Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSIH 4.0 SURAM BELAH PETANG


Setakat pukul 6 petang, keadaan di Jalan Tun Perak menyaksikan peserta perhimpunan masih boleh berjalan seperti biasa dan tidak sesak seperti semalam. Turut kelihatan seorang aktivis menaikkan sepanduk menghentam Tun Mahathir berbunyi "Mahathir juga perompak besar, Jangan lupa" yang membuktikan tidak semua peserta menyokong kehadiran mantan Perdana Menteri tersebut.



Dr M ikut rakyat, sebab tak sokong Najib



Bersih 4.0
Tun Dr Mahathir Mohamad


KUALA LUMPUR -  'Ini (Bersih 4.0) demonstrasi pertama yang saya sertai'. Demikian pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, hari ini.
 
Menurutnya, banyak pihak yang mempertikaikan tindakannya menyokong himpunan Bersih 4.0 namun jelasnya, kehadirannya itu sebagai tanda solidariti kepada rakyat.
 
"Itu juga soalan ditanya...saya sokong rakyat. Bersih pun rakyat juga. Mereka pun tak suka Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak). Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong Bersih.
 
"Bersih pun rakyat. Yang lain semua ini pun rakyat. Semua pakai baju kuning dan banyak yang tak pakai baju kuning," katanya.
 
Katanya, sebelum pemerintahan Najib, tidak memerlukan demonstrasi jalanan kerana laporan polis begitu berharga.
 
"Saya tak tahu (Bersih) ini ‘game changer’ atau tidak, saya di sini utk bersolidariti dengan rakyat sebab sekarang berjuta rakyat akses blog saya dan mereka mahu Najib berundur hanya sedikit yang menyokongnya.
 
"Dulu tak perlu (demo), dulu ada undang-undang. Kita buat laporan polis, Peguam Negara ambil tindakan. Tapi sekarang ini, buat laporan polis tapi polis tak boleh ambil tindakan sebab Najib tak bagi. 
 
"Oleh itu kali ini saya terpaksa sertai demonstrasi seperti ini. Dulu saya tak pernah sertai demonstrasi. Ini pertama kali," katanya.
 
Hari ini Bersih 4.0 menerima kehadiran Dr Mahathir buat kali kedua selepas semalam bekas Perdana Menteri itu sempat singgah ke kawasan Dataran Merdeka.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.