Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hampir mustahil Abdul Hadi mungkir janji
  • Khalid SamadKhalid Samad
 1 / 1 
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad menyifatkan hampir mustahil untuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memungkiri janji selepas mempersetujui sesuatu perkara.

Beliau berkata, sifat tidak mungkir janji ini adalah bersesuaian dengan akhlak Abdul Hadi sebagai pemimpin Islam.

Bagaimanapun, Khalid berkata, beliau tidak dapat pastikan sama ada tuduhan DAP terhadap Presiden Pas itu benar atau sebaliknya kerana tidak terlibat dalam mesyuarat Majlis Presiden.

“Namun, saya yakin ianya hampir mustahil untuk seorang pemimpin gerakan Islam memungkiri janji dan melanggar sesuatu yang telah dipersetujui bersama.

“Ianya adalah akhlak yang asasi untuk pemimpin gerakan Islam supaya bertindak secara ‘siddiq dan amanah’, tidak bercakap dusta dan tidak memungkiri janji. Oleh itu, suasana ini adalah hasil salah faham atau DAP membuat tuduhan palsu,” katanya melalui tulisan terbaru di blognya.

Sebelum ini, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pihaknya sepakat untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi ekoran tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin nombor satu itu lagi.

Abdul Hadi didakwa telah melanggar keputusan Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari dan 12 Mac lalu berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai kuasa mahkamah syariah.

Namun, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau lebih cenderung untuk menganggap krisis antara DAP dan Abdul Hadi itu hanya salah faham.

“Saya merasakan mungkin juga punca masalah adalah sikap setiap parti terhadap kedudukan dan peranan Majlis Presiden itu sendiri. Mungkin Pas melihatnya sebagai medan perbincangan di mana keputusan yang dibuat tidak mengikat mana-mana parti. Sambil DAP dan PKR mungkin menganggap sebaliknya.

“Namun begitu, sudah pasti ia berbeza sekiranya ianya telah dibincangkan terlebih dahulu dan dipersetujui akan tindakan bersama mengenainya. Sekiranya dibincang dan dipersetujui bersama akan sesuatu tindakan bersama, melanggar janji dan persetujuan tersebut sudah pasti tidak berakhlak,” katanya.

Meskipun begitu, Khalid akui tidak boleh memberi respons lebih kerana tidak mempunyai maklumat sepenuhnya.

“Namun, pimpinan atasan, khususnya mereka yang hadir mesyuarat Majlis Presiden, ada maklumat dan boleh bertindak berdasarkan maklumat tersebut. Ini adalah kerana mereka tahu apa yang berlaku.

“Walau bagaimanapun, biarlah tindakan itu secara bijaksana dan bukan melulu dan dengan tujuan memperbaiki dan bukan untuk meruncingkan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berpendapat Abdul Hadi perlu menyatakan perkara sebenar sekiranya tuduhan DAP itu tidak benar.


Sunday, March 29, 2015



Fariz Musa ditahan selepas himpunan #KitaLawan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK




 Fariz Musa (kiri) kini ditahan polis selepas perhimpunan #KitaLawan hari ini. –

Fariz Musa menjadi yang pertama ditahan hari ini selepas perhimpunan aman #KitaLawan‎ hari dan dikatakan ditahan mengikut Akta Hasutan.

Dalam satu kenyataan PKR hari ini, Fariz kini dibawa ke ‎Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang berlangsung hari ini dihadiri lebih kurang 1,000 orang dan berakhir lebih kurang 7 petang.

"Sdr Fariz Musa, setiausaha pengelola PKR dan koordinator Jingga 13 ditangkap bawah Akta Hasutan, selepas perhimpunan #KitaLawan tadi.

"Difahamkan beliau sekarang berada di IPK Kuala Lumpur, dan akan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat," kata PKR.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dibenarkan berjumpa dengan peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau kini masih berada di balai polis dan akan memberi kenyataan kemudian.

Selain Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang ditahan polis menjelang perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di Kuala Lumpur petang ini.

PKR turut mengesahkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan semalam kini direman selama 3 hari.

Chua ditahan selepas selesai mesyuarat bersama penduduk di kawasan Parlimennya di Batu, Kuala Lumpur.

Petang semalam, polis menahan Rafizi yang juga naib presiden PKR di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan dikeluarkannya menggesa ahli parti keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan #KitaLawan.

Turut ditahan malam semalam, Hishamuddin selepas sebaik sahaja tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program terakhir menjelang perhimpunan #KitaLawan. – 28 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
#KitaLawan: Polis serbu Pejabat SU Agung PKR
  • rafizi ramliRafizi Ramli
 1 / 2 
SHAH ALAM - Pejabat Setiausaha Agung PKR di Petaling Jaya telah diserbu polis hari ini dipercayai untuk membantu siasatan berhubung himpunan #KitaLawan.

Menurut maklumat awal dari Sekretariat PKR, kehadiran enam anggota polis ke pejabat itu bersama-sama Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang masih dalam tahanan reman.

“Enam anggota polis sedang menyerbu pejabat Setiausaha Agung PKR. Bersama mereka ialah  Rafizi Ramli, Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR.

“Difahamkan mereka mahu mengambil bahan-bahan berkaitan himpunan #KitaLawan. Peguam yang bersama Rafizi ialah Manivanan Gowin,” kata kenyataan itu.

Jumaat lalu, polis menahan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan di Pusat Khidmatnya, Pandan Prima, mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan dikeluarkannya menggesa ahli parti keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan #KitaLawan.

Beliau kemudiannya disahkan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Umno lebih sayang komponen daripada hudud?
  • Mahfuz OmarMahfuz Omar
 1 / 1 
SHAH ALAM - ‘Adakah Umno lebih sayangkan rakan parti komponen BN yang menentang pelaksanaan hudud di Kelantan itu berbanding syariat Islam itu sendiri?’ Demikian soalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau turut mempertikaikan keberanian Umno untuk mempertahankan Islam susulan sehingga kini kerajaan masih berdolak-dalik mengenai pendirian terhadap hudud.
“Apabila melihatkan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN untuk menyatakan pendirian berkenaan hudud ini, maka jelaslah bahawa sokongan yang Umno berikan pada sidang Dun Kelantan baru-baru ini tidak lebih daripada sekadar sandiwara, hipokrasi dan lakonan demi meraih sokongan politik sahaja.
“Adakah Umno masih punya keberanian untuk mempertahankan Islam atau lebih risau akan kepentingan kuasa? Adakah Umno lebih sayangkan rakan parti komponen BN yang menentang pelaksanaan hudud di Kelantan itu berbanding hukum hudud itu sendiri?,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  berkata, pihaknya akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya 24 Mac lalu namun sehingga kini Najib masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen Pas turut mendesak agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kerajaan bertindak berani dalam perkara tersebut.
“Kerajaan Pusat masih berdolak-dalik dan tidak yakin untuk membentangkan pindaan tersebut di Parlimen. Kini, cadangan pindaan yang sama telah dibawa melalui  Rang Undang-Undang Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Dalam hal ini, menteri sendiri gagal untuk menyatakan sokongan terhadap pindaan itu, sedangkan asalnya ia adalah di bawah tanggungjawab beliau. Beliau sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam sepatutnya jujur dan berani, bukannya berdolak-dalik.
“Saya mendesak Datuk Seri Jamil Khir dan Kerajaan Pusat bertindak berani dalam hal mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan membuat pencelahan pada saman yang difailkan oleh Gerakan (komponen BN) yang memohon pengisytiharan pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015),” katanya.

MULA HARI NI KITA KENA PUJI DAP MELANGIT

UMNO JANGAN SEBUT LA, SEJAK DARI DULU MEMANG MEREKA MACAM TU, HARI NI CAKAP LAIN, SESOK CAKAP LAIN,  PERANGAI MEREKA MEMANG MACAM TU, SEMENTARA DAP MEMANG LA MACAM PERANGAI KEBANYAKAN CINA, PERANGAI MELAYUPUN DEMIKIAN JUGA, KALO TAK DI BAWAH BANGSA LAIN MAKA BUKAN LA MELAYU NAMANYA, SEBAB ITU LA MELAYU SENANG BERTOKEH DENGAN CINA, SEKALIPUN CINA ITU BERKURAP - Pak Karamu

Hudud: DAP bukan penghalang besar
  • Muhammad Khalil Abdul HadiMuhammad Khalil Abdul Hadi
 1 / 1 
KUANTAN - Pemuda Pas Pusat berkata, DAP bukan halangan untuk Pas melaksanakan hudud, sebaliknya halangan utama parti Islam itu adalah Umno dan BN.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, persoalannya adakah Umno selaku Kerajaan Persekutuan bersedia melaksanakan hukum itu apabila ia diluluskan kerajaan Kelantan.

“Kita bimbang halangan daripada Umno kerana tidak luluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (hukum hudud) walaupun ia diluluskan 20 tahun lalu.

“Ini yang kita takut sebenarnya, jika dibandingkan desakan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan itu di Kelantan biarpun ia hanya melibatkan orang Islam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kuantan di Tanjung Lumpur, semalam.

“DAP dan PKR harus hormati apa yang diperjuangkan Pas kerana dasar ini telah lama dimulakan. Malah kita sedaya-upaya menjaga kepentingan Islam walaupun perkara ini (hudud) sepatutnya dimulakan lebih awal oleh Umno.

“Jika Umno memperjuangkan Islam, saya percaya hudud telah lama diwujudkan, namun sehingga sekarang Umno tidak melaksanakan tanggungjawab itu sejak mengambil alih negara ini,” katanya.

Muhammad Khalil berkata, bagaimanapun beliau yakin Pas menggunakan saluran demokrasi yang betul dan berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera di Kelantan.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan, beliau tidak menolak kemungkinan negeri lain akan mencontohinya.
Hudud ujian keikhlasan DAP, PKR terhadap Pas
  • hudud
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hudud menjadi ujian kepada keikhlasan parti rakan komponen dalam PR, DAP dan PKR terhadap Pas.

Timbalan Pesuruhjaya I Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, sekiranya PR gagal dalam ujian hudud ini, ketiga-ketiga parti harus mengkaji semula kewajaran berada dalam perikatan itu.

“Saya rasa hudud ini merupakan satu ujian buat PR kerana selepas ini, ujian yang lebih besar akan PR hadapi sekiranya kita memerintah negara.

“...Adakah PKR dan DAP setuju dengan dasar perjuangan Pas? Pas...Presiden Pas telah menyebut dengan jelas bahawa Pas tetap dengan dasar perjuangan Islam. Maka ujian hudud ini akan menjadi satu indikasi bagaimana kerjasama yang lebih besar, lebih teguh dan lebih penting boleh dibuat sekiranya ujian ini dilepasi.

“Kalau ujian ini gagal, bermakna kajian semula harus dibuat. Adakah kerjasama yang lebih besar boleh diteruskan sekiranya PKR dan DAP dilihat menentang dasar perjuangan Pas?,” katanya dalam sidang media di Konvensyen Pas Wilayah Persekutuan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh soal konsep ‘agree to disagree’ (setuju untuk tidak bersetuju) yang dipegang parti komponen PR sejak 2012 susulan isu hudud ini.

“Jadi, pada 2012, satu kenyataan bersama telah dibuat oleh semua pimpinan utama PR bahawa ‘agree to disagree’. Antara sebab timbulnya ‘agree to disagree’ ini adalah isu hudud di Kelantan. Di mana hudud yang telah dibentangkan dan diluluskan pada tahun 1993...Semua komponen PR telah bersetuju bahawa hudud ini isu yang telah mendahului PR dan memberikan hak kepada Pas untuk meneruskan agenda ini.

“Jadi, sebelum kerjasama yang lebih besar dibuat, maka hudud ini menjadi satu ujian kepada PR. 

Adakah komponen PR ikhlas menerima Pas sebagai komponen untuk bekerjasama dalam PR? Kalau dalam isu ini dilihat gagal untuk bekerjasama, maka satu kajian semula wajar dilihat,” katanya.

 Namun menurutnya, kajian semula itu bukan hanya melibatkan Pas sebaliknya membabitkan ketiga-tiga parti komponen PR.

“Semua parti perlu buat kajian semula kalau mahu melihat PR kekal. Bukan hanya Pas harus mengkaji, parti-parti lain juga perlu melihat semula adakah masih relevan ikatan ini?,” katanya.

NAK JAGA KEDUDUKAN DAN PERIUK NASI KENALAH MEMBISU SERIBU BAHASA

Pas mahu Najib nyata pendirian
  • Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pas meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana rakyat ternanti-nanti kenyataan dari pemimpin nombor satu negara itu.

“Sebelum ini, Umno dilihat menyokong usaha Pas untuk melaksanakan hudud. Namun sehingga sekarang Najib belum membuat sebarang kenyataan mengenai hudud ini.

“Adakah beliau telah berbelah bahagi untuk menyokong hudud kerana menerima tentangan daripada parti-parti komponen BN?" katanya, semalam.

KALO CAM TU TAK BOLEH KATA IUMAT ISLAM TAK BERSATU, INILAH BEZA ANTARA UMAT MELAYU DAN ISLAM

Tidak bersatu punca polemik hudud
  • Harussani ZakariaHarussani Zakaria
 1 / 1 
IPOH - Perpecahan dalam kalangan umat Islam disifatkan antara faktor menyebabkan isu hudud terus menjadi polemik dan perbalahan masyarakat di negara ini.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, setiap individu beragama Islam tidak boleh mempertikaikan hudud kerana hukum tersebut ditetapkan oleh ALLAH.

“Perpecahan umat Islam kepada beberapa kelompok menyebabkan kemelut berkaitan hudud ini masih menjadi pertikaian.

“Namun saya tegaskan, siapa yang menentang hudud dan hukum-hukum ditetapkan, maka dia akan menerima bencana daripada ALLAH,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Mini Karnival Mapim, semalam.

Harussani berkata, umat Islam boleh mengkritik pelaksanaan hudud, namun cara dan pendekatan digunakan perlu menjurus kepada usaha untuk menambah baik hukum ALLAH tersebut.

“Hudud merupakan hukum ALLAH maka sebagai umat Islam, kita wajib patuh dengan pelaksanaannya dan pada masa sama jika ada kritikan, ia perlu atas dasar memperbaiki, bukan dengan cara mengutuk,” katanya.

BIAR MEREKA BERCAKAP MENGIKUT RENTAK DAN ALUN

Jangan emosi bincang isu hudud
  • Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
 1 / 1 
GEORGETOWN - Masyarakat di negara ini diminta supaya tidak terlalu emosi dalam menunjukkan sokongan mahupun bantahan terhadap perundangan Islam yang sedang dibincangkan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, masyarakat perlu menjaga kemajmukan dengan menghormati antara satu sama lain.

“Saya cuba bersikap objektif dan tidak emosi, kepada mereka yang menyatakan sebagai seorang Muslim, tidak siapa yang boleh kata tidak kepada hudud kerana ia undang-undang Islam yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah.

“Dalam hal menjaga kemajmukan masyarakat, agama dan kaum, saya nasihatkan apabila ia dibawa ke demokrasi sebenar, masyarakat terbahagi dua sama ada sokong ataupun sebaliknya. Walaupun sokong, jangan terbawa-bawa sehingga menjejaskan keharmonian dan undang-undang dalam masyarakat,” katanya.

Katanya, walaupun ada sesetengah pihak menolak perundangan jenayah syariah Islam ini, mereka perlu bersikap objektif dan tidak terlalu ekstrem.

BERGAMBAR] Mat Sabu Dibebaskan, Khalid Samad Pula Ditangkap




Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan di IPD Dang Wangi pada jam 11.30 malam tadi setelah ditahan hampir 23 jam, manakala YB Khalid Samad, AJK PAS Pusat pula telah dicekup kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Mohamad Sabu ditahan polis tengah malam kelmarin di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan telah dibawa ke IPD Dang Wangi. Penangkapan Mohamad Sabu ditangkap pada malam menjelang demonstrasi #Kitalawan yang berlansung semalam di mana Mohamad dijadual memimpin demonstrasi Kita Lawan dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebelum menuju ke kompleks membeli-belah Sogo.

Selain Mohamad dan Rafizi, polis juga turut menahan aktivis politik Hishamuddin Rais malam tadi. Naib presiden PKR Tian Chua ditangkap hari ini di Sentul, Kuala Lumpur.

Di dalam demonstrasi semalam, para poeserta telah memabngkitkan isu-isu semasa seperti skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), selain dari turut "meraikan" perkahwinan anak perempunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malaysiakini semalam turut melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau "tidak tahu" timbalannya Mohamad Sabu ditahan polis tengah malam tadi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Hadi, yang dilihat kian renggang dengan timbalannya, berkata demikian sewaktu bergegas selepas merasmikan konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di Gombak hari ini.

Ahli parlimen Marang didekati wartawan, selepas menunggu hampir setengah jam, tetapi enggan mengulas sebarang soalan, termasuk keputusan DAP Sarawak keluar daripada gabungan pembangkang di negeri itu.

Beliau menjawab "tidak tahu" apabila diajukan soalan berhubung penangkapan timbalannya.

Hadi mempunyai sikap berbeza terhadap perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbeza dengan timbalannya, lebih popular dikenali Mat Sabu, yang dilihat sangat pro-Pakatan, tulis malaysiakini.

Menurut kenyataan yang ditulis oleh Dato Tarmizi Mohd Jam di dalam laman facebooknya, dengan penahanan Mohamad Sabu, maka ada kemungkinnan beberapa yang lain nseperti Dr Dzulkefly Ahmad, Pak Samad Said, Ustaz Fakrul Razi dan Dr Syed Husin Ali juga bakal menjadi tetamu tak didendang di IPD Dang Wangi. Beliau akhirnya menyakatan beginilah nasib penengang UMNO di Malaysia.

Khalid Samad adalah diantara pimpinan PAS PUsat yang turut menyertai demonstrasi #Kitalawan yang berlansung semalam.




Khalid Samad ditahan kerana menghasut awal pagi ini

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan polis mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Dzulkefly, Khalid yang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

“Kegilaan tangkapan apa semua ini oleh sang penguasa politik?

"Semoga negara ini diselamatkan Allah daripada terjerumus menjadi sebuah 'police state',” kata Dzulkefly melalui akaun Facebooknya.

“Semoga kita semua dirahmati Allah. Allahu Musta'an.”

Semalam, polis menahan Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa sebaik sahaja perhimpunan #KitaLawan di ibu kota berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden.

Sebelum itu, polis menahan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang beberapa jam sebelum perhimpunan #KitaLawan dan menahan reman selama 3 hari Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan pada Jumaat.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan awal pagi Sabtu berhubung perhimpunan #KitaLawan di Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat parti di peringkat negeri itu.

Mohamad bagaimanapun dibebaskan pada pukul 11.30 malam tadi selepas ditahan hampir 23 jam tanpa sebarang pertuduhan.

Pada Jumaat, polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu turun beramai-ramai dalam perhimpunan #KitaLawan yang diadakan semalam.

Pada sebelah malam, Hishamuddin ditahan selepas “diculik” sekumpulan lelaki tidak dikenali dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur ketika baru tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program penerangan #KitaLawan. 
-TMI



DAP Kedah kata Guan Eng tidak amal demokrasi
  • Lim Guan EngLim Guan Eng
 1 / 1 
ALOR SETAR - DAP Kedah yang dipengerusikan Tan Yen Chai menyifatkan keputusan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dan
kerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud, sebagai tidak mengamalkan demokrasi.
 
Beliau berkata, negara ini mengamalkan demokrasi dan dengan itu Pas mempunyai hak untuk mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud di Dewan Rakyat.
 
"DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
 
Setiausaha Organisasi DAP Kedah, Law Theng Hooi pula berpendapat tindakan Guan Eng itu sebagai terburu-buru.
 
Beliau bimbang keadaan itu akan menyebabkan timbul persepsi buruk dalam kalangan pengundi, selain menyebabkan kemelut PR bertambah buruk.   
 
"Dia (Lim) patut ada semangat PR, jangan terburu-buru sebab dia perlu ambil kira penyokong PR pelbagai kaum yang banyak beri sumbangan," kata Law.
 
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, DAP tidak boleh lagi bekerjasama dengan Abdul Hadi kerana didakwa tidak jujur dan tidak bermaruah.

Ini susulan tindakan Abdul Hadi mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.
 
Jawatankuasa DAP Kedah yang diterajui Tan tidak diiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kebangsaan, apabila pada Mei 2013, Guan Eng melantik Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah. Pada Konvensyen Biasa DAP Kedah 2014, Adun Derga Tan Kok Yew dipilih sebagai Pengerusi DAP Kedah.
 
Bagaimanapun, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf jawatankuasa dipengerusikan Lee Guan Aik ketika itu sebagai sah, menyebabkan wujud dua kumpulan dalam DAP Kedah. Tan Chun Ping dipilih menggantikan Guan Aik pada Konvensyen Biasa DAP Kedah 2014, sebelum diterajui Tan. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.