Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUNGGU KEPUTUSAN MUKTAMAR,

  • Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang
Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas

  • Ahmad AwangBekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang
 1 / 1 
SHAH ALAM – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.
 
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.
 
“Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.
 
“Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ,” katanya kepada Sinar Online.
 
Namun katanya, sejauh mana Ahmad mampu menyatukan kelompok dalam Pas itu akan menjadi satu cabaran yang besar.
 
“Tetapi sejauh mana dia boleh menyatukan ketiga-tiga kelompok dalam Pas ini, adalah satu cabaran yang besar buat dia. Sebab apabila berlaku pemilihan parti, akan berlaku keretakan, pergeseran dan perpecahan.
 
“Jadi, sejauh mana dia ada kekuatan dan pengaruh untuk menyatukan kembali Pas selepas bulan depan ini adalah cabaran untuk beliau,” katanya.
 
Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan kenyataan Ahmad yang akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahli yang pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan Presiden itu sekadar untuk memenangi hati perwakilan yang tidak sekapal dengan Abdul Hadi.
 
“Mungkin tujuan beliau menyatakan sedemikian rupa untuk memenangi (hati) kumpulan yang tidak bersetuju dengan Tuan Guru Hadi. Tapi sejauh manakah beliau mempunyai sokongan dalam parti yang membolehkan beliau menang? Itu yang menjadi persoalan.
 
“Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi,” katanya.
 
Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.
 
Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor.


“Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.

Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.