Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETELAH SELANGOR GAGAL PINDA PERLEMBAGAAN

Salam

ADUN PAKATAN RAKYAT AKAN MENGADAKAN SIDANGNYA MALAM INI SETELAH GAGAL MEMINDA PERLEMBAGAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MENGEMBALIKAN KEKEBALAN RAJA-RAJA DAN KUASA MENTERI BESAR BAGI MELANTIK 3 JAWATAN TERTINGGI NEGERI

BAGI PEHAK UMNO PULA MEREKA ADA ALASAN BERGEMBIRA PADA MALAM INI DAN MUNGKIN MEREKA AKAN MENGADAKAN MAJLIS MAKAN BESAR JUGA PADA MALAM INI

KEKECIWAAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MEMINDA PERLEMBAGAAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR CUKUP MEMENINGKAN KEPALA MEREKA KERANA UMNO SELAMA INI KELIHATAN CUKUP SETIA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU, AKHIRNYA MEREKA MEMPERLIHATKAN SIKAP MEREKA SEBENAR YANG TIDAK MAHU MENGEMBALIKAN KUASA KEKEBALAN RAJA-RAJA

SEMASA KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU HENDAK DILUNTURKAN MAKA BANYAKLAH KATA-KATA NISTA DILEMPARKAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU, DIANTARANYA YANG DIANGGAP CUKUP BERBISA IALAH "NEGERI INI BUKAN HAK RAJA-RAJA MELAYU AKAN TETAPI IA ADALAH HAK MILIK RAKYAT"

JIKA KITA INGATKAN KATA-KATA DIATAS MAKA KENYATAAN SULTAN SELANGOR YANG MELARANG NIK AZIZ DATANG KE SELANGOR RENTETAN KOMENNYA MEMBELA WAKIL RAKYAT DAP MENGHADIRI DIRI KEDALAM MASJID MAKA JELASLAH BAHAWA SULTAN SEOLAH-OLAH MENGAKUI BAHAWA NEGERI SELANGOR ADALAH NEGERINYA WAL HAL IA ADALAH RAKYAT YANG PUNYA

DEMIKIANLAH MARAHNYA PEMERINTAH DIMASA TERSEBUT, NAMUN APABILA SUASANA TELAH MENJADI TENANG MAKA UMNO YANG MENJADI PEMERINTAH DI NEGARA INI BALIK MENUNJUKKAN TA'ATNYA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU MUNGKIN MEREKA TELAH SEDAR DAN NAMPAK BAHAWA KUASA RAJA ADALAH DIPERLUKAN UNTUK KEPENTINGAN PARTI MEREKA

APAPUN SEJARAH BERULANG KEMBALI APABILA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MAHU MENGEMBALIKAN KUASA RAJA MAKA UMNO SEKALI LAGI TIDAK BERSETUJU MALAH MEREKA MEMBANTAH USHA UNTUK MENGEMBALIKAN KUASA RAJA-RAJA, SEMENTARA RAJA PULA BERKATA BAHAWA BELIAU TIDAK MAHU TERLIBAT DENGAN MANA-MANA PEHAK SAMA ADA YANG HENDAK MENGEMBALIKAN KUASA RAJA-RAJA ATAUPUN YANG MENENTANGNYA

NAMPAKNYA ISU MENGEMBALIKAN KUASA RAJA-RAJA INI MUNGKIN ADA SEBABNYA DAN UNTUK MENENTANG CADANGAN ITUPUN ADA SEBABNYA, SEGALA-GALANYA ITU ADA SEBAB, APABILA ADA SEBAB MAKA ADALAH BAIK DAN BURUKNYA DAN YANG TAHU BAIK DAN BURUKNYA MUNGKIN RAJA-RAJA SENDIRI, PAKATAN RAKYAT DAN UMNO, POKOK ASAL CERITANYA IALAH KERANA ADA YANG MAHU MELAKUKAN BERBAGAI MUSLIHAT UNTUK KEPENTINGAN, DAN KEPENTINGAN ITULAH YANG MENJADI SEBAB

PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI SELANGOR UNTUK KEMBALIKAN KEKEBALAN KEPADA RAJA ADA SEBAB  DIA SUKA AKAN TETAPI PAKATAN RAKYAT ADA SEBAB JUGA MEREKA MENJADI SUKA DAN BAGI PEHAK UMNO ADA SEBAB DIA TIDAK MENJADI SUKA, APA YANG KITA FAHAM BAHAWA KEGAGALAN MEMINDA PERLEMBAGAAN NEGERI INI MENYEBABKAN PAKATAN RAKYAT MENJADI MURAM DAN MENJADI KESUKAAN YANG AMAT SANGAT KEPADA UMNO, ERTINYA UMNO MENANG PAKATAN RAKYAT KALAH

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.