Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

FELDA AKAN PANAS MACAM GORENG PISANG PANAS

Pas mahu Felda buang Isa: Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man 
 
SHAH ALAM - Pas mahu Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dibuang daripada Felda dan mencadangkan jawatan itu dipangku oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengekalkan Mohd Isa di FGV akan menyebabkan Shahrir sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda.

"Ketika rombakan Felda dibuat pada Januari 2017, Pas tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Mohd Isa sebagai Pengerusi FGV.

"Pas meramalkan Shahrir dan Mohd Isa bakal bertembung, dan ini satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka.

Sepatutnya Mohd Isa perlu dibuang terus daripada Felda," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tuan Ibrahim mendakwa, banyak masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada kelemahan FGV dan pengurusan Mohd Isa.

"Terbukti keputusan menyenaraikan FGV dan melantik Mohd Isa menerajui Felda adalah dua kesilapan besar PM yang bakal diingati peneroka sampai bila-bila.

"Pas cadang agar Shahrir  dilantik menjadi pemangku pengerusi FGV," katanya.

kes ragu tak boleh repot polis untuk siasat ?

PKR desak siasat akaun Shafee
PKR desak siasat akaun Shafee
Laporan muka depan Sinar Harian, semalam.
 
SHAH ALAM -  PKR Selangor menggesa satu siasatan segera dilaksanakan bagi menyiasat dakwaan bayaran sejumlah wang sebanyak RM9.5 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke akaun peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Ketua penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, situasi ini menimbulkan keraguan dan konflik kepentingan tatkala waktu penyaluran wang tersebut berlaku sekitar waktu kes pembunuhan Pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi dan juga pendakwaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didakwa Sarawak Report.

"Perdana menteri perlu menjelaskan hubungan istimewa antara beliau dan Shafee Abdullah yang menyebabkan penyaluran RM9.5 juta jika berlaku seperti dilaporkan.

"PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh menyiasat kes ini berdasarkan Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang mungkin melibatkan situasi pecah amanah termasuk yang berkaitan dengan skandal 1MDB dan SRC International," katanya menerusi kenyataan.

Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda berkata, siasatan juga boleh dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana penyalahgunaan dana awam sekiranya aliran kewangan seperti didakwa berkaitan dengan wang 1MDB.

"Saya menegaskan agar tindakan siasatan secara bebas dan adil dapat dijalankan segera bagi memastikan isu yang melibatkan dakwaan terhadap salah laku perdana menteri ini dapat dibawa ke muka pengadilan dengan sewajarnya," katanya.

Kelmarin, AMK Pusat dan AMK Selangor membuat laporan polis untuk mendesak siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan skandal terbaharu yang didedahkan Sarawak Report itu.

Malah, Pas turut menggesa SPRM, Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) campur tangan skandal membabitkan transaksi dana RM9.5 juta dari syarikat SRC International yang disalur ke akaun Shafee.

SEMUANYA SUDAH KERANA CINA, MERDEKAAAAAAA !

PRU14 tangguh hingga tahun depan?
PRU14 tangguh hingga tahun depan?
SHAH ALAM - PRU14 yang dipercayai akan diadakan pada Oktober ini mungkin tidak menjadi kenyataan dan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.

Sumber dalaman memberitahu Sin Chew Daily, penangguhan itu dibuat kerana pada Oktober ini, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.

Antara atur cara yang akan dihadiri pemimpin utama China itu ialah menyaksikan majlis perasmian Xiamen University Malaysia, Sepang yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Semasa lawatan kerja Presiden China di Malaysia, perdana menteri dan jemaah Kabinet perlu hadir. Oleh itu, Parlimen tidak boleh dibubarkan pada ketika itu," kata akhbar ini.

Sebelum ini, Najib pernah membayangkan PRU14 kemungkinan jatuh pada September atau Oktober ini dan jika tidak, ia akan ditangguhkan sehingga tahun depan.

"Melihat kepada perkembangan politik semasa dan kedudukan kewangan negara, tahun ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU.

"Oleh itu, PRU14 besar kemungkinan diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan iaitu pada Mac 2018," tulis akhbar ini lagi.

ORANG ATAS PANDAI-PANDAI BELAKA, BUAT KERJA JUTA-JUTA

Siasatan ke atas CEO FGV libatkan jutaan ringgit
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
 
Pengerusi Felda Global Holding Berhad (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semasa mengadakan sidang media mengenai isu Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad yang diarahkan bercuti bagi menjalankan siasatan salahlaku urusniaga melibatkan jutaan ringgit di Menara Felda hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang telahpun diarahkan bercuti melibatkan jutaan ringgit,  kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Menurutnya, siasatan terhadap Zakaria dijalankan susulan daripada hasil siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

Bagaimanapun, Mohd Isa berkata siasatan itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu.

"Hasil siasatan awal berapa bulan lalu mendapati ada salah laku urus niaga dengan Delima Oil Products Sdn Bhd dan Safitex dan lembaga pengarah mencadangkan beliau letak jawatan supaya (perkara ini) tidak menjadi isu besar. Tetapi dia tak nak," katanya dalam satu sidang akhbar tergempar, di sini, hari ini.

Mohd Isa juga berkata FGV terbuka untuk berkerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan.

FGV dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia berkata  cuti Zakaria bermula 6 Jun sementara menunggu siasatan dijalankan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga digesa mengambil cuti susulan siasatan tersebut.

Pada 12.04 tengah hari, harga saham FGV turun tujuh sen kepada RM1.66 dengan 27.12 juta saham diniagakan. Dagangan saham syarikat itu telah dihentikan pada 12.05 tengah hari dan disambung semula pada 2.30 petang.

Mohd Isa berkata keputusan untuk memberikan Zakaria surat penggantungan kerja adalah bagi membolehkan FGV menjalankan siasatan tanpa gangguan dan bukan untuk menyembunyikan sesuatu.

Ditanya samada keputusan itu dibuat tergesa-gesa, beliau berkata ia telah lama berlaku dan dibuat setelah mengambil kira pandangan pihak lembaga pengarah.

"Lembaga berpandangan elok kita ambil tindakan supaya kita (FGV) tak dituduh melindungi (salah laku).  Kita bukan syarikat Sdn Bhd, kita syarikat senaraian awam.

"Kalau dia rasa tak betul dia boleh lapor kepada SPRM. Apa salahnya. Dia (SPRM) nak siasat tiada siapa boleh halang. Kita akan beri kerjasama," kata Mohd Isa. –Bernama

Puk,pek,puk pek saman Muhyiddin 10 juta

Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j
Mohd Anas Sudin
Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 juta terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 juta terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen dua bulan lepas.

Mohd Anas selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguamnya Hazwan Mohd Nor dengan menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai defendan.

Melalui penyataan tuntutan, Mohd Anas berkata, beliau telah mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan bahawa seramai 500 ahli Bersatu diketuai dirinya keluar daripada parti berkenaan pada 28 Mac kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan defendan kerana mengamalkan konsep kronisme.

Menurutnya berikutan kenyataan tersebut, defendan mengadakan satu sidang media pada 6 April sebagai menjawab soalan wartawan berhubung tindakan keluar parti.

"Kenyataan defendan jelas merujuk kepada plaintif dengan menuduh plaintif menjadi ahli PKR sebelum keluar dari Bersatu.

Kenyataan itu merupakan fitnah yang memalukanya secara peribadi sehingga ada menggelarnya lalang dan tupai," katanya.

Dakwa plaintif, kenyataan defendan menggambarkan dirinya pengkhianat, tiada jati diri, tidak berprinsip, dan tiada integriti dalam Bersatu.

Selain itu, katanya tindakan defendan didorong niat jahat telah mencetuskan kebencian umum ahli Bersatu dan mencetus kemarahan umum hingga merendahkan taraf plaintif
Sehubungan itu, plaintif menuntut gantirugi am sebanyak RM10 juta, gantirugi teruk, gantirugi teladan, faedah dan kos selain perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbit atau menyiarkan semula kenyataan fitnah tersebut.

'Demi ALLAH! Aku tidak melantik orang yang meminta jawatan


PM: Pas tak calonkan sesiapa
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
 
SHAH ALAM - Pas tidak menamakan sesiapa sebagai calon perdana menteri walaupun parti lain sedang sibuk membincangkan isu itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mengikuti perbincangan hangat dalam kalangan semua parti yang sedang berjuang menghadapi PRU14 yang begitu galak menamakan calon perdana menteri, kecuali Pas.

Katanya secara sinis, dahulu ada pemimpin jadian dalam Pas juga berwirid dengan nada yang sama, sekarang sudah meninggalkan Pas.

“Semua pihak berasa hairan mengapa Pas diam membisu? Adapun ahli dan penyokong Pas yang sangat setia sanggup tidak berpeluh dan berpecah kepala bertanya siapa calonnya sama ada jawatan penghulu kampung, Adun, parlimen dan jauh sekali siapa calon perdana menteri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Abdul Hadi berkata, persoalan siapa pilihan perdana menteri Pas juga pernah ditanya oleh Duta Amerika Syarikat (AS) kepada beliau.

"Ketika PRU13 dahulu, Duta Amerika minta mahu bertemu saya, setelah dia membatalkan kesediaannya untuk datang ke Pejabat Pas, saya pula dijemput ke rumahnya.

"Dengan rasa kehairanan, saya pergi ditemani Datuk Mustafa Ali dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, setiausaha politik saya. Duta bersama dua pegawai, katanya salah seorang daripadanya datang dari AS," katanya.

Pada pertemuan itu, beliau menjangka akan ditanya mengenai hudud yang biasanya dijadikan senjata menghina Islam, rupanya perbualan politik secara umum khususnya PRU.

"Apabila saya bertanya, mengapa AS bersama kerajaan diktator di beberapa negara Islam sehingga kalau parti Islam menang dibatalkannya dengan kuasa tentera dan ada juga negara Islam yang tidak ada pilihan raya, padahal AS adalah negara besar yang paling lantang mendokong demokrasi. Dia menjawab bahawa polisi AS tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

“Akhirnya, dia bertanya saya: 'Siapakah Pas calonkan jadi perdana menteri Malaysia kalau menang PRU?' Saya menjawab secara spontan: 'Siapakah calon yang dipersetujui oleh AS?'. Mereka semua ketawa besar, kemudian terdiam,” katanya.

Jelasnya, Pas menyambung perjuangan Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW mengikut al-Quran dan Sunnah serta diriwayatkan oleh para ulama dalam kitab-kitab yang banyak.

Beliau turut memetik dua buah hadis iaitu 'Demi ALLAH! Aku tidak melantik orang yang meminta jawatan atau rakus mahukan jawatan' dan 'Di antara kemusnahan umatku di akhir zaman apabila jawatan menjadi pemimpin dianggap peluang untuk diri, keluarga dan kroni.'

ORANG BUTA MERABA SECARA BODOH

Jasa jawab dakwaan Wan Azizah
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz
SHAH ALAM - Sarawak Report dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebenarnya tidak pasti wang daripada sumber manakah yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun pendakwa raya, Tan Sri Shafee Abdullah sehingga kenyataan kedua-duanya bercanggah.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Sarawak Report (SR) mendakwa RM9.5 juta yang dibayar kepada Shafee Abdullah dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan wang ini datangnya dari 1MDB, sementara Azizah mendakwa wang dari SRC.

Katanya, Sarawak Report mendakwa kononnya pembayaran kepada Shafee dari akaun Datuk Seri Najib ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

"Pertama, Sarawak Report dan Wan Azizah perlu memutuskan terlebih dahulu, sebenarnya wang RM9.5 juta ini adalah wang 1MDB atau wang SRC.

"Kedua-dua mereka nampaknya tidak pasti wang ini datang dari sumber mana dan disebabkan itu mereka membuat kenyataan yang bercanggah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak Report perlu membuktikan wang tersebut dari 1MDB kerana portal web itu dan Wall Street Journal pernah melaporkan Najib memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB.

"Jika wang tersebut dari SRC, bukankah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah membuktikan bahawa RM40 juta yang kononnya dari SRC ini tidak pernah sama sekali masuk ke dalam akaun Najib, sebaliknya diberikan dalam bentuk cek kepada Mail Global Resources?," katanya.

Kedua, katanya, benarkah akaun Najib masih wujud  ketika Shafee dikatakan menerima RM9.5 juta kerana kedua-duanya pernah melaporkan akaun tersebut telah ditutup pada 30 Ogos 2013 selepas Najib dilaporkan memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa dari 1MDB.

"Persoalannya, bagaimanakah satu akaun yang telah ditutup berkenaan boleh membuat pembayaran kepada Shafee pada September 2013 dan Februari 2014?

"Hakikatnya Sarawak Report dan Pakatan telah membuat terlalu banyak pembohongan sehinggakan mereka lupa apa yang pernah mereka bohongkan sebelum ini," katanya.

ALHAMDULILLAH SEMAKIN PULIH


Keadaan Presiden Pas bertambah baik
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
SHAH ALAM - Tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah baik dan proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan lancar.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi juga dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi.

"InsyaALLAH, marilah kita terus berdoa agar Tuan Guru kekal bertenaga untuk terus mengemudi Pas sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Hadi pada 16 Mei lalu selamat menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN).

Untuk sementara waktu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas Abdul Hadi berikutan beliau menjalani rawatan berhubung masalah jantung yang dihadapi beliau.

Sepanjang tempoh pemulihan, Abdul Hadi ditempatkan di wad hospital, bagi memastikan tahap kesihatannnya kembali pulih.

ATAU INI HASIL LAWATAN PRESIDEN AMERIKA BARU-BARU NI ?


Lima negara putus hubungan dengan Qatar
Lima negara putus hubungan dengan Qatar
Bandara raya Doha, Qatar- Foto Reuters.
 
JEDDAH - ARAB SAUDI. Lima buah negara,  Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain hari ini mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Qatar selepas mendakwa negara itu menyokong keganasan.

Memetik laporan media asing, tindakan drastik oleh Arab Saudi, Mesir dan UAE itu turut disertai dengan pemberhentian pengangkutan, termasuk penerbangan dengan Qatar dan memberi tempoh dua minggu kepada rakyat Qatar untuk pulang.

Qatar juga dikeluarkan daripada pakatan diketuai Arab Saudi memerangi pengganas di Yaman.

Dalam kenyataan melalui agensi berita milik kerajaan Arab Saudi, syarikat minyak gergasi negara itu, SPA, menuduh Qatar menyokong kumpulan militan dan menyebarkan ideologi ganas - merujuk kepada stesen televisyen Qatar, al Jazeera.

"(Qatar) menyokong pelbagai kumpulan pengganas dan pertubuhan bertujuan menjejaskan kestabilan rantau Arab, termasuk Muslim Brotherhood, ISIS (Negara Islam) dan al-Qaeda serta menggalakkan agenda kumpulan terbabit melalui medianya,” kata SPA.


Sementara itu, Qatar belum memberi reaksi segera berhubung perkembangan itu.

Difahamkan, pegawai kerajaan Qatar tidak dapat dihubungi untuk memberi komen balas, sebelum ini Qatar telah menafikan negara itu menyokong keganasan.

ANUAR GAGAL LAGI


Qazaf rayuan akhir Anwar ditolak
 Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Rayuan akhir bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya tidak kesampaian apabila permohonannya ditolak Mahkamah Rayuan Syariah hari ini.

Keputusan sebulat suara tiga panel hakim itu dibacakan oleh Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusuf Che Teh.

Dalam keputusan itu, beliau berkata, tuduhan liwat tidak terpakai dalam kes qazaf di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana undang- undang memperuntukkan qazaf hanya boleh digunakan dalam kes pertuduhan zina sahaja.

"Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan maksud zina di dalam seksyen tersebut yang hanya terhad kepada persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan sahaja serta tidak termasuk perbuatan liwat," katanya.

Pada 26 Jun 2015, Anwar melalui isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memfailkan aduan itu bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kenyataan Muhammad Shafee yang didakwa menuduh banduan Penjara Sungai Buloh itu melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 17 Februari 2015, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh seperti mana diwajibkan oleh undang-undang pada program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

AKAN MENYUSUL

Kalau sudah harbi maka engkau ikut jalan engkau kami ikut jalan kami

Pas vs DAP: Di mana dakwah?
Nik Abduh
Nik Abduh
 
SHAH ALAM - Dalam politik dalaman negara, permusuhan bukan bererti peperangan. Ia adalah pertentangan bagi memilih yang terbaik untuk negara," kata ahli jawatankuasa pusat Pas, Nik Mohamad Abduh.

Merungkai kata-kata itu, Nik Abduh menjelaskan bahawa sebab itulah Pas ada 'pasang surut bersahabat' dengan rakan-rakan politiknya, terutamanya DAP.

"Justeru apa isunya Pas dan DAP? Mengapa berpakat dan mengapa bermusuh?

Ya, berpakat kerana bersama berjuang membuang halangan yang tidak demokratik. Kezaliman pemerintah Umno/ BN dalam banyak perkara adalah kesalahan dan perlecehan terhadap rakyat dan negara. 

"Ia menutup hak rakyat dan menghalang parti pembangkang daripada mara untuk diterima oleh rakyat. Ya, berpecah dan bermusuh adalah kerana pengkhianatan terhadap perjanjian persefahaman bersama," katanya dalam satu entry di Facebooknya semalam.

Katanya lagi, "toleransi awal tidak mampu lagi dikekalkan. Siapa betul dan siapa bersalah? Biarkan rakyat mendengar dan memutuskan. Masing-masing berhak berhujah,". 

Ujarnya lagi, rakyat yang budiman dan enggan ditipu dengan fitnah sudah pasti akan memilih yang terbaik untuk mereka dan negara mereka.

"DAP memusuhi Islam? Bukan hanya DAP. Siapa pun yang menghalang umat Islam untuk bebas beramal dengan agama mereka sepenuhnya di negara mereka, maka mereka adalah musuh Islam.

"Siapa pun...DAP diperangi? Musuh mulut diperangi dengan mulut. Musuh media diperangi dengan media. Musuh senjata diperangi dengan senjata. Tiada melampau dalam beragama.

"Kewarganegaraan adalah perjanjian keamanan di antara sesama rakyat untuk hidup bersatu menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara," katanya lagi.

Sementara mengulas mengenai Pas, Nik Abduh berkata Pas adalah pendakwah dan pejuang untuk agamanya. 

"Dalam musuh menerima dan memberi keamanan, kita adalah pendakwah. Dalam musuh menghalang dan memfitnah, kita adalah pejuang yang mempertahankan agama. Usah menggelar diri sebagai pendakwah kalau kecut dan mandul untuk menjadi pejuang," katanya.

Justeru katanya, dalam isu politik dalaman ini, biarkan Pas dan DAP bersama parti-parti lain berjuang dengan matlamat masing-masing di atas lunas-lunas perlembagaan tanpa halangan yang menyalahi demokrasi yang adil.

"Ingat, jangan langgar perlembagaan negara. Peringatan ini adalah buat Umno dan DAP. Pas dengan matlamat Islam yang agung, insya-ALLAH akan kekal di landasan perjuangan yang sah di sisi undang-undang ke arah negara sejahtera menuju keredaan ALLAH," katanya.

MAHADHIR DAN BERSATU MASIH BERMIMPI ?


Mahathir mahu jadi PM langkah terdesak
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
 
SEMPORNA - Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat secara terbuka mahu menjadi perdana menteri semula sebagai langkah terdesak.

Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah mendakwa Dr Mahathir terdesak untuk menjatuhkan kerajaan dan kepimpinan sedia ada dengan sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak relevan.

"Sebelum ini beliau mencalonkan nama wakil daripada barisan pembangkang untuk jawatan perdana menteri, dan mungkin kerana calon yang dicadangkan semuanya tidak boleh diterima masyarakat maka  beliau berhasrat menjadi perdana menteri semula," katanya selepas menyampaikan bantuan Ramadan kepada kira-kira 1,000 golongan asnaf dan ibu tunggal sekitar Zon Bugaya di Dewan Kampung Seraya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kesediaan Dr Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempertimbangkan menjadi perdana menteri semula sekiranya itu yang dimahukan kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ramlee berkata legasi Dr Mahathir sebagai negarawan yang diangkat tinggi suatu ketika dahulu telah diruntuhkan oleh dirinya sendiri, ekoran itu adalah mustahil hasrat yang dilontarkan itu menjadi kenyataan. - Bernama

MAHADHIR DAN BERSATU MASIH BERMIMPI ?


Mahathir mahu jadi PM langkah terdesak
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
 
SEMPORNA - Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat secara terbuka mahu menjadi perdana menteri semula sebagai langkah terdesak.

Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah mendakwa Dr Mahathir terdesak untuk menjatuhkan kerajaan dan kepimpinan sedia ada dengan sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak relevan.

"Sebelum ini beliau mencalonkan nama wakil daripada barisan pembangkang untuk jawatan perdana menteri, dan mungkin kerana calon yang dicadangkan semuanya tidak boleh diterima masyarakat maka  beliau berhasrat menjadi perdana menteri semula," katanya selepas menyampaikan bantuan Ramadan kepada kira-kira 1,000 golongan asnaf dan ibu tunggal sekitar Zon Bugaya di Dewan Kampung Seraya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kesediaan Dr Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempertimbangkan menjadi perdana menteri semula sekiranya itu yang dimahukan kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ramlee berkata legasi Dr Mahathir sebagai negarawan yang diangkat tinggi suatu ketika dahulu telah diruntuhkan oleh dirinya sendiri, ekoran itu adalah mustahil hasrat yang dilontarkan itu menjadi kenyataan. - Bernama

PAS TANDING SEMUA KERUSI


Pas akan tanding 100 peratus kerusi Kelantan
Pas
SHAH ALAM - Pas memaklumkan bahawa parti Islam itu akan bertanding 100 peratus di semua kerusi di Kelantan  dalam PRU14 akan datang.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, bagi kerusi PKR di Kelantan pula, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

“Pas akan bertanding di semua kerusi yang pernah ditandinginya sebelum ini dan untuk kerusi PKR, kita akan lihat dulu sama ada ingin letak calon atau pun tidak," katanya selepas Program Ihya’ Ramadhan Bersama Anak Perantauan Kelantan, malam tadi.

Ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Adun Neggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, Ahmad Yakob memaklumkan bahawa pihak berkenaan telah hilang kelayakan sebagai Adun selepas diisytiharkan muflis.

Menurut beliau, mengikut kebiasaannya, Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan selepas tempoh tiga tahun.

“Buat masa ini tak ada apa-apa perkembangan kerana beliau sudah tidak layak menjadi Adun berikutan didapati muflis,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai PRK Pujut, Ahmad Yaakob memaklumkan bahawa pihaknya akan merujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi membuat keputusan sama ada ingin bertanding ataupun tidak.

 Tambah beliau,  buat masa ini tiada sebarang keputusan khususnya melibatkan calon yang akan bertanding dalam PRK Pujut. 

“Jawatankuasa Pas Pusat pun belum lagi mesyuarat dan kita serahkan kepada mereka untuk tentukan,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.