orang melayu yang beragama islam menolak UMNO sebab UMNO parti yang berdasarkan semangat kebangsaan yang nabi tak mengakui umaynya

Artikal Pak Karamu ini berdasarkan nas Al Quran dan Hadis Rasullullah saw, jika penduduk di Bagan Pinang engkar memilih parti islam maka itu ikutlah selera sendiri, tiada paksaan dalam agama "La ikro hafiddin !

Raja Mahasan Raja Sulaiman

Salam,

UMNO telah mengakui bahawa pemudanya yang menyerang markas PAS di Bagan Pinang bukan sebagai samseng akan tetapi mereka adalah dari pasukkan ala komando, Pak Karamu berterima kasih saja kepada UMNO atas pengakuan tersebut, lebih baik jadi komando dari menjadi samseng tahi minyak

Sekarang PAS sudah faham dan Pak Karamu lagi boleh faham, sebagai bekas tentera Malaysia Pak Karamu samseng tak akan sampai kemana akan tetapi komando lebih ganas dari samseng kerana koman ertinya beri arahan do ertinya buat, ertinya beri arahan dan terus buat, ok terima kasih saja banyak-banyak

Raja Muhasan bin Raja Sulaiman dari unit amal PAS yang di datangkan ke Bagan Pinang sudah sampai, beliau datang dari Gua Musang orangnya kurus dan tinggi sederhana, darah di raja, giginya ada di sebelah kanan dan di sebelah kiri dah rompong hu hu hu, tengok tak ada apa-apa tapi ia di datangkan dai Gua dan umur dah lanjut

Pak Karamu mengenali dia di Bukit Gantang, ketika dia mengenalkan diri dengan Pak Karamu dia berkata " Ambo dari Gua Musang, setiap Gua ada bukit, dan ambo datang ke sini sebab di sini ada bukit hi hi hi"

Selepas dia bercakap begitu Pak Karamu macam ada satu alamat terhadap orang tua ini lalu Pak Karamu tanyakan pada Mahasan " bukankah ini kacang hijau ? Lalu dia jawab : "eh mana cek tahu katanya kepada Pak Karamu " Lalu Pak Karamu kata " ambo kena mu, nah ambil " lalu dia ambil tiga biji dan dia tiup kacang hijau tersebut lalu Pak Karamu kat kepadanya " MU nak tuju mana ? jawan Raja Mahasan " Kat anjing ! Pak Karamu kata ok

Raja Mahasan lalu meletakkan sebiji kacang hijau di hujung kukunya sambil ibu jarinya sambil macam menjentik kacang tersebut ke arah anjing lalu anjingpun rebah dan kelihatan badan anjing tersebut berubah kebiruan lebam lalu mati, yang anihnya tidak pula anjing itu menggelupur, cukuplah setakat itu yang Pak Karamu ceritakan

Sekarang Raja Mahasan sudah berada di Bagan Pinang, orang tua ini kalau tengok tiup pun boleh rebah akan tetapi dia adalah raja Mahasan atau Hasan, dia sangat suka dengar cerita samseng dan komando, Pak Karamu ucapkan kepada Mahasan selamat bertugas kepadanya, kepada mahasan Pak Karamu ucapkan selamat bertugas dan kita akan berjumpa di sana


Bagan Pinang yang Panas

Salam,

INILAH SATU-SATUNYA PILIHANRAYA YANG BANYAK MEMBONGKAR RAHSIA BURUK UMNO/BN UNTUK SANTAPAN RAKYAT DI SANA DAN SELURUH NEGARA

Pilihan raya kecil Bagan Pinang terlalu banyak kes penyelewengan UMNO/BN terdedah untuk sajian orang ramai, UMNO yang di jangka tidak dapat mempertahankan hujah PR mula mengalih gerk kerja kempen mereka dengan melakukan keganasan dan samseng seolah-olah mereka panik untuk menjawab hujah PR kerana bukti setiap kes terdedah dan tidak dapat di nafikan

Pilihan raya kecil ini di anggap satu pilihanraya yang tersangat berfaedah kerana terlalu banyak kes salah guna kuasa yang telah di lakukan oleh UMNO terbongkar dengan bukti yang kokoh dan tidak dapat di tangkis, Negeri Sembilan jarang kita dengar cerita busuk UMNO terdedah namun pilihanraya kali ini baru kita dengar pusaka busuk terbongkar

Pada UMNO semua cerita busuk adalah wangi dan halal, rasuah sudah menjadi perkara biasa, membahagi-bahagikan harta negara kepada kroni mereka juga perkara biasa, peraturan yang mereka cipta yang melarang sesuatu dari di lakukan habis semuanya di langgar dan orang UMNO faham sendirilah

Undang-undang hanya di kuatkuasakan kepada selain dari anggota parti tersebut sedangkan pada mereka semua peraturan menjadi kebal, jika terdapat apa-apa yang menyalahi undang-undang akan tetapi memberikan faedah kepada mereka maka semuanya halal dan mereka berebut-rebut bagaikan anjing mengurung bangkai

Di Bagan Pinang semalam banyak kes penginayaan UMNO terbongkar dengan bukti yang kokoh, bermula dengan penginayaan terhadap peserta FELDA hinggalah membahagi-bahagikan tanah pantai yang tidak boleh di miliki akhirnya telah di miliki oleh kroni mereka di zaman Isa Samad menjadi menteri besar

Kempen pilihanraya hanya berbaki untuk parti berkempen hanya ada satu hari lagi tidak termasuk hari ini, di jangkakan banyak lagi kes Isa Samad akan di dedahkan semasa dia menjadi menteri besar N.Sembilan dulu, ini bererti setiap kemungkaran yang telah dia lakukan bersama kroninya akan menjadi iktibar kepada pengundi di sana kerana agama memerintahkan supaya tidak memilih pemimpin yang fasik

Membongkar rahsia akhlak pemimpin wajib kerana ia sebagai amaran kepada orang ramai tidak memilih pemimpin yang kotor supaya Allah tidak melaknat dan menurunkan bala di tempat tersebut yang akhirnya menyusahkan orang ramai sebab itulah Allah memilih Rasullullah s.a.w sebagai seorang nabi dan rasul yang bergelar Al Amin saya rasa hujah ini sangat kokoh

Baginda Rasullullah tidak akan menjadi nabi dan Rasul jika dia tidak bergelar Al Amin dan sirah ini menjadi ikutan kepada umat islam sebagai panduan hidup, jika sekiranya pehak UMNO melarang mendedahkan hal ehwal peribadi bakal pemimpin maka ia bercanggah pula dengan agama ertinya tiada amal ma'aruf Nahi Mungkar

Setiap orang wajib bertanggunjawab atas keselamatan tempat mereka supaya tidak di turunkan bala oleh Allah kerana itulah Allah ujudkan orang yang bernama khidir a.s dan orang UMNO kena rajin membaca Al Quran dan hadis sebagai panduan apa yang boleh dan tidak boleh di lakukan kerana pemimpin adalah cermin maruah penduduk dan orang ramai dan ayat Laqod jaa akum menggambarkan sikap seorang pemimpin

Ganas BN di sa'at Akhir ....

Salam

DI SA'AT AKHIR KEMPEN PILIHANRAYA KECIL DI BAGAN PINANG MENUNJUKKAN BAHAWA BN/UMNO BERTAMBAH TIDAK BERTAMADUN DAN GANAS YANG TIDAK TERPERI

Berita 1

Isa memang hebat ! demikian kempen sederhana BN/UMNO di Bagan Pinang, di katakan hebat kerana mengharapkan pengundi memilih Isa Samad sebagai calon dan memenangi pilihanraya, namun kehebatan Isa kerana dia telah melakukan rasuh dan tidak menerima hukuman daripada mahkamah kerana UMNO melindungi dia dari di ambil tindakan mahkamah, memang dia hebat kerana lepas dari tindakan mahkamah

Berita 2

UMNO mendakwa PAS menjul ayat quran dengan harga yang murah bagi berkempen di Bagan Pinang, pandangan ini sangat dangkal dan tidak menesabah langsung, apa yang perlu di fahamkan oleh UMNO ialah PAS sebuah parti islam dan mereka sudah tentu berkempen mengikut quran kerana fitrah parti itu memang demikian dan hujah quran memang dasar parti tersebut untuk berdakwah kepada orang ramai

Berita 3

PAS di katakan akan menghalalkan cara, cara apa tidak pula di sebut namun walau apapun yang pastinya UMNO tersangat marah PAS berkempen dan berhujah mengikut quran mengikut dasar perjuangan parti tersebut kerana itulah dasar parti islam itu, Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya berhujah mengikut apa yang telah di tetapkan oleh Allah, tetiba UMNO kata PAS menjual ayat Allah dengan harga yang murah, ini menunjukkan UMNO jahil agama

Berita 4

Apabila waktu kempen sudah sampai ke penghujungnya maka UMNO bertambah ganas kepada petugas PAS sehinggakan ada di antara petugas di markas PAS di serang dengan parang, sebenarnya UMNO sudah kalah berhujah dengan PAS lalu mereka menunjukkan sikap samseng, dalam kejadian tersebut ramai petugas PAS yang cedera, peristiwa yang di tunjukkan oleh UMNO ini menunjukkan sikap sebenar parti dan anggota parti tersebut kepada rakyat Malaysia

Terkini dan Gempar .....

Salam

Di Bagan Datok Perak tempat kampung halaman Menteri Pertahanan Dato' Zahid anak Hamidi bergitu ramai tentera berulak alik dengan membawa trak laju sampil membunyikan siren, sebelum ini perkara ini tidak pernah berlaku, apakah mereka ini akan ke Port Dickson sebagai pengundi hantu di Bagan Pinang ? Apakah di Bagan Datok akan ada lanun menyerang ataupun Indonesia akan menyerang Malaysia ?

Kita ragu dengan aktiviti tentera di Bagan Datok ini, dan ada di antara mereka yang membeli alat pancing, Apakah mereka ini akan keluar beramai-ramai memancing di Bagan Datok ? Singamaraja mengharapkan PR akan menyiasat perkara ini

Bagan Pinang Terkini ....

Salam,

Jika ada orang Islam masuk ke Bagan Pinang, berhati-hatilah kamu kerana di sana terlalu ramai penyesat manusia yang mereka terdiri dari Syaitan dari jenis manusia dan Syaitan dari jenis Jin, demikian amaran Allah tentang dua jenis nakhluk ini

AGAMA DI POLITIKKAN ?

Fahaman orang UMNO/BN yang mengatakan agama jangan di politikkan jelas menunjukkan bahawa mereka berfahaman sekular, orang sekular mengatakan politik jangan di campur adukkan dengan politik atau agama jangan di politikkan jelas menunjukkan mereka telah sesat dengan nyata

Orang Islam haram mengatakan politik suku agama suku ATAU agama itu agama dan politik itu politik atau politik jangan campurkan dengan politik, yang berfahaman demikian hanyalah orang UMNO/BN yang bersemangat kebangsaan yang Nabi tidak mengakui mereka sebagai umatnya demikian maksud hadis soheh

Tuduhan UMNO bahawa PAS mempolitikkan agama adalah suatu yang tersangat jahil, PAS adalah sebuah parti yang di daftarkan dengan kerajaan BN yang dasar perjuangannya adalah ISLAM telahpun lulus dan di maklumi oleh semua pehak, PAS memperjuangkan agama islam dan PAS adalah sebuah parti politik, oleh itu apa yang menghalang berpolitik secara agama, sesungguhnya fahaman yang mengasingkan politik dan agama adalah fahaman orang bukan islam

Orang UMNO kena rujuk fahaman ini melalui Al Quran dan hadis Rasullullah saw, mereka jangan rujuk kepada ustaz UMNO atau qadi UMNO atau Mufti UMNO kerana apabila mereka dari golongan yang di katakan ustaz ini menyebelahi atau masuk menjadi ahli UMNO maka mereka di kenali sebagai makhluk dajjal murakkab dan pandangan mereka tak boleh di jadikan panduan kerana akidah mereka telah musnah

RASUAH DI BAGAN PINANG ?

Seorang bekas jenderal tentera memberi maklumat bahawa setiap orang yang hadir di perasmian BANDAR TENTERA DARAT kepada BANDAR PORT DICKSON telah menerima RM 300 seorang, ini di anggap sebagai rasuah politik kerana membeli undi tentera, perbuatan ini sama dengan perbuatan Firaun yang menggunakan wang untuk membeli manusia, kebetulan pula calonnya juga bekas perasuh, jadi bermaharaja lelalah rasuah di sana, sementara itu orang kampung dan orang yang miskin dapat apa ?

YANG TERBAIK ADALAH BN ?

Ada pandangan dari orang yang jahil murakkab mengatakan bahawa BN adalah parti atau pilihan yang terbaik ? Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa pandangan ini telah menafikan islam itu adalah yang terbaik, UMNO/BN sekali gus telah menanamkan satu fahaman yang sesat dan mengajar manusia supaya menanam satu fahaman yang sesat di dalam fikiran mereka . Apa yang jelas jika kita membaca al quran dari Allah maka Tuhan berkata islam itu dalah yang terbaik, barangsiapa yang mengambil selain dari islam maka di akhirat nanti mereka akan rugi dan menyesal

Di Bagan Pinang BN/UMNO di katakan yang terbaik, Allahpula kata islam itu yang terbaik dan PAS bercita-cita akan melaksanakan islam sebagaimana yang di tuntut oleh Allah jadi mana yang lebih baik ? UMNO/BN ataupun PAS


Anti Dasar UMNO

Salam

Orang UMNO jangan silap faham, Pak Karamu bukan anti orang UMNO akan tetapi ANTI dasar perjuangan UMNO yang bercanggah besar dengan ISLAM, jika orang UMNO mahu bermusuh dengan orang PAS itu tidak mengapa, TETAPI INGAT ! jika orang UMNO menentang dasar perjuangan yang di bawa oleh PAS maka hukumnya berdosa boleh menjadi kafir

Orang UMNO wajib menyokong dasar perjuangan PAS jika mereka benar islam jika tidak tentulah mereka kafir, orang UMNO juga wajib menghormati orang PAS yang beristiqamah dengan dasar perjuangannya akan tetapi jika orang PAS sendiri tidak menghormati dasar perjuangannya maka mereka tidak boleh di hormati

Terkini Di Bagan Pinang

Salam

Sekarang di Bagan Pinang sedang berlaku peperangan di antara UMNO dan PAS, sikap UMNO adalah maklum, dia pukul orang maka dia pula yang menangis, dia yang menyamun dan mencuri maka dia pula yang bertempek pencuuuri ! pencuuuri ! pencuuuri ! ....... UMNO pula yang memulakan mengutuk orang, maka dia kata orang lain yang memulakan mengutuk mereka, yang terkini mereka yang mengedarkan risalan mengutuk UMNO maka dia pula tuduh orang lain yang mengedarkannya, bolehkah orang ramai faham apakah jenis perangai UMNO ni !

Pak Karamu nasihatkan orang UMNO jangan lah buat kerja kotor ni nanti orang UMNO salahkan PAS pula yang buat walhal inilah sebenarnya kerja kotor UMNO, tujuannya supaya orang ramai salahkan PAS, sebab itu Pak Karamu syorkan supaya orang UMNO cari baju atau lambang orang PAS kemudian pakai, lepas tu pergilah belasah orang UMNO atau menteri UMNO, kemudian tuduh PAS yang buat ganas supaya pengundi di Bagan Pinang percaya

BERITA KEDUA

PENGAKUAN BEBERAPA ORANG JENDERAL YANG TELAH BERSARA MENGAKUI PENYELEWENGAN UNDI POS UNTUK MEMENANGKAN BN, PENYELEWENGAN INI TELAH BERLAKU SEJAK DARI TAHUN 1959 LAGI DEMIKIAN LAPOR MEDIA, SO .... WAHAI SPR, WAHAI UMNO/BN TOLONGLAH NAFIKAN ! JIKA KALIN ORANG YANG BENAR, KALAU TIDAK TANGKAP SAJA BEKAS JENDERAL TU

ORANG UMNO TAKKAN PERCAYA CERITA NI, SEBAB ITU TOLONGLAH TEMURAMAH JENDERAL YANG BUKA CERITA INI, DI KATAKAN UMNO MENIPU DAN MEMBUAT KHIANAT SEJAK TAHUN 1959 HINGGA SEKARANG, SUNGGUH MAKSIAT UMNO NI ATAU KALAU BERANI BONGKARLAH CERITA NI BIAR SEMUA ORANG FAHAM UMNO PENIPU

Ketua Putra UMNO Yang Penipu ....

Salam

TERKINI

KETUA PUTRA UMNO MALAYSIA DATO' AZZEZ YANG MENDAKWA DI BELASAH OLEH 8 ORANG ANGGOTA PAS DI PENAMAAN CALON DI BAGAN PINANG YANG TELAH DI SIARKAN OLEH MINGGUAN MALAYSIA DAN SINAR YANG SAYA BACA SEBENARNYA SATU PROVOKASI MURAHAN DAN KEBUDAK-BUDAKAN

Mengapa dia seorang yang mendapat gelaran Dato' sanggup menipu orang ramai dan akhbar utusan meloya di negara ini ? Adakah dia hanya hendak membusukkan imej PAS yang bertanding di Bagan Pinang dan supaya orang Bagan Pinang menolak PAS ? Khabarnya di Trengganupun dia buat perangai macam itu juga, cuba tanya orang UMNO apa pula pandangan mereka tentang Dato' UMNO ini atau memang orang UMNO sudah ketandusan modal politik ?

Jika ia satu provokasi, maka provokasi ini adalah satu kerja yang bodoh, Pak Karamu tidak terlintas langsung seorang yang telah di kurniakan gelaran Datok boleh buat kerja bodoh dan sia-sia dan lagi bodoh ialah orang yang memberikan dia gelaran Dato'

Dia seorang UMNO yang bodoh, dia seorang ketua putra UMNO Malaysia yang bodoh, dia mendedahkan sikap seorang ketua UMNO yang bodoh, dia menjatuhkan imej UMNO yang bodoh, Muhiden Yasin dan Hisamuddin membuat kenyataan menyokong Dato' ini dan menyerang pribadi sikap PAS tanpa usul periksa ertinya apa ? Ertinya dua menteri inipun turut bangang ! Aduuuyai ! mengapakah UMNO ini ramai sangat pemimpin yang bangang !

Bersikap jantan man la sikit, Lelaki man memang tak ada dalam UMNO so apa lagi yang nak di tunjukkan oleh UMNO di Bagan Pinang ?

Suruh Pukul Sampai Lebam

Salam

PROVOKASI, HIPOKRASI !

Di katakan ada Dato' UMNO kena belasah penyokong PAS pada hari penamaan calon di Bagan Pinang oleh sekumpulan penyokong PAS, hingga kini laporan polis telah di buat tapi belum lagi ada tangkapan di buat kerana polis tak tahu nak tangkap siapa sebab orang terlalu ramai, ketua pemuda PAS kata dia tak tahu kejadian itu walaupun dia berada di tempat kejadian

Ketua pemuda PAS juga kata insiden ini satu provokasi supaya pengundi di Bagan Pinang bersimpati kepada UMNO kerana mereka telah di belasah oleh kumpulan PAS dan sekali gus pengundi di Bagan Pinang memandang PAS sebagai oran jahat dan tidak mencerminkan mereka sebagai anggota parti Islam

Apakah benar cerita seorang menteri begitu mudah untuk di serang ? Apakah penyerang tidak merasa segan silu hendak memukul seorang menteri secara terbuka ? Apakah seorang menteri dan pengiringnya akan di serang tanpa sebab ? Tetiba saja lahir sekumpulan yang di katakan berbaju PAS terus menyerang menteri ? eh ! kenal pula penyrang itu dengan menteri UMNO sedangkan menteri itu berpakaian biasa saja

Dalam keadaan orang ramai dan bersesak-sesak ada juga orang kenal menteri ya ! hu hu hu cantiiiik punya provokasi, tapi provokasi ini tersangat bodoh, macam teloq hu hu hu, peristiwa ini boleh jadi bahan kempen untuk menutup kebusukan isu rasuah bagi calon BN/UMNO alahai !!! awat la hangpa buat kerja bodoh, patutnya suruh la UMNO pukoi menteri tu kuat sikit baru orang boleh percaya

Kempen masih lama lagi, BN/UMNO boleh dapatkan 7 atau lapan orang, suruh mereka pakai ala orang PAS, cari logo PAS dan pakai, kemudian cari tempat yang sesuai kemudian arahkan mereka buat berbagai insiden, pukol menteri ke, buat perangai tak senonoh ke , rosakkan kereka pemimpin UMNO ke, kemudian kalau arahkan pukul pemimpin UMNO pukul kuat-luat sikit, sampai lebam ke kemudian buat laporan polis, kempen cara ini rasanya berkesan juga

Ok Selamat berprovokasi ! kalau tak nanti hangpa kalah ! hi hi hi hi


Bagan Pinang denasty Isa Samad

Salam

JIKA ORANG UMNO LAIN MAHU BERTANDING BUAT MASA AKAN DATANG MAKA ISA SAMAD PERLU DITUMBANGKAN OLEH UNDI UMNO SENDIRI

Sekarang UMNO dan PAS sudah di istiharkan bertanding di DUN Bagan Pinang bagi memenagi hati rakyat di sana,PAS telah di wakili Zulkifli Omar dengan dasar perjuangannya iaitu islam sebagaimana yang di tuntut oleh Allah, semwntara UMNO yang telah di wakili oleh Isa Samad dengan dasar semangat kebangsaan yang perjuangannya di iktiraf oleh bangsa melayu akan tetapi di tolak oleh islam kerana nabi tak akui umatnya

Yang mana satu yang menjadi pilihan orang islam di antara dua calon ini ? Pak Karamu yakin orang Bagan Pinang akan mengundi calon PAS dan orang Bagan Pinang wajib kalahkan Isa Samad dan orang UMNO wajib undi PAS jika tidak maka Bagan Pinang akan menjadi denasty Isa Samad dan keluarganya untuk selama-lamanya, nanti jika Isa Samad menang maka akan datang Bagan Pinang akan di wakili pula anak Isa Samad, orang lain tak ada peluang sampai bila-bila

Orang lain bukan tidak ada angan-angan nak jadi calon akan tetapi mereka tak ada wang nak sogok rakyat untuk mengundi mereka, Isa Samad memang banyak wang sebab dia semasa jadi MB dan wakil rakyat dia banyak buat duit melalui politik, sebab itu jika nak cari duit maka kena masuk politik UMNO dan kena rebut jadi calon

Andainya ISA Saman kali ni kalah maka rakyat tahu bahawa dia sudah tidak di kehendaki rakyat lagi dan orang lain terpaksa menggantikannya akan tetapi jika dia tetap menang sekalipun menang tipis maka percayalah PRU 13 nanti dia ataupun anaknya pula akan bertanding di sana, orang lain melepas juga

Bagan Pinang. Penipuan besar Terdedah


Salam

WAHAI TUHANKU ! MENGAPA ADA JENIS MANUSIA JENIS INI MASIH BERNAFAS !

Astaghafirullah ! Sampainya hati BN/UMNO dan SPR menipu di Bagan Pinang ! mengapakah ada manusia jenis kalian di ujudkan oleh Tuhan tinggal di bumi Malaysia ini ?


Setelah di periksa dan di teliti maka di dapati hanya seramai 1,200 orang tentera yang berada di Bagan Pinang sebagai pengundi Pos dari jumlah semua pengundi sejumlah 4,604 orang, yang lainnya telahpun bersara dan telah berpindah balik kampung atau keluar dari kawasan DUN Bagan Pinang demikian di jelaskan oleh Harakah Daily

Pak Karamu berpandangan PAS kena dapatkan senarai nama-nama mereka jika terdapat di antara mereka telah terlibat mengundi di tempat lain atau telah berdaftar di tempat yang lain sebagai pengundi, jika naka tahu lebih lanjut maka PAS atau PR kena jejak mereka ini supaya bukti penipuan dapat di dedahkan dan ambil tindakan

Rakyat Malaysia mahu tahu setakat mana SPR atau BN/UMNO bersifat telus dan tidak menipu ada kemungkinan mereka yang sudah meninggalkan Bagan Pinang masih lagi menjadi pengundi di sana kerana itu PR kena pastikan adakah yang telah berpencen telah membuat pendaftaran di tempat lain pada senarai nama pengundi di kampung halaman mereka atau tentukan yang telah berpencen dan yang telah berpindah itu sudah berapa lama

Apa yang di khuatiri ialah mereka ini telah atau akan mengundi di banyak tempat , saya yakin muslihat ini juga akan terbongkar kerana saya juga pernah menjadi calon Parlimen mengetahui ada pengundi dua atau tiga kali mengundi pada pilihanraya yang lepas atau adakah pengundi pernah memohon menjadi pengundi atau mereka di paksa

Pengundi Pos Terbongkar Tapi .....

Salam

Perjalanan cerita sebenar undi Pos terbongkar lagi, saya sebagai seorang pengundi Pos dan bekas seorang tentera ada pengalaman tentangnya, kekadang anggota di paksa mengundi BN/UMNO jika tidak anggota itu akan di tukarkan ke tempat yang sukar bertugas atau akan di marahi atau akan di tahan pangkat atau akan di tahan berkursus untuk kenaikan pangkat dan banyak lagi akan di kenakan hukuman yang menyusahkan anggota

SPR boleh jawab apa yang mereka rasa untuk sekadar menjawab namun hasilnya pasti tiada, kadang-kadang pengundi Pos ini menerima kertas undi yang telah berpangkah semua ini adalah arahan atau seorang pengundi itu sendiri tidak tahu siapa yang memangkahnya, sebagai seorang tentera tak boleh banyak cakap, ikut saja, jika tidak akan adalah yang serba tidak kena, kebiasaannya pegawai tadbirlah yang faham tentang undi Pos ini

Cerita undi Pos adalah cerita lama yang menguntungkan BN/UMNO dan cerita ini walaupun dulu, sekarang dan selama-lamanya adalah sama saja iaitu cerita subsidi jumlah undi bagi kemenangannya akan memehak kepada BN/UMNO sebagai tali hayat, Saya yakin undi Pos ini adalah undi haram bagi mengekalkan kemenangan yang haram, saya yakin benar jika penyelewengan undi Pos ini tidak di kekang maka negara akan di balakan oleh Allah kerana kerja mungkar kerajaan BN/UMNO

Mangsa Gempa Di Sumatra

Salam

Gempa bumi yang melanda Sumatra sudah meragut nyawa seramai 376 di Padang dan 75 orang di Pasaman sementara yang cedera parah seramai 421 orang, gempa bumi yang berkekuatan 7.6 skala richter itu tidak di kesan kejadian Sunami di laporkan
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.