Wan Azizah tak boleh buat kerja tu, tidak layak baginya, selain dia ada tugas nasional dan internasional, dia bukan wakil rakyat biasa, dia adalah bertaraf menteri (ketua pembangkang) perselisihan hanya perkara kecil sahaja, jika nak juga Wan Azizah damaikan perselisihan tersebut, Wan Azizah hanya tuding jari sahaja dengan kalimah HENTI GADUUUUH ! maka semuanya akan berhenti - Pak Karamu
Bukan kerja Azizah damaikan Pas, DAP
- Datuk Johari Abdul ketika ditemui media di Petaling Jaya, di sini, hari ini. - Foto Sinar Oline oleh RAZIATUL HANUM A. RAJAK
PETALING JAYA - Bukan tugas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendamaikan pertelingkahan di antara Pas dengan DAP yang kian berlarutan sehingga kini.
Menurut Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, hal yang berlaku di antara parti dalam PR itu di luar peranan Wan Azizah yang tertumpu kepada hal-hal nasional atau yang berkaitan dengan parlimen.
"Bukan peranan Wan Azizah untuk satukan semua orang. Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, isu yang dia bicarakan ialah soal isu nasional, hal-hal yang berlaku dalam parlimen melibatkan rakyat. Bukanlah peranan dia untuk menyatukan parti-parti. Itu jelas peranannya.
"Hal-hal yang bersangkut paut dengan perbezaan pendapat antara parti-parti dalam PR, itu adalah hak dan pilihan parti masing-masing. Walaupun Wan Azizah jadi ketua pembangkang tapi bukanlah tugasan utama dia untuk pastikan semua orang tak gaduh," katanya pada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Menurutnya, hal berkaitan perbezaan pendapat dalam parti-parti komponen PR itu tidak boleh dikawal oleh sesiapa pun.
"Mana-mana parti pastu akan ada masalah turun naik cuma selagi kita boleh 'pegang' mereka bersama. Begitu juga BN. Mereka juga ada masalah.
"Isu-isu yang melibatkan masalah rakyat, semua parti dalam PR setuju. Seperti RMK11, semua setuju ada yang tidak kena. Isu itu kita tentu kita akan bersama. Isu perbezaan pendapat itu hak parti masing-masing. Tiada siapa boleh kawal itu," katanya.
Mengulas lanjut, Johari membuat perumpamaan bahawa jika DAP tidak menyukai warna baju yang dipakai Pas sekali pun, itu bukan masalah pakatan.
"Walaupun DAP tak suka warna baju yang dipakai Pas, itu bukan masalah kita. Maksudnya, hal parti, hal parti.
"Tetapi di parlimen, kita bercakap sebagai satu pakatan. Hal-hal di luar parlimen itu kita akan bincang. Saya rasa (beza pendapat) bukan menjadi keutamaan kepada kita begitu juga bukan keutamaan kepada ketua pembangkang," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment