Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMILIHAN CALON BAGI PRU 13

Salam

PRESIDEN-PRESIDEN PARTI DALAM BN MERUNGUT KEPADA KUASA PRESIDEN BN

Agak mengeciwakan Presiden-presiden 13 parti didalam BN apabila Presiden BN diberikan kuasa mutlak untuk menentukan nama calon-calon bagi PRU 13 nanti seolah-olah kuasa presiden parti-parti didalam BN tiada kuasa mutlak untuk menetapkan nama calon daripada parti mereka, agak ramai juga yang tidak bersetuju Presiden BN diberikan kuasa yang mutlak dalam perkara pemilihan calon kerana seolah-olah kuasa presiden parti-parti didalam BN hanya disifatkan sebagai dalang saja sedangkan kuasa terhadap parti mereka dirampas dan dimonopoli orang

Apakah motif sebenar peraturan ini dibuat ? Mungkinkah kerana hendak mengelakkan berlakunya pilih kasih didalam parti-parti atau mahu mengelakkan berlakunya kroni-kroni didalam parti-parti ? ATAU BN mahukan konsep satu parti didalam BN dengan membubarkan parti-parti didalam BN secara muslihat untuk  menjayakan 1 Malaysia dilaksanakan ? Walau apapun jika niat ini menjurus kepada cita-cita tersebut maka ada kemungkinan cita-cita tersebut akan ditentang kerana semangat parti-parti masih kuat kepada cita-cita dasar perjuangan masing-masing kerana terdapat hak keistimewaan orang melayu sebagai duri didalam daging kepada perjuangan 1 Malaysia dan satu kuasa mutlak kepada Presiden BN


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.