Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSIH SUDAH BERAKHIR, MATLAMATNYA BELUM TENTU TERCAPAI

TIADA SIAPA BOLEH MENAFIKAN BAHAWA PERHIMPUNAN BERSIH TELAH BERJAYA DIADAKAN WALAUPUN TANPA PERNIT, NAMUN KEJAYAANNYA BELUM LAGI TERCAPAI, NAMUN IA DILIHAT SEBAGAI SATU JALAN UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN YANG DEGIL DENGAN HASRAT RAKYAT. TUJUAN BERSIH KALI INI BUKANNYA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN AKAN TETAPI MENGINGATKAN KERAJAAN TENTANG BERBAGAI KEPINCANGAN YANG SEDANG BERLAKU DI NEGARA INI, BOLEHLAH KITA ANGGAP BERSIH KALI INI SEBAGAI MUKADDIMAH CARA MEMPERBETULKAN KERAJAAN

PERHIMPUNAN BERSIH CARA INI MEMANG BERKESAN UNTUK SESUATU TUJUAN JIKA IA DIADAKAN SECARA BERTERUSAN DAN IA SEBAGAI SUATU PELAJARAN KEPADA YANG ANGKUH DAN SOMBONG, MENGHALANG PERHIMPUNAN YANG MEMPUNYAI HASRAT DAN MATLAMAT PERHIMPUNAN AKAN MENGUNDANG RESIKO YANG TINGGI YANG MENGUNDANG KECELAKAAN. IA JUGA BOLEH MENGUNDANG KERUNTUHAN EKONOMI RAKYAT DAN KESELAMATAN, SELEPAS INI JIKA TIADA NAMPAK ADA PERUBAHAN SEBAGAIMANA TUNTUTAN MAKA AKAN ADA PULA PERHIMPUNAN YANG LAIN YANG NADANYA MUNGKIN BERLAINAN - Pak Karamu
 
Bersih 4.0 berakhir, 34 jam penuh dengan mesej
Himpunan Bersih 4.0 masuk hari kedua
Pemandangan atas keadaan di Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak telah dipenuhi oleh ribuan peserta perhimpunan Bersih 4.0. - Foto oleh JAZALY AMRY JAAFAR
 
KUALA LUMPUR - Bersemangat, energetik dan tidak kenal erti penat. Itu yang boleh disimpulkan mengenai momentum ribuan peserta Bersih 4.0 di hari pertama dan kedua penganjurannya berlangsung. 
 
Memasuki hari kedua, lautan manusia berbaju T kuning dilihat tetap membanjiri pelosok ibu kota dengan jumlah yang hampir sama dengan hari pertama perhimpunan semalam.
Malah, sejak awal pagi lagi, peserta sudah memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka untuk mengikuti pelbagai program diatur penganjur seperti solat Subuh berjemaah dan senaman ringan.‎

Malah kebanyakan daripada peserta tidak pulang sejak hari pertama menyertai himpunan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan Bersih 4.0 masuk hari kedua]

Dalam misinya untuk  mencapai matlamat penganjuran selama 34 jam, peserta tidak pernah 'kering' dengan pelbagai aktiviti bagi merancakkan lagi suasana himpunan itu.

Di Dataran Merdeka, selain ucapan pemimpin dan tokoh politik yang hadir, terdapat juga persembahan nyanyian oleh kumpulan yang menggelar diri mereka 'BangsArt'.

Sementara di sepanjang Jalan Tun Perak berhadapan LRT Masjid Jamek meriah dengan perarakan peserta sambil memainkan peralatan muzik yang diperbuat daripada bahan terpakai.

Bagaimanapun, tiupan vuvuzuela oleh peserta ternyata mengundang rasa kurang senang sebahagian yang lainnya.

Terdapat banyak sepanduk dipamerkan agar peserta menghentikan tiupan vuvuzuela kerana mengganggu ucapan pemimpin.

Sekitar jam 3.30 petang, suasana yang panas diredakan seketika apabila hujan turun dengan lebatnya namun tidak menghalang peserta untuk terus berhimpun.

Hujan juga membuka pintu rezeki kepada peniaga yang mengambil peluang untuk menjual payung dan baju hujan.

Selepas hujan reda, peserta kembali meneruskan aktiviti mereka walaupun ramai yang sudah pulang.

Sekitar jam 4.30 petang, peserta Bersih 4.0 yang berhimpun di Pasar Seni menerima kejutan apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan keduanya dalam perhimpunan itu dan memberi sedikit ucapan.

Dalam sidang media selepas itu, Dr Mahathir memaklumkan tujuan kehadirannya untuk menyokong rakyat.

Pentas himpunan pula kembali tenang apabila ia 'direhatkan' pada pukul 5 petang.

Seawal jam 8 malam, pentas utama Himpunan ‎di Dataran Merdeka mula dihangatkan dengan 'konsert ringan' sehinggalah jam 10.00 malam.

Seusai persembahan, kini giliran ahli politik mengambil tempat untuk beraksi di pentas himpunan itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memula bicara, 10 minit kemudian tempatnya diambil alih oleh Mohamad Sabu untuk terus menyampaikan ucapannya.

Sehingga detik 12 malam akhirnya lagu Negaraku berkumandang maka berakhirlah himpunan Bersih kali ini.

Kelihatan anggota polis tetap berkawal di Dataran Merdeka bagi memastikan peserta tidak memasuki kawasan itu.

Sedikit kekecohan turut berlaku sewaktu peserta himpunan mula bersurai namun keadaan terkawal.

Namun di sebalik sikap positif yang ditunjukkan peserta, terdapat beberapa insiden yang boleh dianggap mencemarkan perhimpunan.

Antaranya masih ada peserta yang kurang peka dengan larangan penganjur supaya tidak membawa anak kecil ke perhimpunan.

Lebih menyedihkan, ada yang membawa bayi kurang daripada 12 bulan.

Selain itu, peserta juga dianggap kurang sensitif dengan sensitiviti umat Islam apabila tidak mempedulikan laungan azan dari Masjid Jamek dan terus bersorak.

Bagaimanapun, tindakan mereka mendapat teguran penganjur Bersih 4.0, Marina Chin Abdullah yang mengarahkan peserta menghormati azan

1 orang berkata:

Anonymous said...

BERSIH 4 JELAS MEMPERLIHATKAN KEFASIKAN PAS DRP MENJUARAI DEMO KPD MENGHARAMKAN DEMO.

BERSIH 4 MENGAJAR KITA ERTI PERSAHABATAN SEBENAR., MANA YG BOLEH DIPERCAYAI DAN MANA YANG BERPURA2 DEMI POLITIK. IA MENGAJAR ERTI SETIA KAWAN SEBENAR.

BERSIH 4 MEMPERLIHATKAN BENTUK SEBENAR PARTI MANA BERSIFAT PERKAUMAN DAN PARTI MANA BERSIFAT TERBUKA.

BERSIH 4 MENUNJUKKAN PARTI MANA YG BOLEH DIPILIH UTK PRU14. PARTI YG DIPENUHI DENDAM KESUMAT ATAU PARTI TIPU HELAH AKAN DIJAUHI.

BERSIH 4 MENDEDAHKAN ISI PERUT SEBENAR PAS DAN PEMIMPINNYA

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.