Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MERDEKA DAN BERSATU

Salam,

Semperna dengan menyambut kemerdekaan baru-baru ini rakyat di minta bersatu dalam satu Malaysia konsef satu Malaysia sebenarnya bukanlah dasar perjuangan yang di perjuangkan oleh UMNO dan bukan juga ia satu cita-cita yang di harapkan oleh raja, akan tetapi ia satu yang menyakitkan hati orang UMNO dan Raja kerana konsef satu Malaysia akan melenyapkan ketuanan melayu dan hanya sekadar hendak memulihkan UBN juga untuk menyaingi Pakatan Rakyat, sejauh mana ia akan berjaya kita akan lihat nanti

Semperna Kemerdekaan juga di harapkan orang melayu bersatu, rasanya itu tiada masalah, orang melayu bersatu dalam UMNO dan orang islam bersatu dalam PAS jika orang melayu nak bersatu dalam PAS pun tak apa tapi kenalah daftar, sementara jika orang islam bersatu dalam UMNO rasanya itu tidak akan berlaku meliankan jika ada di antara orang islam yang telah di asobiyahkan ertinya telah di sesatkan

Para pucuk pimpinan UMNO dan cendikiawan melayu di katakan mengharapkan sangat supaya melayu bersatu padu, Pak Karamu rasa untuk apa bersatu padu jika saban hari dan waktu UMNO menghajab Orang lain terutama PAS kemudia selepas UMNO pukul PAS kemudian UMNO hulur tangan untuk berdamai dan bersatu, lepas itu dia belasah lagi kemudian dia ajak bersatu lagi, jika macam itu lebih baik berkawan dengan orang cina dengan India

UMNO jangan banyak sangat muslihat berpolitik kerana politik UMNO sebenarnya telah berada di dalam poket orang PAS, setiap perkataan yang keluar daripada mulut orang UMNO kita boleh tahu sama ada ia benar ataupun palsu, demikian juga dengan senyuman orang UMNO kita tahu senyuman itu ada mengandungi racun ataupun tidak, demikian perangai UMNO yang telah masak di nilai oleh orang yang telah banyak kali terkena

Sebab itu jika orang UMNO nak berbaik dengan orang PAS eloklah mereka jadi mualap terlebih dahul


PERAK BAKAL KECOH LAGI

Salam,

Perak bakal akan kecoh lagi ekoran kenyataan Dato R.Ganesan yang menafikan sidang DUN Perak akan di adakan besok, ini kerana kuasa speaker negeri Perak masih di pegang olehnya, kenyataan ini ekoran berita sidang DUN akan di adakan pada 2 September 09, semalam Muhammad Nizar Jamaluddin yang menjadi menteri Besar PR Perak menyatakan pada 2 sept 09 iaitu pada hari rabu ini bakal akan di adakan sidang DUN Perak telah di nafikan oleh Dato R Ganesan, ini bererti jika sidang di adakan juga maka kekecohan akan berlaku

Persoalannya sekarang siapa speaker kerajaan negeri Perak yang sah sekarang ? V. Sivakumar ataupun G Ganesan ?

MERDEKA ?

Salam,

Yang merdeka di Malaysia semua bangsa, Cuma bangsa-bangsa yang memelok islam belum merdeka untuk mengamalkan agamanya

Di Malaysia islam daripada Allah tidak boleh di amalkan dengan bebas kerana ia terlarang

Di Malaysia anda hanya akan boleh melaksanakan islam ala Malaysia

Orang islam boleh beribadat tanpa larangan akan tetapi tidak boleh mengmalkan maksud ibadat kerana terlarang

Orang islam boleh beriman akan tetapi tidak boleh beramal dengan apa yang mereka imankan

SUDAH MERDEKAKAH KITA ?

UMNO ADALAH PARTI CELAKA !

Salam,

CELAKA UMNO SATU ANALISA

UMNO ADALAH PARTI CELAKA ! Oleh Perak Bangkit

Di dalam al Quran banyak ayat yang di muatkan oleh Allah bagi golongan celaka dan celaka adalah golongan yang akan pengisi neraka jahannam, perkataan celaka tak payah hendak di perkenalkan lagi kepada umat islam yang membaca al Quran mereka faham siapa golongan yang di katakan celaka itu

Di negara kita UMNO di katakan oleh orang UMNO sendiri sebagai golongan yang celaka ! demikian tuduhan yang di lemparkan oleh seorang blogger UMNO yang berbama PERAK BANGKIT, dan Perak bangkit ini barangkali semua blogger faham siapa dia walaupun batang tubuhnya kurang di kenali

Berbagai kata-kata kotor dan kesat bahasa Perak bangkit ini terhadap kumpulan UMNO terutama kepada pucuk pimpinannya sendiri gara-gara sering kalah pada setiap pilihanraya di adakan di negara ini, tak sanggup Pak Karamu nak sebut perkataan maki hamunnya tuan-tuan pergilah melawat ke blog pengisi neraka tersebut

Perak Bangkit juga menyeru kepada rakan-rakan UMNO nya supaya meluahkan maki hamun seperti apa yang di lakukannya terhadap UMNO dengan harapan UMNO akan terjaga daripada tidur lena dengan harapan UMNO akan sedar akan kesalahannya, saya tersangat yakin bahawa golongan yang tersangat di marahinya ialah semua pucuk pimpinannya

Andainya keputusan pilihanraya yang telah lalu tidak menyebelahi UMNO rasanya tidaklah semarah pada keputusan pilihanraya di Permatang Pasir baru-baru ini yang mana sebelum keputusannya dia masih mengharapkan supaya melayu bersatu akan tetapi apabila keputusan di ketahui barulah dia merasa bagai nak pengsan memarahi UMNO dan bagaikan halilintar membelah bumi layaknya

Saya kira Perak Bangkit perlu melihat UMNO dari sudut penilaian agama kerana agama akan bercerita tentang semangat kebangsaan dengan jelas dan terang dalam perkara dasar agama terhadap dasar UMNO, apa-apa yang UMNO buat sepatutnya hendaklah di rujuk terlebih dahulu sama ada boleh di buat ataupun tidak ini kerana rata-rata orang UMNO mengaku sebagai orang islam

Bagi saya UMNO yang berdasarkan kebangsaan tidak boleh bertahan lama bagi memperjuangkan bangsanya kerana ia bercanggah dengan islam dan fitrah kehidupan manusia itu sendiri kerana itu umur UMNO akan sampai masanya apabila tempuh yang di berikan oleh Allah tamat melainkan UMNO perlu kembali kepada dasar islam

Selagi UMNO terus dengan perjuangannya maka selagi itulah UMNO tiada jaminan daripada Allah ia akan kekal, saya bersetuju dengan saranan Perak Bangkit supaya UMNO perlu di bangunkan dari tidur namun apabila ia sudah bangun kemana ia akan melangkah ? Adakah ia akan melangkah ke arah satu Malaysia ? Sanggupkah UMNO meninggalkan semangat kebangsaan dan ketuanan melayu, ini kerana semangat ketuanan melayu dan satu Malaysiapun rasanya UMNO tetap tidak akan mengambil islam sebagai dasarnya

SEMANGAT SATU MALAYSIA ?

Salam,

Semangat satu Malaysia? Hilang sudah semangat Kebangsaan ? Semangat ketuanan melayu bertukar kepada semangat ketuanan Malaysia ? Atau adakah semangat ini kerana nak menyatu padukan rakyat Malaysia sementara menunggu semangat ketuanan melayu belum lagi subur setelah perpecahan UMNO ?

Jika semangat satu Malaysia ini bersifat sementara maka berapa lamakah ia akan bertahan atau adakah semangat satu Malaysia ini boleh di jadikan amalan yang kekal dan sepatutnya di amalkan di Malaysia jika jawapannya ya ! maka ketuanan melayu akan terhapus dan bergantilah dengan ketuanan Malaysia (Malaysian Malaysia)

Hilang sudah keris sebagai lambang ketuanan melayu, orang UMNO tak marah ke ? Kalau di singapore orang kat sana kata I am Singaporean ? tak kira mereka melayu,cina,india yahudi, dan sebagainya dan kalau tak silap telinga saya mendengat TV 3 ada sebut tentang Kad Pengenalan akan di hapuskan perkataan bangsa di sana, kalau cam tu sahlah I am Malaysian

Dato' Najib sudah nampak jelas bahawa konsef satu Malaysia tak dapat di elakkan lagi kerana melayu sudah tidak dapat di pertahankan lagi sebab itu orang UMNO janganlah harap nak tegakkan ketuanan melayau melainkan mereka kena bersunat lagi sekali dan masuk PAS pula


SEMUANYA BOLEH JADI NYATA ?

Salam,

RAMALAN TERKINI

Satu kerusi DUN kedah menunggu pengesahan dari SPR, Perak selepas 2 September 09 mungkin juga DUN bubar, di Trengganu apabila 9 ADUN UMNO lompat PKR dan PAS maka DUN Trengganu terpaksa bubar bagi mendapatkan mandat rakyat, jika SMS datang dari Trengganu maka berita itu memang boleh jadi kenyataan

HUDUD SEBAT TIDAK BOLEH CEDERA !

Salam,

Hukum hudud bermaksud hukum yang di hadkan kepada umat islam yang melakukan jenayah, hukuman jenayah had (hudud) ini di terangkan oleh ayat Allah (Ai Baqarah 187,229) Hukuman ini terus dari Allah, kekuasaan manusia TIDAK boleh campur tangan untuk mema'afkan atau mengurangkan hukuman orang yang bersalah dengan apa cara sekalipun, sekalipun dari penguasa negara

Jarimah (Jenayah) hudud ini terbahagi kepada 7 perkara iaitu yang berkait dengan Zina, Qazaf, (hukuman 80 rotan kepada mereka yang menuduh orang lain berzina) minum arak, mencuri, mengganggu keamanan, murtad dan menderhaka, hukuman ini tidak boleh berpilih kasih kepada siapa yang melakukannya sekalipun mereka yang berpangkat tinggi dalam sesebuah negara

Hukuman hudud di perkenalkan oleh Allah bukan untuk menyiksa ataupun mendera akan tetapi ia di lakukan adalah berbentuk mencegah dan tidak juga hukuman tersebut mencederakan pesalah, tidak juga boleh menghukum di satu tempat di bahagian badan sehingga mendatangkan kecederaan dan pesalah hendaklah lengkap memakai yang menutup aurah dan demikian juga alat dan cara melaksanakannya wajib mengikut aturan yang di tetapkan

Apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah hukuman yang telah kita dengar dan di gambarkan oleh mereka yang memusuhi islam ialah hukuman tersebut menunjukkan suatu hukuman yang merupakan penyiksaan dan penginayaan terhadap manusia sehinggakan ia menakutkan siapa yang mendengar hukuman tersebut dan tidak kurang juga yang menakut-nakutkan manusia seolah-olah hukuman tersebut tersangat zalim


2 SEPTEMBER SIDANG DUN PERAK

Salam,

Sidang Dewan Undangan negeri Perak akan di adakan pada 2hb September 09 demikian di jelaskan oleh Muhammad Nizar bekas Menteri Besar Perak, Sidang ini di jangka akan membincangkan kedudukan penggantungan Muhamad Zambry menteri besar yang ada

Persidangan itu nanti juga akan melihat V.Sivakumar akan menjadi speaker yang sah dan PR akan membuat Injuksi terhadap speaker yang di katakan tidak sah iaitu Dato' M. Ganesan sekali gus memberikan laluan terhadap V.Sivakumar sebagai speaker yang sah mengikut perlembagaan negeri untuk mengendalikan sidang dewan tersebut

Sidang yang akan di adakan nanti adalah sebagai membahaskan titah ucapan sultan pada 7 May 09 yang lalu dan di harapkan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku

PGSM KATA ADA TUKANG SEBAT SYARIAH

Salam,

Maka berkatalah Presiden Persatuan Peguam Syarai'e Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Abdul Ralip bahawa tukang sebat syara'ie memang terdapat di Malaysia dan pernah menghukum sebat pesalahnya, oleh itu tidak timbul kenyataan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan bahawa tiada hukum sebat, apa yang berlaku ialah kelemahan Menteri itu sendiri

ARAK DAN KARTIKA SARI DEWI ....

Salam,

AGAK HEBOH TENTANG HUKUMAN YANG TIDK DAPAT DI JALANKAN KE ATAS PESALAH MEMINUM ARAK IAITU PUAN KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO, PAK KARAMU RASA ISU INI SUDAH MENJADI ISU POLITIK APABILA PARA PUCUK PIMPINAN MASUK CAMPUR MEMBUAT KENYATAAN

ISUNYA SANGAT KECIL TETAPI BILA ADA YANG GATAL MULUT MAKA IA MENJADI ISU POLITIK DAN JADI MEMBESAR. PAK KARAMU SEBUT BEGITU KERANA HUKUMAN 6 ROTAN SEPATUTNYA JANGAN DI KAITKAN DENGAN SYARI'AT KERANA HUKUM SYARI'AT SABIT DENGAN KESALAHN TIADA DI PERUNTUKAN 6 ROTAN DAN BERCANGGAH DENGAN SYARIAH

DALAM ISLAM BILA KITA SEBUT ARAK MAKA IA PUNCA KEJAHATAN, PESALAH YANG MENGAKU MELAKUKANNYA BOLEH DI HUKUM 40 HINGGA 80 ROTAN INILAH HUKUM SYARAK, DAN BAB INI DI SEBUT OLEH ALLAH DALAM SURAH AL MAIDAH AYAT 90 DAN DI PERJELASKAN PULA OLEH BANYAK HADIS RASULLULLAH s.a.w

DALAM KES PUAN KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

Apabila dia di jatuhkan hukuman 6 sebatan oleh mahkamah syariah Pahang sabit kesalahannya maka pandangan Pak Karamu ianya bukanlah hukuman syarak dari Allah sekalipun mahkamah yang menjatuhkan hukumannya bernama mahkamah syariah, penyelewengan hukum atas kesalahan minum arak ini jelas menyimpang dengan hukuman syariah daripada Allah, kerana itu Puan Kartika sari Dewi berhak menolak hukuman 6 sebatan atas nama hukum syariah dan dia juga berhak memohon hukuman yang sebenar mengikut syariah supaya dia tidak lagi menerima hukumannya di akhirat atas kesalahan meminum arak

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN SYARIAH ?

Syariah bermaksud perundangan atau hukuman yang wajib di patuhi oleh setiap orang islam, baik yang berhubung dengan Allah atau di antara manusia dengan manusia, sumber hukumnya adalah daripada Allah yang di sampaikan kepada manusia melalui perantaran RasulNya, hukumnya dari Allah yang benar semata-mata dan ia adalah hukuman yang kata'i tiada kelemahan atau pertentangan dengan hukum yang di laksanakan oleh penguatkuasaan JIKA ada pertentangan atau kelemahan maka itu bukanlah syari'ah namanya, oleh itu jika ada mana-mana hukuman selain dari apa yang telah di tetapkan oleh Allah dan RasulNya maka itu jelas telah di sesatkan oleh manusia dan tidak boleh di namakan syari'ah

HUKUM SEBAT MENGIKUT SYARAK

Andaikata jika Puan Kartika Sari Dewi Shukarno menerima hukuman 6 sebat atas sabit kesalahannya oleh mahkamah yang di katakan syariah dan enggan pula memohon keampunan dari pehak yang berwajib maka Puan Sari Dewi Kartika Shukarno ini akan mererima lagi hukuman yang sebenar daripada Allah di akhirat nanti ertinya dia telah di zalimi oleh orang yang meminda hukuman Tuhan dan dia boleh di anggap di inayai oleh hukuman dari manusia Pak Karamu rasa ini tidak adil

Berhubung dengan alasan penangguhan hukuman oleh pehak yang berwajib yang di katakan kerana menghormati bulan puasa atau penangguhan kerana tiada tukang sebat maka Pak Karamu fikir ia tidak timbul sama sekali kerana setiap kelemahan perundangan dan hukuman sepatutnya wajib di pikul oleh mereka yang bertanggungjawab dan jangan memperbodoh dan menganiaya sesama manusia

Pemerintah terutamanya telah mempertontonkan kelemahan perundangan islam pada mata kaum yang bukan islam dalam peristiwa ini menyebabkan kaum lain melihat islam tidak bersikap konsisten dalam perjuangan mereka untuk menegakkan islam for all dan tidak salah lagi jika saya katakan bahawa kaum yang bukan islam memperlekeh islam, salahnya adalah dari kelemahan penganut islam itu sendiri






UMNO TERUS BERSIKAP EGO

Salam,

UMNO TERUS BERSIKAP EGO SEKALIPUN DIA KALAH, HIRAN SUNGGUH !

Sungguh tidak faham dengan sikap orang UMNO yang terus bersikap ego sekalipun rakyat mengajarnya dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir dengan kekalahan teruk akan tetapi para pemimpin dan pengikutnya terus bersikap ego dengan dakwaan rakyat masih tidak berubah dari memberikan sokongan kepada parti itu

UMNO dengan menggerakkan kebendaan dan bala tentera, polis, seluruh kekuatan jentera Barisan Nasional ke Permatang Pasir untuk memikat dan menakutkan hati rakyat di sana namun rakyat tetap juga menolaknya hanya orang yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang tinggal menyokong mereka itupun letih memujuk mereka supaya mengundi UMNO

Sikap rakyat sudah jauh berubah dari bodoh kepada pandai, dari bersubahat kepada sikap terbuka dan mereka sekarang sudah letih dengan tipu daya UMNO yang terus memperbodoh dan mempergunakan mereka sebagai rakyat yang menjadi pak turut dan rakyat nampaknya sudah faham dan jemu dengan kerenah UMNO yang mahukan rakyat berkelas bawah sepanjang masa supaya mereka terus di pergunakan

Di Permatang Pasir sebagai contoh tidak mungkin UMNO boleh kalah jika di lihat kepada gerak gempur UMNO dengan tenaga bukan sahaja dari kekuatan parti akan tetapi kekuatan kerajaan Malaysia di kerah di sana termasuklah propaganda media TV, surat khabar tenaga blogger yang baru di ujudkan namun semuanya itu kecundang di tangan rakyat yang semakin sedar dengan mainan politik kotor UMNO dan BN

Berbagai isu di ketengahkan oleh UMNO termasuk isu perkauman, di masa yang sama Perdana menteri Malaysia memperkenalkan pula konsef satu Malaysia, sesungguhnya UMNO sudah menjadi kelamkabut dengan berbagai isu yang tidak menentu dan tidak tentu hala menyebabkan sikap UMNO mudah di nilai oleh rakyat yang semakin bijak menilai yang mana pemimpin bodoh dan pemimpin yang cerdik

UMNO semakin bongkak dan sombong apabila ada golongan agama yang yang mahu diri mereka dapat di pergunakan oleh UMNO maka bergeraklah golongan agama ini menjadi penggerak dakwah bagi UMNO yang dapat pula golongan agama ini menggunakan segala alat penyiaran tanpa had dan demikian juga dengan penggunaan akhbar milik parti UMNO, dan golongan agama inilah selalunya di minta fatua supaya mengecap golongan lain sebagai pelampau dan pengganas

UMNO tetap tidak mahu menyelamatkan diri mereka dan parti mereka dengan kembali kepada dasar islam sebagaimana yang di tuntut oleh Allah dan Rasulnya, mereka terus mahu menjadi pejuang untuk membela nasib bangsa mereka dengan dasar yang busuk mengikut akal mereka sekalipun dasar perjuangan mereka itu bercanggah dengan dasar islam, sebenarnya mereka hendak menempelak dan memperleceh hukum syari'at sekalipun syari'at yang tidak tepat

UMNO dan sekutunya dalam BN semakin di tolak oleh rakyat dan rakyat pula sudah bersikap mahal untuk di nilai dan di beli oleh UMNO, sementara itu UMNO sendiri mengajar ahlinya menjadi golongan bongkak,sombong,penipu dan memperbudakkan bangsanya sendiri dalam soal ekonomi dan pelajaran, semua ini telah dapat di nilai oleh rakyat di negara ini dengan melihat perangai orang UMNO yang bongkak dan sombong lagi penipu

UMNO tidak akan bertahan lama memerintah bersama BN di negara ini, mereka akan lenyap pada PRU 13 nanti sekiranya mereka tidak mahu kembali kepada dasar islam




PR BERTAMBAH KUAT DAN AMPUH

Salam,

PR atau pakatan Rakyat semakin kuat jika di bandingkan dengan UMNO dan BN, sekalipun keluar mengundi di pilihanraya kecil di Permatang Pasir hanya 73.1 % akan tetapi PR mampu meraih majority besar iaitu 4,551 undi, sekiranya peratusan pengundi tinggi maka majority lebih tinggi lagi pasti akan di perolehi oleh PR

PR yang di wakili oleh PAS dan UMNO yang mewakili BN ternyata tidak mampu menyaingi PR sekalipun UMNO/BN menggerakkan tenaga tentera,polis, para menteri dan seluruh tenaga BN ternyata mereka sudah tidak lagi termampu untuk melawan PR atas penghakimi rakyat Malaysia terhadap keangkuhan UMNO/BN

Penggunaan begitu banyak wang ringgit ternyata tidak mampu membeli keyakinan rakyat terhadap PR di samping itu PR yang serba kekurangan dari segi penerangan jika di bandingkan dengan UMNO/BN yang menggunakan radio dan TV dan akhbar negara namun kesedaran rakyat buat muta akhir ini sukar untuk di bendung

Memutar belitkan kenyataan ulamak adalah faktor UMNO kalah teruk pada pilihanraya kali ini, rakyat begitu benci dengan UMNO/BN kerana begitu celupar membidas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Mursyidul 'am PAS tak kurang juga cendikiawan juga tidak ketinggalam mempelupuh ulamak atas arahan UMNO dan Barisan Nasional

Sikap provokasi sekumpulan UMNO di lihat oleh rakyat sebagai samseng jalanan juga menjadi faktor rakyat membenci UMNO/BN dan sikap UMNO yang suka mengata orang kemudian menuding jari pada PR di lihat sebagai tektik yang memakan diri mereka sendiri dan yang lebih membenci UMNO/BN ialah sikap Zahid anak Hamidi yang melibatkan tentera dalam pilihanraya di Permatang Pasir buat pertama kali

KEPUTUSAN MUKTAMAT N 11

Salam,

KEPUTUSAN AKHIR PILIHANRAYA PERMATANG PASIR

BN 5067 UNDI

PAS 9618 UNDI

MAJORITY 4551 UNDI

KELUAR MENGUNDI 14,768 UNDI BERSAMAAN 73 %

UNDI ROSAK 83 UNDI

PAS MENANG UMNO KALAH DI PERMATANG PASIR
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.