Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Akhirnya mat sabu satu nada dengan guan eng, tahniah !

Mat Sabu pertikai prestasi Hadi di Terengganu

Hadi, Mat Sabu
 1 / 1 
TUMPAT - Krisis dua pucuk pimpinan utama Pas dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan Pas 2015, mempertikaikan kemampuan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.
    
"Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)).
    
"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa Pas di sini, malam tadi.
   
Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Abdul Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti nanti.
   
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
    
Ramai pemerhati politik melihat pemilihan Pas pada muktamar tahunan pada 4 hingga 6 Jun itu nanti sebagai pertandingan antara golongan ulama dan bukan ulama atau 'erdogan'.

Mat Sabu yang dilihat pemerhati politik sebagai pro kepada DAP, turut memberikan contoh senario di Kelantan sekitar 80-an ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Pas Kelantan, tapi gagal memerintah negeri itu kerana tidak bergabung dengan parti pembangkang.
    
"Bila lahir parti Semangat 46. Pas berpakat dengan Semangat 46 (untuk) lawan Umno dan kita menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen (di Kelantan).
   
"Ertinya sehebat-hebat (Allahyarham) Nik Aziz, dalam hal pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Kelantan (dari BN) melainkan bila tahaluf (bekerjasama) dengan Semangat 46. Ertinya dalam politik ini kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi  kurang," katanya.
    
Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan terus mengekalkan Pas dalam pakatan pembangkang jika dipilih menerajui parti itu nanti. - Bernama 

suara sudah memberi amaran


suara anih dari langit, Apakah tanda awal kiamat ?


sangkakala ?


Suara Dari Langit, Fenomena Hum


PR 'masih OK', konflik hanya serangan personaliti
  • Johari AbdulJohari Abdul
 1 / 1 
PETALING JAYA – Krisis yang berlaku dalam PR terutamanya melibatkan Pas dan DAP hanya melibatkan kritikan terhadap personaliti, bukannya melibatkan kedua-dua parti secara keseluruhan.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, meskipun dilanda pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini susulan ketegangan hubungan di antara Pas dan DAP, PKR yakin pakatan itu 'masih OK'.

“Setakat ini tidak ada ‎kritikan terhadap pembangunan. Yang ada sekarang ini (kritikan) tentang personaliti. Itu harus dibezakan. Contohnya DAP merasakan tiada masalah dengan pembangunan dengan Selangor. Apa masalah DAP dengan Azmin? (Menteri Besar Selangor, Azmin Ali) Contohnya... ialah tentang stail (cara).

“Stail itu kita boleh ubah. Stail itu tidak melibatkan rakyat. Contohnya dulu, saya nak jumpa Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor), saya kena tunggu empat hari. Mungkin saya nak jumpa Azmin, saya kena tunggu empat jam dan mungkin dengan Wan Azizah dalam 40 minit dapat jumpa. Mungkin cara berbeza-beza kerana suasana mungkin berbeza tapi tidak merubah kedudukan isu-isu yang dipersetujui sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas sidang media, hari ini.

Menurutnya, setiap parti harus melihat sama ada perbezaan serta percanggahan itu konstruktif atau tidak dan ia bukan masalah sekiranya ia bukan mengakibatkan destruktif.

Dalam pada itu, Johari turut memberi gambaran, suasana yang keruh dalam PR itu ada kaitan dengan BN yang berusaha untuk mempertahankan kekuasaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Dalam hati saya tahu bahawa rakyat di luar sana, mahu melihat dalam PRU14 ini, Umno-BN ditumbangkan. Sudah tentu, kalau saya dalam Umno-BN pun kena fikir supaya... kalau saya tahu badai akan datang, saya kena cari cara untuk ‘memecahkan’ badai itu. Jadi, sudah tentulah saya akan gunakan semua kedudukan yang saya ada sebagai sebuah kerajaan untuk pastikan supaya badai itu tidak kena pada saya.

“Saya cucuklah... biasalah dalam politik. Apatah lagi tahun ini tahun pemilihan untuk Pas, sudah tentu ada ‘burung-burung’ kecil...’little Napoleon somewhere’ yang... dia nak namanya keluar dalam media. Ada orang buat perkara silap dengan alasan dan ada orang buat perkara betul dengan alasan.

“Jadi, inilah politik. Masing-masing nak tunjuk kepimpinan mereka cuma kadang-kadang terlebih sangat dan ini menjejaskan tumpuan terhadap rakyat. Selain daripada itu, ‘we are doing OK’,” katanya.

WAJIB BAGI DAP TENTANG HUDUD SEBAB MEREKA KAFIR

Jika DAP tentang hukum HUDUD maka itu wajib bagi partinya sebab yang menetang hukum HUDUD itu kafir, inilah nas yang ada di dalam al quran, dan kepada golongan yang mengatakan HUDUD tak boleh sebab nak pelihara ekonomi dahulu, mereka juga wajib tentang HUDUD Allah, mereka mengemukakan berbagai hujah dari ulama, hujah ini sebenarnya dalam al Quran tak ada, jadi biarlah mereka bergantung pada hujah mereka, hujah Allah tak payah ! - Pak Karamu

DAP serang pemimpin mahu hudud
  • Muktamar Pas
 1 / 1 
KOTA BHARU - Muktamar tahunan Pas 2015 Jun ini dilihat bakal memperteguhkan lagi keazaman parti itu untuk melaksanakan hudud.

Sekalipun sekutu mereka DAP semakin keras menentang, namun penganalisis politik yakin Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus mendapat kepercayaan anggota untuk memimpin parti bagi menjayakan pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan.


Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, serangan pemimpin-pemimpin DAP terhadap Pas jelas menunjukkan adanya perancangan parti itu untuk menguasai Pas melalui pemilihan pada muktamar kali ini. 


Beliau berpendapat DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas yang berani berkata 'tidak' kepada DAP yang begitu keras menentang hudud. 


Serangan DAP itu dilihat bertujuan untuk mengendurkan perjuangan Pas dalam melaksanakan hudud, katanya. 


Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff melihat DAP mahu kalangan pemimpin Pas yang selari pemikiran dengan mereka menang pada pemilihan muktamar nanti.


"Persepsi masyarakat umum pada pemilihan kali ini ialah ia melibatkan pertentangan antara mereka yang mahu menegakkan Islam dengan kumpulan yang mahu menegakkan sekularisme di negara ini. 


"Saya tidak dapat melihat bagaimana Muktamar Tahunan Pas 2015 ini akan mengendurkan perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud, sebaliknya akan memperteguhkan lagi keazaman mereka," katanya.
 
Kamarul Zaman yakin golongan ulama yang menjadi tunjang kepada perjuangan Pas selama ini akan menang besar.


"Saya melihat bahawa golongan pro kepada DAP akan mengalami kekalahan teruk kepada pendukung kepimpinan ulama dalam muktamar itu nanti," katanya. 


Muktamar Tahun Pas 2015 akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada 4 hingga 6 Jun ini. 


Tindakan DAP menyerang Pas  dilihat semakin memuncak selepas keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud ke Dewan Rakyat. 


Presiden Pas itu berbuat demikian selepas kerajaan Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dun Kelantan pada 19 Mac lepas dengan turut disokong oleh kesemua 12 anggota Dun daripada BN.


Walaupun pelaksanaan kanun jenayah syariah tersebut hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf dan tidak kepada orang bukan Islam, DAP amat tidak senang sehinggakan Penasihat DAP Lim Kit Siang ketika berceramah di Kota Baharu pada 10 Mei lepas, seolah-olah mengajar Pas bagaimana untuk melaksanakan hudud. 


Tindakan Kit Siang itu dikecam pemimpin Pas dalam kalangan ulama. 


"Serangan bertubi-tubi para pemimpin DAP ke atas presiden Pas dan hudud itu menyebabkan  team 'erdogan' kini semakin sukar untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan Pas nanti," kata Kamarul Zaman. - Bernama

SETUJUUU ! DAMAIKAN ANTARA DAP DAN PAS BUKAN KERJA WAN AZIZAH

Wan Azizah tak boleh buat kerja tu, tidak layak baginya, selain dia ada tugas nasional dan internasional, dia bukan wakil rakyat biasa, dia adalah bertaraf menteri (ketua pembangkang) perselisihan hanya perkara kecil sahaja, jika nak juga Wan Azizah damaikan perselisihan tersebut, Wan Azizah hanya tuding jari sahaja dengan kalimah HENTI GADUUUUH ! maka semuanya akan berhenti - Pak Karamu

Bukan kerja Azizah damaikan Pas, DAP
  • Bukan kerja Azizah damaikan Pas, DAPDatuk Johari Abdul ketika ditemui media di Petaling Jaya, di sini, hari ini. - Foto Sinar Oline oleh RAZIATUL HANUM A. RAJAK
 1 / 1 
PETALING JAYA -‎ Bukan tugas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendamaikan pertelingkahan di antara Pas dengan DAP yang kian berlarutan sehingga kini.

Menurut Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, hal yang berlaku di antara parti dalam PR itu di luar peranan ‎Wan Azizah yang tertumpu kepada hal-hal nasional atau yang berkaitan dengan parlimen.

"Bukan peranan Wan Azizah untuk satukan semua orang. Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, isu yang dia bicarakan ialah soal isu nasional, hal-hal yang berlaku dalam parlimen melibatkan rakyat. Bukanlah peranan dia untuk menyatukan parti-parti. Itu jelas peranannya.

"Hal-hal yang bersangkut paut dengan perbezaan pendapat antara parti-parti dalam PR, itu adalah hak dan pilihan parti masing-masing. Walaupun Wan Azizah jadi ketua pembangkang tapi bukanlah tugasan utama dia untuk pastikan semua orang tak gaduh," katanya pada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurutnya, ‎hal berkaitan perbezaan pendapat dalam parti-parti komponen PR itu tidak boleh dikawal oleh sesiapa pun.

‎"Mana-mana parti pastu akan ada masalah turun naik cuma selagi kita boleh 'pegang' mereka bersama. Begitu juga BN. Mereka juga ada masalah.

"‎Isu-isu yang melibatkan masalah rakyat, semua parti dalam PR setuju. Seperti RMK11, semua setuju ada yang tidak kena. Isu itu kita tentu kita akan bersama. Isu perbezaan pendapat itu hak parti masing-masing. Tiada siapa boleh kawal itu," katanya.

Mengulas lanjut, Johari membuat perumpamaan bahawa jika DAP tidak menyukai warna baju yang dipakai Pas sekali pun, itu bukan masalah pakatan.

‎"Walaupun DAP tak suka warna baju yang dipakai Pas, itu bukan masalah kita. Maksudnya, hal parti, hal parti.

"Tetapi di parlimen, kita bercakap sebagai satu pakatan. Hal-hal di luar parlimen‎ itu kita akan bincang. Saya rasa (beza pendapat) bukan menjadi keutamaan kepada kita begitu juga bukan keutamaan kepada ketua pembangkang," katanya.

Lelaki Terjun Dari Menara Masjid Kampung Baru, Malaysia 2015


TERUSKAN SERANGAN TERHADAP PRESIDEN PAS

CARI APA PUNCA PAS DI SERANG DAN PIMPINANNYA JUGA DI SERANG, MULA-MULA SERANG PAS IALAH PKR, LEPAS TU GOLONGAN DALAM PAS SENDIRI, IAITU GOLONGAN  MUALAF, TAPI DI KATAKAN PROFESIONAL, KEMUDIAN DAP DAN PUCUK PIMPINANNYA SEHINGGA HARI INI, SERANGAN DARI DAP LEBIH GANAS SEBAB IA MELIBATKAN HUKUM HUDUD, ERTINYA DAP HINA HUKUM ISLAM NAMUN ORANG YANG BERAGAMA ISLAM TERUS BISU, MUNGKIN ORANG ISLAM FIKIR CAKAP DAP BETUL DAN MEMANG ISLAM AGAMA TAK BETUL ? LEPAS TU WAKTU MUTA AKHIR INI PANDAI PULA SURUH HENTIKAN SERANG  PRESIDEN PAS ? EHH , APA PULA SURUH HENTI, ADA MASALAH KE ? HADI WAJIB DI HENTAM, PAS WAJIB DI HENTANM SAMPAI TELUNGKUP, DENGAN BERBUAT DEMIKIAN PR AKAN PERINTAH MALAYSIA -Pak Karamu  

Berhenti serang presiden Pas
  • Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
 1 / 1 
SHAH ALAM - Rakan dalam PR digesa berhenti menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana keadaan itu hanya memburukkan lagi krisis yang sedang berlaku.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi hari ini semakin panas apabila krisis yang berlaku bukan sahaja melibatkan rakan dalam PR, tetapi juga barisan kepimpinan dalam Pas sendiri.

“Perselisihan pendapat dalam keluarga Pas menarik perhatian ramai pihak. Krisis seumpama ini pernah berlaku dalam sejarah jatuh bangun parti Islam.

“Situasi ini semakin panas apabila Pas berdepan muktamar yang menyaksikan pemilihan yang sengit. Pas mengiktiraf dan menyanjung keprihatinan semua pihak khasnya rakan PR, namun serang menyerang yang telah dibuat hanya akan melemahkan parti Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut bimbang apabila ramai pemimpin bercakap, kenyataan itu akan diputar belit pihak tertentu.

“Justeru, Pas memohon supaya semua pihak, khasnya rakan-rakan PR, supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan kritikan atau melafazkan serangan terhadap sesiapa pun di kalangan pimpinan kami, khususnya Presiden Pas, bagi membantu menjernihkan suasana
dalam parti sekaligus membendung keretakan dalam muafakat politik PR,” katanya.

Menurutnya, agenda untuk menyingkir mana-mana pihak atau golongan, seperti terpapar dalam media adalah bertujuan bagi merungkaikan kekuatan gandingan kepimpinan Ulama-Profesional-Aktivis, yang telah menjadi teras kekuatan parti Islam Pas sejak sekian lama

Tambah beliau, muktamar kali ini adalah medan terpenting dalam menentukan hala tuju serta memastikan Pas terus mantap dan diterima rakyat.

Selain itu, muktamar kali ini juga peluang untuk mempersiapkan diri bagi menumbangkan kepimpinan negara hari ini.

TUNGGU KEPUTUSAN MUKTAMAR,

  • Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang
Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas

  • Ahmad AwangBekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang
 1 / 1 
SHAH ALAM – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.
 
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.
 
“Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.
 
“Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ,” katanya kepada Sinar Online.
 
Namun katanya, sejauh mana Ahmad mampu menyatukan kelompok dalam Pas itu akan menjadi satu cabaran yang besar.
 
“Tetapi sejauh mana dia boleh menyatukan ketiga-tiga kelompok dalam Pas ini, adalah satu cabaran yang besar buat dia. Sebab apabila berlaku pemilihan parti, akan berlaku keretakan, pergeseran dan perpecahan.
 
“Jadi, sejauh mana dia ada kekuatan dan pengaruh untuk menyatukan kembali Pas selepas bulan depan ini adalah cabaran untuk beliau,” katanya.
 
Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan kenyataan Ahmad yang akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahli yang pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan Presiden itu sekadar untuk memenangi hati perwakilan yang tidak sekapal dengan Abdul Hadi.
 
“Mungkin tujuan beliau menyatakan sedemikian rupa untuk memenangi (hati) kumpulan yang tidak bersetuju dengan Tuan Guru Hadi. Tapi sejauh manakah beliau mempunyai sokongan dalam parti yang membolehkan beliau menang? Itu yang menjadi persoalan.
 
“Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi,” katanya.
 
Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.
 
Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor.


“Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.

Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor.

DALAM PAS ADA DURI YANG SANGAT TAJAM, MACAM GERAKAN FREEMANSON

Mungkin wujud dua kumpulan menjelang Muktamar
  • Mungkin wujud dua kumpulan menjelang MuktamarAhmad (empat,kanan) menyumbang kepada Tabung Rohingya di Medan Ilmu, Kota Bharu.
 1 / 1 
KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob tidak menolak kemungkinan pertembungan dua aliran kepimpinan iaitu mempertahankan Pas dalam PR atau mahu meninggalkan pakatan itu Muktamar nanti.
 
Menurutnya, pertembungan itu bukanlah satu perkara yang mustahil kerana ia asam garam yang biasa wujud dalam dunia berpolitik dan berparti.
 
“Kita tidak boleh lari dah, akan ada sedikit sebanyak sokongan kepada mana-mana pihak, tapi yang boleh menentukan adalah muktamar, kita beri ruang di muktamar nanti, kerana kita mengamalkan sistem demokrasi,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.
 
Beliau diminta mengulas kenyataan Mohammad Faiz Fadzil, anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang memberitahu pemilihan sempena muktamar Pas kali ini bakal menyaksikan pertembungan dua golongan iaitu aliran kepimpinan yang mahu mempertahankan Pas dalam PR dan satu kumpulan lagi yang mahu Pas meninggalkan parti pembangkang.
 
Menurutnya, muktamar perlulah dijadikan medan untuk menyelesaikan segala kemelut dan ia juga seharusnya dijadikan forum terbaik untuk memberi pandangan masing-masing.
 
Malah, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyifatkan tindakan berbincang di medan muktamar lebih baik dan terkawal daripada mengeluarkan pandangan di luar.
 
“Lebih baik daripada kita mengeluarkan pandangan kita di luar. Mungkin ada (pertembungan), kalau ada, baru lah kita akan lihat pandangannya dan sebagainya,” katanya.
 
Beliau turut ditanya mengenai pegangan Pas sebagai salah satu komponen dalam PR yang kini bagaikan diapikan kepimpinan sendiri untuk keluar daripada kerjasama tersebut.
 
Ahmad menjelaskan, Pas masih lagi tidak berganjak dengan pendirian dan dasar parti iaitu untuk menegakkan agama Islam terutamanya daripada segi disiplin yang diterapkan.
 
“Kita tetap dengan pendirian iaitu menegakkan jemaah Islam, tetap dengan agama Islam, saya rasa kita tidak bergerak, apabila tidak bergerak, orang yang bergeraklah yang akan keluarnya,” katanya.

SELAMATKAH NAJIB JIKA DIA BERUNDUR ?

Banyak sebab untuk Najib turun
  • Tun Dr Mahathir Mohamad
 1 / 1 
SHAH ALAM - Ada banyak lagi sebab lain untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai pemimpin negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, Najib dengan jelas telah membuat kesilapan lebih besar daripada perdana menteri sebelumnya.
“Pemimpin yang dipilih tidak kebal daripada disingkirkan sebelum tempohnya berakhir. PM sebelum ini juga dipilih malah dengan majoriti yang lebih besar, tetapi beliau dipujuk untuk berundur.
“Jadi, apa salahnya jika meminta PM sekarang turun. Beliau secara jelas telah membuat kesilapan besar di dalam negara ini daripada perdana menteri sebelumnya,” katanya melalui catatan di blognya, hari ini.
Menurut Tun Mahahtir, sebelum Najib tiada cakap-cakap tentang kehidupan mewah seorang perdana menteri yang berbelanja barang-barang mewah.
“Sesetengah cakap-cakap itu mungkin tidak benar tapi cakap-cakap seumpama itu tidak kedengaran semasa perdana menteri sebelum-sebelumnya.
“Ia wujud mesti kerana hasil daripada cara hidup yang jauh berbeza daripada seorang perdana menteri...Untuk alasan ini dan banyak lagi, Najib kena turun,” katanya.

PENGGANTI ANUAR TENTU BOLEH KASI SELESAI .....

Ketiadaan Anwar bermakna PR hilang ‘orang tengah’

  • Tian Chua Tian Chua
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketiadaan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan konflik dalaman PR membabitkan Pas dan DAP terus berlarutan.
 
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, Anwar dianggap sebagai orang tengah dalam menyelesaikan apa juga masalah yang wujud dalam PR.
 
“Anwar sebagai penghubung dan menyeimbangkan salah faham dalam PR. Ketiadaan Anwar bermakna PR kehilangan ‘orang tengah’ yang sangat aktif.
 
“Namun, saya yakin pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baru dilantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu memainkan peranan untuk terus memimpin PR,” katanya.
 
Menurut Tian Chua, kehadiran Dr Wan Azizah dapat membantu mendamaikan salah faham yang berlaku antara segelintir pemimpin dalam PR.
 
“Bagaimanapun setiap parti dan individu harus memainkan peranan bagi meminimumkan salah faham dalam PR,” katanya.
 
Pada masa sama, Tian Chua turut menafikan wujudnya kemelut dalam PR, sebaliknya ia hanya melibatkan salah faham antara sebilangan pemimpin.
 
“PR tidak mengalami krisis seperti dilaporkan media. Sebagai penggerak politik kita harus tunduk kepada kehendak dan tuntutan rakyat.
 
“Rakyat mahukan sistem politik yang seimbang dan persaingan yang sihat dalam kalangan barisan parti palitik di negara ini. Rakyat mengharapkan kedua barisan politik (pembangkang dan kerajaan)  dapat menunjukkan kewibawaan dan membahaskan isu yang memberi manfaat kepada rakyat,”katanya.
 
Katanya, PKR sangat menghargai komitmen Pas untuk terus kekal dalam PR dan perpaduan dalam kalangan parti tidak akan terjejas.
 
“Semua parti politik  tiada pilihan. PR harus kekal dan diperkasakan. Barisan baru yang bakal dibentuk dalam pemilihan Pas pada muktamar nanti diharap akan terus komited bersama PR," katanya.
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.