Followers
Baling mercun
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Pengacau baling mercun, empat dilapor cedera
Wartawan Sinar Harian
31 Ogos 2015More Sharing Services0
SHAH ALAM - Empat orang awam cedera selepas seorang lelaki dilaporkan
membaling mercun ke arah orang awam yang sedang berehat berdekatan
Dataran Merdeka, malam tadi.
Menurut saksi, lelaki tersebut memakai baju T hitam dan cuba membaling
lebih banyak mercun, namun berjaya digagalkan oleh orang awam yang lain.
"Lelaki tersebut dikepung oleh peserta perhimpunan Bersih 4.0," kata saksi dipetik laporan The Star.
Pegawai perubatan memberitahu, kecederaan mangsa tidak membimbangkan.
"Cuma kesan terbakar, itu sahaja," kata pegawai tersebut.
Sementara itu, perhimpunan Bersih 4.0 hari ini yang bersurai dengan aman setakat jam 12.45 tengah malam.
BERSIH SUDAH BERAKHIR, MATLAMATNYA BELUM TENTU TERCAPAI
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (1)
TIADA SIAPA BOLEH MENAFIKAN BAHAWA PERHIMPUNAN BERSIH TELAH BERJAYA DIADAKAN WALAUPUN TANPA PERNIT, NAMUN KEJAYAANNYA BELUM LAGI TERCAPAI, NAMUN IA DILIHAT SEBAGAI SATU JALAN UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN YANG DEGIL DENGAN HASRAT RAKYAT. TUJUAN BERSIH KALI INI BUKANNYA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN AKAN TETAPI MENGINGATKAN KERAJAAN TENTANG BERBAGAI KEPINCANGAN YANG SEDANG BERLAKU DI NEGARA INI, BOLEHLAH KITA ANGGAP BERSIH KALI INI SEBAGAI MUKADDIMAH CARA MEMPERBETULKAN KERAJAAN
PERHIMPUNAN BERSIH CARA INI MEMANG BERKESAN UNTUK SESUATU TUJUAN JIKA IA DIADAKAN SECARA BERTERUSAN DAN IA SEBAGAI SUATU PELAJARAN KEPADA YANG ANGKUH DAN SOMBONG, MENGHALANG PERHIMPUNAN YANG MEMPUNYAI HASRAT DAN MATLAMAT PERHIMPUNAN AKAN MENGUNDANG RESIKO YANG TINGGI YANG MENGUNDANG KECELAKAAN. IA JUGA BOLEH MENGUNDANG KERUNTUHAN EKONOMI RAKYAT DAN KESELAMATAN, SELEPAS INI JIKA TIADA NAMPAK ADA PERUBAHAN SEBAGAIMANA TUNTUTAN MAKA AKAN ADA PULA PERHIMPUNAN YANG LAIN YANG NADANYA MUNGKIN BERLAINAN - Pak Karamu
Bersih 4.0 berakhir, 34 jam penuh dengan mesej
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI & SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
31 Ogos 2015
Pemandangan
atas keadaan di Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak telah dipenuhi oleh
ribuan peserta perhimpunan Bersih 4.0. - Foto oleh JAZALY AMRY JAAFAR
KUALA LUMPUR - Bersemangat, energetik dan tidak kenal erti penat. Itu
yang boleh disimpulkan mengenai momentum ribuan peserta Bersih 4.0 di
hari pertama dan kedua penganjurannya berlangsung.
Memasuki hari kedua, lautan manusia berbaju T kuning dilihat tetap
membanjiri pelosok ibu kota dengan jumlah yang hampir sama dengan hari
pertama perhimpunan semalam.
Malah, sejak awal pagi lagi, peserta sudah memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka untuk mengikuti pelbagai program diatur penganjur seperti solat Subuh berjemaah dan senaman ringan.
Malah kebanyakan daripada peserta tidak pulang sejak hari pertama menyertai himpunan itu.
Malah, sejak awal pagi lagi, peserta sudah memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka untuk mengikuti pelbagai program diatur penganjur seperti solat Subuh berjemaah dan senaman ringan.
Malah kebanyakan daripada peserta tidak pulang sejak hari pertama menyertai himpunan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan Bersih 4.0 masuk hari kedua]
Dalam misinya untuk mencapai matlamat penganjuran selama 34 jam, peserta tidak pernah 'kering' dengan pelbagai aktiviti bagi merancakkan lagi suasana himpunan itu.
Di Dataran Merdeka, selain ucapan pemimpin dan tokoh politik yang hadir, terdapat juga persembahan nyanyian oleh kumpulan yang menggelar diri mereka 'BangsArt'.
Sementara di sepanjang Jalan Tun Perak berhadapan LRT Masjid Jamek meriah dengan perarakan peserta sambil memainkan peralatan muzik yang diperbuat daripada bahan terpakai.
Bagaimanapun, tiupan vuvuzuela oleh peserta ternyata mengundang rasa kurang senang sebahagian yang lainnya.
Terdapat banyak sepanduk dipamerkan agar peserta menghentikan tiupan vuvuzuela kerana mengganggu ucapan pemimpin.
Sekitar jam 3.30 petang, suasana yang panas diredakan seketika apabila hujan turun dengan lebatnya namun tidak menghalang peserta untuk terus berhimpun.
Hujan juga membuka pintu rezeki kepada peniaga yang mengambil peluang untuk menjual payung dan baju hujan.
Selepas hujan reda, peserta kembali meneruskan aktiviti mereka walaupun ramai yang sudah pulang.
Sekitar jam 4.30 petang, peserta Bersih 4.0 yang berhimpun di Pasar Seni menerima kejutan apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan keduanya dalam perhimpunan itu dan memberi sedikit ucapan.
Dalam sidang media selepas itu, Dr Mahathir memaklumkan tujuan kehadirannya untuk menyokong rakyat.
Pentas himpunan pula kembali tenang apabila ia 'direhatkan' pada pukul 5 petang.
Seawal jam 8 malam, pentas utama Himpunan di Dataran Merdeka mula dihangatkan dengan 'konsert ringan' sehinggalah jam 10.00 malam.
Seusai persembahan, kini giliran ahli politik mengambil tempat untuk beraksi di pentas himpunan itu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memula bicara, 10 minit kemudian tempatnya diambil alih oleh Mohamad Sabu untuk terus menyampaikan ucapannya.
Sehingga detik 12 malam akhirnya lagu Negaraku berkumandang maka berakhirlah himpunan Bersih kali ini.
Kelihatan anggota polis tetap berkawal di Dataran Merdeka bagi memastikan peserta tidak memasuki kawasan itu.
Sedikit kekecohan turut berlaku sewaktu peserta himpunan mula bersurai namun keadaan terkawal.
Namun di sebalik sikap positif yang ditunjukkan peserta, terdapat beberapa insiden yang boleh dianggap mencemarkan perhimpunan.
Antaranya masih ada peserta yang kurang peka dengan larangan penganjur supaya tidak membawa anak kecil ke perhimpunan.
Lebih menyedihkan, ada yang membawa bayi kurang daripada 12 bulan.
Selain itu, peserta juga dianggap kurang sensitif dengan sensitiviti umat Islam apabila tidak mempedulikan laungan azan dari Masjid Jamek dan terus bersorak.
Bagaimanapun, tindakan mereka mendapat teguran penganjur Bersih 4.0, Marina Chin Abdullah yang mengarahkan peserta menghormati azan
USUL MINTA MUHYIDDIN LETAK JAWATAN TIM PRESIDEN
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Usul minta Muhyiddin letak jawatan dilulus
30 Ogos 2015
Muhyiddin Yassin
SUNGAI BESAR - Umno Bahagian Sungai Besar hari ini meluluskan usul
meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Timbalan
Presiden parti secara terhormat.
Usul itu dicadangkan oleh ketua bahagian berkenaan, Datuk Jamal Md Yunos dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Besar di sini hari ini sebelum ia dibahas dan diluluskan dengan sejumlah 274 perwakilan menyokong manakala 171 membantah.
Usul tersebut antara lain berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.
Jamal dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu berakhir, berkata usul itu dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat Umno tidak boleh mempunyai dua nakhoda, apatah lagi di saat parti sedang diasak dengan pelbagai isu yang memerlukan kesepakatan semua anggotanya.
"Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.
"Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin," katanya.
Jamal berkata, cadangan usul itu juga bagi menjaga kerahsiaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti. - Bernama
BERSIH MALAM AKHIR
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Bagi mengisi kekosongan buat menunggu kehadiran penceramah, pentas Bersih 4.0 diisi dengan persembahan nyanyian dan perkongsian pengalaman peserta bersih sepanjang dua hari berlangsungnya himpunan ini.
Setakat ini peserta Bersih 4.0 masih kekal dan dijangka terus meningkat malam ini.
Keadaan masih terkawal dan dijangka himpunan ini akan tamat pada jam 12 malam ini.
BERSIH LUAR NEGARA
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Bersih peringkat global tetap diteruskan
30 Ogos 2015
Antara foto perhimpunan Bersih 4.0 di luar negara yang dimuatnaik oleh @GlobalBersih.
PESERTA Bersih di seluruh dunia masih bersolidariti sempena perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur yang kini memasuki hari kedua.
Menerusi laman mikro Twitter @GlobalBersih, bahang perhimpunan Bersih 4.0. masih dirasai di serata dunia, antaranya di Hamburg (Jerman), Victoria (Canada), Rio de Janeiro (Brazil), Helsinki (Finland) dan Edinburgh (Scotland).
Lokasi lain termasuklah The Hague, (Belanda), Guernsey (Pulau Channel),
Bangalore (India), Johannesburg (Afrika Selatan) dan Brussels
(Belgium).
Semalam, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
memberitahu tindakan tegas menanti terhadap rakyat Malaysia yang
terlibat dengan perhimpunan haram Bersih 4.0 di luar negara.
Beliau berkata, pemantauan sedang dilakukan oleh Wisma Putra dan
identiti mereka akan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk
diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara berkenaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bersih 4.0 luar negara: Tindakan tegas menanti]
UNDI TAK PERCAYA PULAK
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
30 Ogos 2015
Mahathir (tengah) ketika mengadakan sidang media di Pasar Seni, Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Semua ahli Parlimen Umno perlu berani membuat undi tidak
percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu
dipilih lagi dalam PRU akan datang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Umno perlu berani bertindak jika mereka sayangkan parti.
"Kita nak singkir Najib sahaja, BN kekal, tetapi beliau tidak akan letak jawatan. Jika undi tak percaya mahu berjaya, MP Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.
"Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," katanya kepada pemberita ketika turun ke Pasar Seni sebentar tadi bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Menurut Mahathir lagi, perhimpunan Bersih 4.0 tidak mungkin boleh menurunkan Najib melainkan dengan undi tidak percaya yang dibuat ahli Parlimen.
"Saya minta MP Umno sedia (undi tidak percaya). Saya melihat demonstrasi terhadap Presiden Guatemala, mereka demonstrasi berhari-hari, tapi dia tidak berundur.
"Sokong MP anda, jika tidak sokong undi tak percaya, kami tidak akan undi sebagai MP lagi. Sekarang ini tugas rakyat utk menjadikan negara ini ditadbir tanpa rasuah," katanya.
MALAM INI ADA PENDEDAHAN TENTANG NAJIB
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (1)
Skandal terbaru Najib akan dibongkar, kata Rafizi
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
30 Ogos 2015
Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan
membuat pendedahan terbaharu mengenai skandal yang melibatkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini.
Katanya, pendedahan itu akan dibuat di malam kemuncak Himpunan Bersih 4.0 di Pentas Dataran Merdeka malam ini.
"Malam ini saya akan berucap lagi....ada pendedahan skandal baharu yang akan saya sampaikan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Jalan Masjid Jamek hari ini.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, mesej peserta Bersih 4.0 jelas iaitu mahukan pembaharuan di dalam sistem pemerintahan.
"Kita mahukan kerajaan yang bersih," katanya.
Himpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sejak semalam akan berakhir tepat 12 malam ini.
BERSIH 4.0 SURAM BELAH PETANG
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Setakat pukul 6 petang, keadaan di Jalan Tun Perak menyaksikan peserta perhimpunan masih boleh berjalan seperti biasa dan tidak sesak seperti semalam. Turut kelihatan seorang aktivis menaikkan sepanduk menghentam Tun Mahathir berbunyi "Mahathir juga perompak besar, Jangan lupa" yang membuktikan tidak semua peserta menyokong kehadiran mantan Perdana Menteri tersebut.
Dr M ikut rakyat, sebab tak sokong Najib
RAZIATUL HANUM A RAJAK
30 Ogos 2015
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - 'Ini (Bersih 4.0) demonstrasi pertama yang saya
sertai'. Demikian pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad pada sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, hari ini.
Menurutnya, banyak pihak yang mempertikaikan tindakannya menyokong
himpunan Bersih 4.0 namun jelasnya, kehadirannya itu sebagai tanda
solidariti kepada rakyat.
"Itu juga soalan ditanya...saya sokong rakyat. Bersih pun rakyat juga.
Mereka pun tak suka Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).
Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong Bersih.
"Bersih pun rakyat. Yang lain semua ini pun rakyat. Semua pakai baju kuning dan banyak yang tak pakai baju kuning," katanya.
Katanya, sebelum pemerintahan Najib, tidak memerlukan demonstrasi jalanan kerana laporan polis begitu berharga.
"Saya tak tahu (Bersih) ini ‘game changer’ atau tidak, saya di sini utk
bersolidariti dengan rakyat sebab sekarang berjuta rakyat akses blog
saya dan mereka mahu Najib berundur hanya sedikit yang menyokongnya.
"Dulu tak perlu (demo), dulu ada undang-undang. Kita buat laporan
polis, Peguam Negara ambil tindakan. Tapi sekarang ini, buat laporan
polis tapi polis tak boleh ambil tindakan sebab Najib tak bagi.
"Oleh itu kali ini saya terpaksa sertai demonstrasi seperti ini. Dulu
saya tak pernah sertai demonstrasi. Ini pertama kali," katanya.
Hari ini Bersih 4.0 menerima kehadiran Dr Mahathir buat kali kedua
selepas semalam bekas Perdana Menteri itu sempat singgah ke kawasan
Dataran Merdeka.
DUA TUN DARI UMNO DAN MCA SERTAI BERSIH
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
KEHADHIRAN MAHADHIR DI PASAR SENI, HADHIR KALI KEDUA
Dr Mahathir dikerumuni orang ramai ketika di Pasar Seni. Foto Twitter Bersih 2.0.
BERSAMA ZAID IBRAHIM
