Pas mahu Felda buang Isa: Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas mahu Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad
(FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dibuang daripada Felda dan
mencadangkan jawatan itu dipangku oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir
Abdul Samad.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengekalkan
Mohd Isa di FGV akan menyebabkan Shahrir sukar melaksanakan
langkah-langkah memulihkan Felda.
"Ketika rombakan Felda dibuat pada Januari 2017, Pas tidak bersetuju
dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan
Mohd Isa sebagai Pengerusi FGV.
"Pas meramalkan Shahrir dan Mohd Isa bakal bertembung, dan ini satu
persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan
Felda dan khasnya peneroka.
Sepatutnya Mohd Isa perlu dibuang terus daripada Felda," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Tuan Ibrahim mendakwa, banyak masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada kelemahan FGV dan pengurusan Mohd Isa.
"Terbukti keputusan menyenaraikan FGV dan melantik Mohd Isa menerajui
Felda adalah dua kesilapan besar PM yang bakal diingati peneroka sampai
bila-bila.
"Pas cadang agar Shahrir dilantik menjadi pemangku pengerusi FGV," katanya.
1 orang berkata:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.
Post a Comment