Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK SOKONG MAT SABU !!! HI HI HI

MUKTAMAR DI TAMAN MELEWAR GOMBAK

Muktamar Pas ke-57 akan membuka tirainya bersamaan dengan hari pembukaan Rejab 1432H. Bagi ahli mahupun penyokong PAS semuanya bertumpu ke Markaz Tarbiah PAS Taman Melewar untuk mendengar, berbahas, menerima amanat dan memilih pucuk pimpinan. Taman Melewar yang kembali menjadi tuan rumah persidangan kali ini seakan ada nostalgia yang ingin dibangkitkan dari perjuangan panjang PAS dalam sejarah politik tanahair. Mesti ada sesuatu yang istimewa kenapa Taman Melewar dipilih. Tentunya soalan ini akan terjawab pada 3-5 Jun 2011.
 
Kehangatan Muktamar PAS kali ini sudah pasti tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan PAS dan ucapan dasar Presiden. Seperti lazimnya Presiden akan meletakkan semula landasan PAS untuk tempoh satu tahun yang akan datang atau lebih tepat sehingga PRU 13. Tidak dapat tidak, Dato’ Seri Presiden hendaklah memberi amanat yang jelas tentang halatuju semasa politik PAS sekaligus menjawab pelbagai keresahan rakyat terhadap isu-isu politik yang sedang melanda politik Malaysia akhir-akhir ini.

BN BERTAMBAH LEMAH, TERIMALAH KENYATAAN

KAPAL SUDAH PECAH -SEMUA LANUN NAK CABUIT LARI ? - GERAKAN NAFI USAHA SINGKIR TSU KOON PRESIDEN GERAKAN- minsider

Gerakan menafikan terdapat usaha dari dalam parti itu untuk menyingkirkan presidennya Koh Tsu Koon walaupun terdapat laporan bahawa semakin ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Timbalan Presiden Gerakan, Chang Ko Youn berkata malahan kini pemimpin dan ahli parti sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 di bawah kepimpinan Koh.

“Ia tidak benar. Ada orang yang mahukan publisiti dengan membuat dakwaan demikian,” katanya dipetik laporan Bernama Online.

Bekas naib ketua Pemuda parti itu, S Paranjothy mendakwa wujud perasaan tidak puas hati dalam parti dan terdapat ahli yang merancang untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menyikirkan Koh.

Paranjothy yang merupakan ketua cawangan Taman Ehsan mendakwa ramai ahli yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinan Koh yang dianggap lebih sebagai “yes man” dan mengetepikan pandangan dan isu yang dikemukakan oleh sayap Pemuda dan Wanita.

SAF: Kami makin yakin Umno jelas ‘absahkan fitnah bunuh lawan’

June 01, 2011
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Saf Anti Fitnah (SAF) menyambut baik kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi pertubuhan bukan kerajaan itu semakin yakin Umno nampaknya jelas “mengabsahkan fitnah” sebagai cara menjatuhkan lawan.

“Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

“SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno,” kata Pengerusi SAF Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.
Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata.

“Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita,” kata beliau.

“ Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

“Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu,” kata beliau lagi.

Selain Nasrudin, panel wacana itu terdiri daripada Ketua Pemuda Umno dan BN Khairy Jamaluddin dan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Justeru soal Mohd Azmi, “adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?”

“Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.
 
“Dengan sebab itu kami sangat mengehendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.

“Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa,” katanya lagi.
Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.

Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.

Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.

“Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri,” kata Mohd Azmi lagi.
  “Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.

“Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.

“Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas,” katanya lagi.

Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.
Bot karam: 13 diselamatkan, 18 masih hilang
View Image

Jun 1, 11 12:19pm

 
Dua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu diselamatkan bot APMM, manakala selebihnya oleh kapal dagang, MV Huo Tuo yang berada di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini terdiri daripada lelaki dan kita mempercayai mereka adalah pendatang asing tanpa izin," katanya hari ini.

Sumber itu, berkata usaha mencari 18 yang masih hilang sedang dilaksanakan oleh APMM termasuk membabitkan sebuah helikopter agensi berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa mempercayai terdapat lebih daripada 30 penumpang yang menaiki bot itu ketika ia karam di perairan.

Perairan Pengerang dikenali sebagai salah satu laluan paling popular di kalangan pendatang asing tanpa izin untuk memasuki negara ini disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia.

Ia hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menggunakan bot laju untuk sampai ke Pengerang daripada Pulau Batam, Pulau Karimun dan Pulau Bintan, Indonesia.

- Bernama

INI KENA TANYA MASITAH IBRAHIM

Perempuan Ini Memotong Kemaluan Jirannya Kerana Cubaan Merogol Atau Kerana Dendam?

 

View Image


Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang kisahnya dipaparkan di blog ini semalam tentang seorang wanita yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1NzjAWGMw

INI KENA TANYA MASITAH IBRAHIM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtHYqVmwaDnrsltwwSZbSycP7pGpn528QLGSAOSRxWoDDlWl-JdMX7g7BvQIQddmQvlLpgU0JctfP7m6ZSWzjmsPwIxgnTt8cqbx0axnYxqfch984NLWFv4iD82gmSQUg_JjfDUCaAALjp/s1600/ngeri410.jpgMENGAPA KAUM SEJENIS DIA YANG BANYAK JADI KORBAN DAN MENGORBANKAN KAUM ADAM
View Image

INI KENA TANYA MASITAH IBRAHIM ?

Ada Orang Campak Bayi Ke Dalam Sungai Gombak

View Image
Bayi Ditemui tersangkut celah batu dalam Sungai Gombak berdekatan PWTC
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang sibuk bergegas ke tempat kerja gempar dengan penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Bayi perempuan itu dikatakan dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat daripada orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.

Orang awam yang curiga dengan objek itu menghubungi polis dan bomba sebelum mereka tiba di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, mayat bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan dan dicampak di dalam sungai sebelum dihanyutkan.

Menurutnya, kejadian itu disedari orang awam yang terlihat objek seperti ‘anak patung’ dihanyutkan arus sebelum menghubungi polis.

Sepasukan bomba dari Sentul dihantar ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat bayi berkenaan.

“Bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibawa arus dari kawasan Stesen LRT Titiwangsa di Jalan Pekeliling.

“Setelah membuat operasi mengesan, kami (polis) menemui mayat bayi itu berdekatan PWTC yang tersangkut di celah batu. “Mayat itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya. -hm

ISTERI MAIN KAYU TIGA KENA TANYA MASITAH

View Image

DUNGUN: Gara-gara berang tindakan suami dipercayai berkahwin lain, seorang isteri sanggup membelakangkan hukum agama dengan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.



Bagaimanapun, tindakan ibu muda beranak satu yang membawa balik teman lelaki ketika suaminya tiada di rumah itu membawa padah apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berduaan di rumah sewanya, di Taman Rakyat Jaya, dekat sini.

Berikutan itu, pasa-ngan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam atas tuduhan berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan Pendakwaraya Syarie, Nor Hakimah Awang, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 2.25 pagi di rumah di Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir itu, sebaik pintu rumah diketuk, tertuduh perempuan yang memakai seluar jeans dan baju T membuka pintu, pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar pendek paras lutut tanpa baju bersembunyi di ruang dapur.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh wanita, Nor Shahida Mohamed Nor, 21 dari Merchang Marang dan pasangan lelaki, Mohamad Shahrulnizam Che Hassan, 19, dari Kemaman, kedua-duanya bekerja sebagai jurujual tidak mempunyai hubungan muhrim sah.

Shahrulnizam yang masih bujang bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan manakala Nor Shahida yang masih berstatus isteri orang tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.

Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah setelah menimbang rayuan Shahrulnizam serta mengambil kira hujah Pendakwaraya akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau dua bulan penjara terhadap tertuduh lelaki manakala NorShahida diperintahkan membayar wang jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin sebelum menunggu tarikh sebutan semula kesnya.
-sinarharian-

MUNGKIN POLITIK ZAID IBRAHIM AKAN MEMERANGKAP DIRINYA



Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui zaid ibrahim, KITA, umnoParti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan BN.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan minggu lalu.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.


Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks 'Datuk T'.

Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

'Anak emas'

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid pernah digelar 'kaki kuda' dan 'kaki arak' oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam PKR dan menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

azlanNamun, Zaid menjadi 'anak emas' Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana pendaftar pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

azlanBegitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.
Agenda KITA

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

azlanKetika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan Isnin lalu pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai 'ilham' menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

azlanKesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan oleh mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.
Orang 'bijak pandai'

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Datuk Sharyzl Eskay – satu daripada tiga 'Datuk T' yang mendalangi video lucah itu. 

NONEZamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan 'membela' nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang 'bijak pandai' seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

NONEAlangkah baiknya jika kereta Rolls Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit keperitan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?
Rakyat dibebankan

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . 

Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

NASHARUDDIN PATUT TARIK DIRI



KUALA LUMPUR,  — Nasharudin Mat Isa masih dalam persaingan mahu mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS, kata beberapa pemimpin parti sambil menegaskan, khabar angin sengaja disebarkan kononnya beliau sudah pun menarik diri.

Khabar angin itu bertiup kencang sejak dua hari lalu. Pemilihan diadakan 5 Jun ini sempena muktamar kali ke-57.
Desas-desus itu juga dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanya sebahagian daripada kempen pemilihan.

Pada pemilihan kali ini selain Nasharudin, jawatan nombor dua parti Islam itu turut ditandingi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Nasharudin tidak tarik diri, beliau tetap bertanding dan saya sudah sahkan sendiri dengan beliau melalui panggilan telefon.

“Beliau akan tetap bertanding, khabar angin ini mungkin hanya untuk kempen,” kata Harun kepada The Malaysian Insider malam tadi.

WAW ! KITA PATUT KWAR BERAMAI-RAMAI LAGI NIH, BIAR SAMPAI GAGAL

Panas: Rupanya Adik Bongsu MB Pahang Sendiri Adalah Bekas Chairman IAEA

KUANTAN, 1 Jun - Nampaknya teori penyelewengan projek pembinaan kilang memproses rare-earth oleh Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini bertambah panas. Ia susulan terdapat pendedahan sebelum ini dan terkini mengatakan Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (foto).
Beliau difahamkan bertugas dengan agensi terbabit mulai tahun 2009 hingga 2010. Tiada apa lagi yang boleh kita perketakan dengan pendedahan ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kita boleh rungkaikan ialah bagaimana kumpulan pakar IAEA yang berada di sini sekarang mahu membuat laporan negatif terhadap projek tersebut jika bekas boss mereka adalah adik kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri?. 
 
Bukankah, ini membuktikan kepada kita memang ada permainan "adik beradik" dalam meluluskan atau pun membawa projek berisiko ini ke Malaysia. Apa jua alasan yang diberikan oleh MB Pahang untuk menidakkan perkara ini sudah tidak wajar dipercayai lagi.

Mana mungkin seorang adik mahu melanggar sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh abangnya. Inikan pula projek bernilai ratusan juta seperti Lynas ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat tidak hairan sekarang, kenapa pakar-pakar yang sepatutnya mengambil masa sebulan untuk mengkaji tahap keselamatan Lynas telah awal-awal lagi mengatakan projek tersebut mengikut "standard yang telah ditetapkan". 
 
Padahal mereka belum pun turun padang untuk melawat ke kilang Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Kita tidak mahu menuduh sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam hal ini. Namun, secara kesimpulannya rakyat memang tahu apakah "kaedah" mana-mana pelabur dan pihak yang mahu mendapatkan apa-apa projek di Pahang sejak dulu kini dan selamanya.

Bukti kukuh, adik MB Pahang, Dato Muhammad Shahrul Ikram Yaakob
rupanya adalah IAEA Board Of Govenors Chairman tahun 2009-2010

GM IAEA Yukiya Amano bersalaman dengan adik MB di Mesyuarat Ahli
Lembaga (Gabenor) IAEA di Vienna, Austria pada 13 September 2010
[Malah banyak pendedahan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini tentang ketirisan yang berlaku dalam pentdbiran Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Oleh itu, kepada mereka yang bermati-matianmenyokong projek ini diminta berfikir secara rasional. Apakah kita mahu diri kita ditipu oleh kebodohan kita sendiri. Jangan dibiarkan diri kita dipermainkan oleh mereka yang berkuasa hanya untuk kepentingan periuk nasi mereka sendiri. 
 
Kami sungguh terkejut dengan maklumat terbaru ini. Namun kami boleh merasakan, memang ada sesuatu yang tidak kena bila adik MB menjadi orang kuat IAEA, sedangkan apa yang dipertikaikan ialah bagaimana projek berisiko seperti Lynas itu boleh dibawa masuk ke Malaysia terutamanya ke negeri Pahang ini?. Rupanya ada "kabel besar" yang telah bersedia untuk membawa masuk projek itu ke sini sebenarnya. 
 
Siasatan lanjut akan dijalankan tentang beberapa aspek lain lagi yang membuktikan projek Lynas wajar dibantah oleh rakyat Kuantan biarpun ada yang menyokongnya. Ini kerana sokongan yang diberikan oleh pihak terbabit adalah berdasarkan "skrip semata-mata", tambahan pula mereka dibayar untuk hadir menyokong projek Lynas seperti yang berlaku di Hotel Hyatt dan Pantai Teluk Chempedak].

Sumber dari - Pahang Daily

UMNO MEROMPAK KEW ?

UMNO KENA JELAS SAHAM RM52B HILANG



Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Khalid Jaafar (gambar memegang kertas) mengulangi desakan supaya pimpinan Umno memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu. Beliau berkata demikian mengulas isu saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, seperti mana yang didedah Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun sehingga kini, katanya, kerajaan pimpinan Umno masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung isu itu.

“Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut,” kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com.


Menurutnya, saham bumiputera diperuntukan melalui Dasar Ekonomi Baru, cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi mengangkat martabat ekonomi di kalangan bumiputera.

Namun katanya, akibat perbuatan Umno yang sanggup mengkhianati orang Melayu sendiri, menyebabkan bangsa itu masih terkebelakang dalam soal ekonomi dan pegangan ekuiti.

“Mereka (Umno) tidak layak bercakap pembelaan orang Melayu, kerana mereka tidak bermoral untuk membela orang Melayu.

“Saham bumiputra sebenarnya rancangan dalam DEB, yang kita tahu DEB itu sendiri dirumuskan untuk mengangkat martabat orang Melayu, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila Umno sendiri yang mengkhianati orang Melayu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak amalan rasuah dan khianat yang dianjurkan Umno punca saham Bumiputra hilang.

“Menteri sendiri mengaku DEB gagal, ini semua kerana rasuah, khianat yang dilakukan Umno. Sebab itu Pakatan Rakyat menolak DEB, tetapi kita pula dituduh pengkhianat,” katanya.

Menurut Khalid, sekiranya siasatan dijalankan, beliau percaya banyak lagi pengkhianatan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dapat didedahkan.

“Siasat dulu ke mana hilangnya saham Bumiputra, saya pasti banyak lagi dapat dibongkarkan kerana mungkin juga ianya bersiri. Tambahan pula jumlah yang dilesapkan itu terlalu besar,” katanya.

Isu saham bumiputera ditimbulkan sejak Mac tahun lalu oleh Pakatan Rakyat. Ia berdasarkan pengakuan perdana menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan saham bumiputera hanya tinggal RM2 bilion dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

PKR sejak Febuari lalu mendesak supaya kerajaan merombak satu mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham berkenaan, serta mengumum senarai penerima 1.5 bilion unit saham khas tersebut tahun lalu.

KERAJAAN BN TAK PERLU MAIN SILAP MATA SEBAB RAKYAT DAH CELIK


Parti Islam Semalaysia Pas menganggap kerajaan Bn bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif letrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95  tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat
Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.

Menjadi kebiasaan Akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk “Tiada Kenaikan Guna 300 kWj”. Inilah  kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan koperat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.

Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah  rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada  rakyat “kesan berantai” kerana kenaikan tarif letrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga penerangn Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur  dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.

Menurut a ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana  industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” 

Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma ‘Fuel Cost Pass Through’ (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

MCA BUAT FITNAH LAGI, LU KALAU TAK FAHAM MARI TANYA !

Muktamar: PAS nafi bukan Islam perlu bertudung

Jun 1, 11 8:27am
 
PAS menafikan ia telah menetapkan peraturan memerlukan wartawan wanita bukan-Islam supaya memakai tudung ketika meliputi muktamar parti itu hujung minggu ini.

pas wanita muslimat muktamar agm 55 040609 02Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lalu oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita Islam.

"Saya percaya ini salah faham. Mungkin ia tidak dinyatakan dengan jelasvdalam nasihat berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan-Islam yang meliputi Muktamar dari 3-5 Jun.

Chew berkata, "Dalam sebuah negara berbilang kaum saya menghormati sepenuhnya kod pakaian Islam, tetapi kita juga mahu PAS menghormati adat dan pilihan oang bukan Islam".

- Bernama

ADEH !!! MENTERI NI TIDUR LAGI ! EKAU TANYO KHAIRYLAH !!! MENGAPO BANGANG NAR !

Rais yatim : Gantung jawatan ketua pembangkang isu video seks.

PUTRAJAYA 30 Mei - Jalan paling setimpal meredakan keraguan rakyat dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menggantung jawatan Ketua Pembangkangnya sehingga kes dakwaan pembabitannya dalam rakaman video seks selesai. 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, prinsip dan amalan itu dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang. 
"Kenapa ia tidak dilakukan kepada ahli parlimen yang berjawatan "Lagipun Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa setiap orang adalah sama di sisi undang-undang. Jika Anwar tak rela 'cuti' dari jawatannya itu bermakna beliau tidak menghormati amalan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini. 
Dalam aspek ini, kata Rais, jika kes melibatkan Penasihat PKR itu nanti diputuskan mahkamah memihak kepadanya, maka pakatan pembangkang boleh mengesyorkan pengembalian jawatannya itu. "Undang-undang negara dan antarabangsa juga mengiktiraf amalan melepaskan jawatan sementara 'indictment' atau pendakwaan sedang berjalan terhadap seseorang," katanya
Rais menarik perhatian kes melakukan serangan seksual dan percubaan merogol membabitkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn yang terpaksa melepaskan jawatan tingginya itu sebagai satu contoh terang dan nyata. 
Malah bukan itu sahaja. Strauss-Kahn terpaksa pula membayar kos pengawasan yang disabitkan dengan 'penjagaannya' selama siasatan dengan kawalan terhadap dirinya berjalan. "Beberapa orang menteri dan menteri besar kita juga pernah melepaskan jawatan semasa dalam edah perbicaraan jenayah terhadap dirinya. 
"Mungkin Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tak baca nas-nas ini kerana sentiasa cuba menegakkan basahnya dan 'keadilan' sendiri," kata beliau. 
Tegas Rais: "Apa pun pendirian Menteri Besar Kelantan itu, ia sudah diduga. Amat membina sekiranya beliau melihat persekitaran kes Strauss-Kahn serta 14 orang pemimpin pembangkang Turki dan lain-lain yang menghormati amalan dan prinsip tanggungjawab demokrasi (dengan melepaskan jawatan mereka)."


Lantak ko lah rais. Ko nak gantung jawatan dsai ke apa ke buat je lah. Cuma aku heran sepatutnya siasatan suruhananraya diraja patut ditubuhkan untuk menyiasat kes neh tapi sampai sekarang tak tubuh2kan lagi sedangkan neh keputusan kabinet bukan keputusan dsai. So apa yang melengahkan kabinet daripada menubuhkan siasatan diraja neh?



Kalau sungguh nak suruh dsai mengantung jawatan dia sekalipun pe kata suruh pdrm reveal kan pelaku video seks terbabit tue dulu? Dsai tak patut gantung jawatan dia disebabkan polis pun tak cakap dia ialah pelaku seks dalam video terbabit. Kalau tiba2 dsai mengantung tugas seolah2 cam dia mengaku pula yang dia ialah pelaku seks terbabit. Sedangkan polis pun tak sebut dia. Jadi buat apa dia bangang2 nak gantung jawatan pula?



Lagi satu kan ko rais nak bagi pandangan ko bagi je lah tapi takpayah ko heret nama tgna. Bangang lah ko dok fitnah2 tgna pula kat sini. Tgna takde cakap apa2 pun pasal isu gantung mengantung tugas neh. Dia cuma cakap berdosa orang yang menfitnah orang dan tak masuk syurga selagi kita tidak minta maaf kepada orang yang kita fitnah. Dia bagi kenyataan tue bila ditanya isu video seks. Tapi kenyataan dia tue boleh mewakili untuk semua kes fitnah. 



Bukan dia cakap"  tak masuk syurga fitnah dsai.. " tah hapa2 lah. Dari wartawan utusan sampai ke wartawan pembangkang [kecuali harakah] semua spin kata2 tgna yer. Nak je aku taler kepala hotak wartawan sekor2 tue. Sesuka korang je dok mengarut dan memutar belitkan kata2 tgna 3,4 minggu lepas. 



Bila kata2 seperti ;



"tak masuk syurga fitnah dsai" di baca oleh orang awam maka persepsi serong akan timbul seolah2 dsai = penentu kita ke syurga atau neraka. So ini ayat2 macam neh tak patut dipakai.



Lainlah kalau ;



"tak masuk syurga jika kita fitnah orang selagi tak minta ampun pada orang yang kita berbuat fitnah" = kata2 yang tidak menimbulkan kontroversi dan menghasilkan persepsi baik. 



Jadi aku heran apsal ada pro pembangkang yang bangang2 pergi cakap tak masuk syurga kalau fitnah dsai.. dah tue siap petik2 cakap tgna plak yang cakap. Memang dia cakap.. tapi dia cakap kalau kita fitnah orang kena minta maaf dulu.. kalau tidak macam mana nak masuk syurga? cubalah jangan cakap benda2 macam neh sebab akhirnya pro umno akan baca dan anggap kata2 tgna sebagai lain. Sudahlah banyak kata2 tgna di spin. Ingatkan orang2 umno je yang spin.. neh orang2 pr sendiri pun amek dan spin sekali kenyataan tuk guru. 



Lepas tue kan selain dari anwar ibrahim, aku rasa si rais yatim neh pun patut digantung tugas atas tuduhan rogol amah. Jangan nak dediam pula. Pandai suruh orang berundur, maka ko pun kena pandai berundur juga buat sementara waktu sehingga kes siasatan tersebut selesai.



Kalau nak tahu sekarang neh aku tengok utusan dok main propa. Mereka main propa kononnnya pas sekarang tolak kepimpinan ulama [hadi + nasha] dan angkat kepimpinan anwaritas. Tah pape2 lah tuduhan2 neh. Ingat pas neh kaki berpuak2 ke? Tiada pro anwaritas dalam pas sebenarnya. Gelaran neh adalah rekaan. Itu semua fitnah dan mengarut.  Walaupun kita kadangkala tak berapa suka dengan kepimpinan itu ini tetapi kita tetap hormat. Sebab mereka dipilih oleh perwakilan. Tindakan utusan melabelkan itu ini dalam proses pemilihan pas kali neh aku baca sebagai ;



1. menimbulkan fitnah dan syak wasangka di kalangan ahli2 pas.



2. memberikan persepsi benci kepada hadi + nasha oleh kumpulan pro tgna dan sebaliknya.



3. membuatkan ahli2 pas saling bertelagah akibat masing2 ada pimpinan pilihan masing2.



Yang heran nya ingatkan takde lah ahli2 pas yang terpengaruh.. rupanya ada bhai. Dorang tue bodoh. Sorry i jujur. Ingat senang ke hadi + nasha nak seret pas masuk bn? Itu adalah mustahil. Hadi tahu. Nasha juga tahu. Tetapi nasha aku tolak sebab dia terlalu lemah, taktahu buat kerja dan lambat dalam menentang kemungkaran dan kepincangan kerajaan [baca : umno]. Itu je sebabnya. Aku memang hormat dia tetapi aku takmo dia menang lagi. Even hadi pun kalau boleh berundur lagi bagus. Tapi nak buat macam mana tiada sapa2 pun berani nak cabar dia. Hadi pula taknak letak jawatan. Sedangkan hadi patut faham dia tiada kredibiliti untuk memimpin pas ke arah pembaharuan.



Pas perlu reform. Tapi entahlah macam mana nak reform pas kalau hadi pegang tampuk kuasa? Aku nak pemimpin berani macam tgna. Tghh ketika muda dia memang berani. Tapi sayang keberanian dia ada tempoh. Sekarang dia dah tak berani lagi dah. Pendekatan dia pun dah tak relevant. Tapi keberanian tgna pula tetap berterusan walaupun dah makin berusia. Tapi kena faham, tgna bukan malaikat. Suatu masa nanti Allah swt akan jemput dia pergi. Jadi takan pas taknak cari penganti yang boleh meneruskan momentun tgna? Yang pasti barisan calon sekarang aku tolak nasha sama macam aku tolak nizar. Ya, nizar pun aku tolak. 



Itu pandangan aku. Aku taknak pilih pemimpin yang pandai ceramah je. Kalau setakat ceramah baik aku buka kuliah agama. Dah berlambak2 ustaz pas yang boleh bagi ceramah. Apatah lagi zaman sekarang teks ceramah pun orang yang sediakan. Heh. 



Tapi kalau boleh aku nak pemimpin yang boleh lead negara. Sudah cukuplah aku berangan nak hidup dalam negara islam. Sudah cukupla aku berangan nak fahamkan orang bukan islam bahawa islam ialah satu sistem hidup. Kini masa untuk aku melaksanakan impian aku jadi realiti. Untuk itu, aku perlukan pemimpin yang ada impian macam aku juga. Sebab itu aku sokong pas, bukan individu dalam pas. Heh.



Dah alang2 rais yatim cakap pasal neh nak juga aku ingatkan rais yatim isu artis seksi seksa neh masih belum selesai lagi. Video klip seks neh bila kau nak amek tindakan rais?

SEBAB PILIHANRAYA DITANGGUH, UMNO TENAT !

Anda mungkin ghairah untuk menunggu berita PRU 13 akan tetapi berita itu anda perlu lupakan dahulu sebab UMNO sudah hilang kekuatan untuk menghadapi pilihanraya pada tahun ini, banyak sebab mengapa pilihanraya ditangguhkan terutama kepincangan yang terdapat pada BN sendiri, andainya pilihanraya diadakan pada tahun ini maka mungkin BN akan tinggal batu nisan

Diantara sebab pilihanraya terpaksa ditangguhkan:

1.  Isu vedio sex yang mengaibkan orang lain yang memberikan tamparan yang paling hebat kepada UMNO yang mana isu tersebut telah ditentang oleh ketua pemuda UMNO sekalipun isu tewrsebut telah dicanangkan oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri, ini membuatkan orang ramai berpaling kepada Pakatan Rakyat

2.  Isu kenaikan tarif elektrik yang melibatkan barang keperluan dalam negara naik melambung, yang mana rakyat sudah berikrar akan memulaukan BN

3.  Isu barangan keperluan dapur yang terus melambung tanpa dapat dikawal oleh kerajaan

4.  Isu rasuah dan ketidak adilan menangani kes VVIP menampakkan ada mainan politik

5.  Isu MCA yang sudah tidak lagi sebulu dengan UMNO menyebabkan pengundi cina akan berubah dari BN kepada PR

6.  Isu ramainya ahli UMNO yang menyertai PAS dan PKR buat masa kebelakangan ini menyebabkan UMNO bertambah panik

7.  Isu ujian UMNO yang mahu mengumpulkan 1 juta rakyat untuk mempertahankan Putera Jaya sangan menakutkan UMNO kerana yang hadir lebih kurang 8 ribu orang saja

8.  Isu rakyat asing yang mendapatkan kp untuk mengundi BN nampaknya sudah terburai, dan banyak isu lagi yang akan terdedah, termasuk isu ke engganan PAS bersama UMNO dengan menawarkan 3 menteri pusat

9.  Isu ke enggapan DAP menyertai BN juga merunsingkan BN disamping GERAKAN yang hampir pupus kerana penghijrahan mereka menyertai DAP

FULUSPUN DAH KERING !!!!

UMNO TAWAR MENTERI NIKAH KAHWIN ?

Angkasanuri
Semakin hampir pilihanraya macam-macam perang saraf yang cuba dilakukan oleh Umno. Terbaru pendedahan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno berjumpa dengan beliau beberapa kali untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nampak sangat Umno sudah cukup terdesak dan gila talak. Sebelum ini Umno cubaan menyunting DAP tidak dilayan. Bukan sekadar bertepuk sebelah tangan tetapi umpama pungguk rindukan bulan.


Sudah acap kali Umno cuba memujuk rayu agar Pas menerima tawaran pinangan mereka. Seolah-olah Umno lupa bahawa Pas telah dikhianati sejak 1978. Malah sehingga kini Umno tidak henti-henti menabur fitnah dan menyerang Pas.

Tawaran tiga jawatan menteri kepada Pas seperti yang didedahkan oleh YAB Tuan Guru seolah-olah ingin menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kononnya demi perpaduan Melayu.

Persoalanya apakah tiga jawatan menteri yang ingin ditawarkan kepada Pas? Adakah Umno akan ambil kuota dari MCA, MIC dan Gerakan?
 
 Adakah Umno berani menarik semula jawatan menteri ahli parlimen parti komponen Sabah dan Sarawak? Mungkinkah juga ada menteri Umno yang akan korbankan jawatan mereka? Siapa menteri yang sanggup berkorban itu?
 
 Jawapannya tak ada! Pilihan yang yang ada Umno wujudkan jawatan menteri baru yang tak perlu dan tak penting antara jawatan yang sesuai ialah Menteri Nikah Kahwin, Menteri audio video ( hitam putih ) dan Menteri Ukur Jalan!

TAMPARAN YANG PALING HEBAT TERHADAP UMNO, APAKAH UMNO BERPECAH ?

Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah

Abdul Rahim Sabri & Norsyafinas Ahmad Sukri
Mei 31, 11
9:34pm

Kongsi 119
Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

NONEMengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'


Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

NONETokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, NONEPAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya.
31,May

Perempuan Ini Memotong Kemaluan Jirannya Kerana Cubaan Merogol Atau Kerana Dendam?


Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang kisahnya dipaparkan di blog ini semalam tentang seorang wanita yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.

Hal tersebut terjadi di desa Mirzapur, Jhalakati, sekitar 200 kilometer selatan ibu kota Dhaka.

Monju adalah ibu dengan tiga anak. Dia menyatakan kepada polis bahawa jirannya Mozammel Haq Mazi memaksa masuk ke biliknya dan kemudian beliau bertindak menyerangnya.

Walau bagaimanapun Mazi menyangkal tuduhan tersebut dan beliau sudah dibawa ke hospital terdekat.

"Kami akan menahannya apabila beliau sembuh," kata jurucakap polis Bangladesh Abul Khaer.

"Dia menyatakan dirinya menyerang balik, memotong kemaluan Mazi dan membawanya ke pejabat polis kami dalam kantong plastik untuk membuktikan Mazi berusaha meroogolnya," kata Khaer.

"Dia melaporkan kes tuduhan merogol," katanya.

"Ini suatu peristiwa tidak biasa. Sepanjang saya ketahui, untuk pertama kalinya wanita membawa potongan penis ke balai polis sebagai barang bukti."

Serangan balas dendam

Moju Begum sebenarnya sudah mengeluh kepada polis bahawa Mazi, ayah lima anak, selama enam bulan terakhir terus mengganggunya.

Tetapi Mazi menyangkal tuduhan tersebut.

"Kami menjalinkan hubungan dan baru-baru ini dia mengisyaratkan kami berdua dapat pergi dan pindah untuk hidup di Dhaka," kata Mazi di hospital di dekat Barisal.

"Saya menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak dapat meninggalkan isteri dan anak-anak, kerana itulah dia membalas dendam."

Profesor AMSM Sharfuzzaman - pakar bedah kanan di Universiti Kedoktoran dan Hospital Sher-e-Bangla di kota Barisal- menyatakan bahawa tidak mungkin menghubungkan kembali penis ke tubuh Mazi.

"Polis membawa penis beberapa jam setelah kejadian," katanya.

"Kami merawatnya agar dia tetap dapat buang air kecil tanpa penis."

PEMUDA PAS BANTAH KONSET

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah penganjuran satu program hiburan bertaraf antarabangsa, Konsert MTV Word Stage di i-City, Seksyen 7 Shah Alam, 24 Julai depan yang dikatakan bertujuan mempromosi bandaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa.
DPPNS mahu Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menarik balik kelulusan program tersebut kerana bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Ketuanya, Hasbullah Ridzwan  berkata, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ataupun pengurusan i-City dapat mematuhi garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri serta mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mempromosi Bandaraya Shah Alam selain daripada menganjurkan konsert secara terbuka.

"Dewan Pemuda PAS Negri Selangor melahirkan rasa kecewa dan terkilan di atas kenyataan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam satu sidang media pada 18 Mei lalu yang mengatakan konsert ini untuk memperkenalkan Bnadaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, DPPNS amat bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir yang disiarkan dalam satu protal berita tentang kemungkinan wujudnya pengaruh negatif berbanding positif hasil daripada penganjuran konsert tersebut.

"Janganlah kita menggadaikan maruah anak bangsa dan negara hanya semata-mata untuk mendapatkan sedikit pengiktirafan dunia antarabangsa.

"Penganjuran konsert yang membabitkan artis-artis barat dan artis tempatan yang pro barat sudah pastilah berlawanan dengan hasrat Kerajaan Negeri di dalam melahirkan modal insan yang terbaik untuk negeri Selangor," katanya.

Tambahnya, DPPNS yakin bahawa penganjuran konsert ini pasti akan menimbulkan rasa resah, gelisah dan amarah khususnya kepada penduduk setempat.

"Kami dimaklumkan telah ada persatuan penduduk di persekitaran tersebut yang telah menyatakan bantahan mereka terhadap konsert tersebut," katanya.

Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah '30 Second To Mars' iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.

Sehubungan itu, DPPNS akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert ini kepada Datuk Bandar Shah Alam dan Menteri Besar dalam masa terdekat ini.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor mengambil tanggungjawab terhadap usaha-usaha mencalar imej dan agenda Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya

SIAP BERSAMPING BERJUDI HANCUR MELAYU !

BERJUDILAH DI TEMPAT YANG HALAL

nota:
alhamdulilah
kita bersyukur
dapat berjudi
di tempat yang halal
kah kah kah

TENG HOCK NAN TAK SEDAR DIRI


Oleh Lim Guan Eng
Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan Barisan Nasional Pulau Pinang yang telah memilih untuk mencari publisiti politik murahan dengan mendedahkan butiran perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.  Perjanjian tersebut adalah rahsia dan sulit di mana hanya Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mendedahkan butiran perjanjian tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Hock Nan nampaknya lupa bahawa beliau bukan lagi memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  Adakah Teng telah lupa bahawa beliau telah ditolak oleh pengundi di Pulau TIkus sekaligus telah kalah dalam pilihan raya umum lalu?  Beliau juga tidak memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan.  Apa hak dan atas nama siapa beliau wakili untuk membuat pengumuman yang sepatutnya hanya boleh diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sahaja?

Rundingan perjanjian air tersebut telah diputuskan dua bulan lepas dan sedang menunggu kelulusan daripada Kabinet.  Upacara menandatangani perjanjian akan diadakan di Putrajaya pada Khamis ini bersamaan dengan 2 Jun 2011 antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui dengan saya sendiri.  Jika ada sesiapa yang membuat pendedahan, seharusnya ia datang dari pihak Peter Chin mahupun Kerajaan Negeri, bukannya Teng yang tidak mempunyai sebarang hak untuk melakukannya.  Perkara ini dilihat sebagai perilaku tidak bertanggungjawab Teng kerana beliau kini bukan lagi ahli EXCO kerajaan negeri mahupun pegawai Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada awalnya enggan untuk meluluskan penghijrahan aset air kerajaan negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di bawah Kerajaan Persekutuan.  Walau bagaimanapun, sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Airi (PBA), saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan mencari penyelesaian memandangkan Kerajaan Negeri BN sebelum ini telah bersetuju untuk menyerahkan aset air Negara kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Atas alasan tersebut, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkeras supaya beberapa syarat penghijrahan aset air sedia ada yang dicadangkan diperbaiki.  Seperti mana yang dimaklumkan oleh Teng, pembinaan Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 bilion dengan peningkatan kapasiti simpanan air sebanyak 3.8 kali ganda berbanding sekarang akan dilaksanakan.  Di bawah pemerintahan Kerajaan BN sebelum ini, RM1.2 bilion hanya digunakan sebagai pinjaman tanpa faedah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkeras untuk menukarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1.2 bilion ini kepada geran sebagai syarat untuk meningkatkan penghijrahan aset air.  Sebaik pembesaran empangan ini selesai, empangan tersebut akan menjadi milik tetap Kerajaan Negeri.  Perkara ini akhirnya telah mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Teng sekali lagi tidak jujur dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri perlu menjawab butiran lanjut mengenai projek pembesaran yang bernilai RM1.2 bilion ini.  Disebabkan RM1.2 bilion ini adalah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk memutuskan kepada siapa peruntukan tersebut diberikan sama ada melalui sistem tender terbuka mahupun tidak.

Selain terus memuji baik kepada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri atas persetujuan untuk menukarkan RM1.2 bilion pinjaman tanpa faedah kepada geran yang nyata memberi manfaat dan kebaikan kepada penduduk Pulau Pinang berbanding syarat yang ditawarkan sebelum ini, Teng telah memilih untuk mempolitikkan isu ini dengan mendakwa bahawa BN tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang walaupun kehilangan negeri?  Mengapa Teng tidak memberi penghargaan sedangkan penghargaan itu sepatutnya diberikan atas kejayaan kerajaan negeri PR Pulau Pinang untuk menukarkan pinjaman RM1.2 bilion kepada geran?

Saya akan mendedahkan peningkatan lain yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas ini.  Saya kesal dengan Teng dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang sekali lagi bertindak tidak bertanggungjawab dan sangat tidak profesional dengan melanggar privasi dan perjanjian sulit berkaitan perjanian tersebut semata- mata untuk mencari publisiti murahan.  Saya akan mengarahkan pejabat kerajaan negeri untuk mengemukakan pertanyaan kepada Kerajaan Persekutuan sama ada butiran perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ini telah diberikan kepada ahli politik BN yang tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

Wajah PDRM dalam demo pro Lynas


Provokasi Yang Di Lakukan Penyokong Kerajaan ! KUANTAN, 31 Mei - Mesyuarat isu Lynas bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sepatutnya diadakan di Hotel Hyatt, jam 3.00 petang ini terpaksa dijalankan tanpa kehadiran NGO "Save Malaysia Stop Lynas". Demikian menurut satu mesej yang dihantar kepada kami sebentar tadi oleh wakil NGO terbabit.

Katanya "Save Malaysia tidak akan melayan appointment dengan IAEA petang nanti kerana Kerajaan tidak ikhlas dalam mengawal keamanan dan menjamin keselamatan mereka yang diundang, termasuk mengawal orang ramai disekitar kawasan Hotel Hyatt. Dia orang dah gagal!", kata SMS itu.


Sebenarnya ramai yang terkejut dengan cara pihak polis mengawal peserta demontrasi aman itu. Pihak polis dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan seadil-adilnya. Sedangkan pihak penyokong kerajaan yang terdiri dari UMNO, Pakida, Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, GPMS dan yang lainnya telah bertindak diluar batasan kemanusiaan. Bukan sahaja pemimpin Save Malaysia Stop Lynas yang dikasari mereka, malahan wartawan yang mengambil gambar insiden tersebut turut diugut serta dikasari mereka. Hingga ada terdapat seorang wartawan wanita sebuah akhbar Cina dikejar dan kameranya cuba dirampas oleh kumpulan terbabit. Ini sesuatu yang cukup memalukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.




Mesyuarat bersama IAEA tidak dihadiri oleh Save Malaysia Stop Lynas

Sepatutnya polis menghalang penyokong kerajaan bukan biarkan begini

Cuba lihat, polis bersama-sama penyokong kerajaan pemimpin terbabit

Bayangkan penyokong kerajaan mengkasari mereka hingga ke kenderaan

Berbaju oren, antara penyokong kerajaan yang begitu agreasif sekali


Namun, pihak polis hanya memandang dan cuba meleraikan keadaan tanpa mengadakan sekatan seperti apa yang dilakukan terhadap peserta demontrasi aman bantah Lynas di pejabat DAP , Jalan Beserah (foto bawah) baru-baru ini.


Dalam kejadian itu, empat orang aktivis telah ditahan polis untuk siasatan dan diarahkan melapor diri ke IPD Kuantan pertengahan bulan Jun ini. Mereka bukan sahaja digari, malahan dimasukkan ke dalam trak polis yang sudah disediakan. Polis bukan sahaja memantau malahan turut mengadakan benteng untuk menghalang orang ramai. Tetapi anehnya apa yang berlaku di Teluk Chempedak semalam dan hari ini jauh berbeza.


Pihak polis seolah-olah merelakan apa yang dilakukan oleh penyokong kerajaan tanpa sebarang tangkapan. Sedangkan ada diantara mereka yang begitu lantang mencabar dan mengherdik pihak polis itu sendiri. Malahan semalam, OCPD Kuantan sendiri telah diherdik oleh seorang pemimpin UMNO yang merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Soalnya, kenapa pihak polis tidak bertegas dalam mengawal keamanan dan keselamatan mereka yang telah diundang oleh kerajaan sendiri untuk bersama dalam mesyuarat Lynas itu di Hotel Hyatt.




Bukti, mereka ini ditangkap hanya kerana berbaring atas kain rentang

ketika himpunan bantah Lynas di pejabat DAP Pahang baru-baru ini

Bukti, YB Chong Siew Onn mentunjukkan surat jemputan khas Kerajaan

untuk mereka hadir dalam mesyuarat dengan IAEA, kenapa dikasari?


Paling menyedihkan ialah apa yang berlaku seolah-olah dipandang sebelah mata oleh pihak polis. Hinggakan salah seorang pemimpin pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk bersama dalam mesyuarat dengan IAEA itu sendiri pun telah dihalang dan diperlakukan sedemikian rupa. Beliau bukan sahaja dihalau oleh penyokong kerajaan, malahan pihak Hotel Hyatt sendiri begitu berani melakukan tindakan yang sama.


Pemimpin terbabit ialah YB Chong Siew Onn (ADUN Teras), yang mewakili parti DAP. "Saya telah diundang secara rasmi untuk menghadiri mesyuarat berkenaan, namun kenapa kami dilayan sedemikian rupa?. Saya akan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit kerana jelas mereka telah gagal memainkan peranan untuk memastikan keselamatan kami yang diundang oleh kerajaan Malaysia itu sendiri", kata Chong. Tindakan melayan pihak berkenaan sedemikian rupa seolah-olah menunjukkan kerajaan kini begitu takut untuk menghadapi suara rakyat.

[Tindakan ganas penyokong mereka itu sebenarnya didalangi oleh Kerajaan Negeri sendiri. Tambahan pula ia dipimpin oleh Exco Kerajaan iaitu Dato' Safri Aziz. Ditambah lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi (foto) di kawasan itu.


Apa yang jelas kekecohan dan senario yang berlaku ini sengaja dirancang, untuk menunjukkan kononnya pihak Save Malaysia Stop Lynas tidak bermoral dan sebagainya. Sebaliknya, provokasi melampau itu dilakukan sendiri oleh penyokong mereka yang begitu "fanatik" dan "bagaikan histeria" itu. Soalnya sekarang, kenapa Setpol MB berada di kawasan terbabit dan hanya melihat dan tidak cuba meleraikan keadaan.


Bukankah ini membuktikan bahawa kekecohan tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Maknanya ia melibatkan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang dilihat mengarahkan tugas kepada Exco Tugas-Tugas Khas dan Setpol beliau sendiri. Apakah ini gayanya satu kaedah profesional oleh seorang Ketua Kerajaan Negeri?.


Tindakan ganas dan menakut-nakutkan rakyat membuktikan mereka sengaja mahu mencetuskan pergaduhan. Sedangkan rakyat yang datang untuk menghantar patisyen dan demo bagi membantah projek berkenaan. Mereka sepatutnya mengadakan demo menyokong projek Lynas dan bukannya menimbulkan kekecohan sedemikian rupa. Semoga rakyat dapat menilai dan melihat perkara ini dengan fikiran yang waras.


Usahlah gunakan isu perkauman dalam isu rakyat yang sepatutnya ditangani berdasarkan satu kaedah yang lebih profesional. Tindakan mahu bergaduh dan berperang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menghalang kebangkitan rakyat itu sebenarnya - Pahang Daily Online

AIIIK ? SEKARANG BARU SEDARKAH ?

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengeksploitasikan aktiviti Himpunan Sejuta Belia 2011 sebagai platform untuk mempertahankan kuasa memerintah yang penuh dengan agenda politik sempit.  Himpunan belia yang berlangsung di Putrajaya telah menjadi majlis menyokong BN yang membazirkan dana awam (public fund).

Tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi semasa di Mesyuarat Agung UMNO.  Kini, beliau telah menggunakan Himpunan Belia sebagai alat untuk menyerang parti pembangkang.

Keadaan ini telah menunjukkan PM tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.  Di bawah konteks sebuah negara yang demokrasi, Putrajaya adalah dimiliki rakyat Malaysia dan ia merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa Pilihanraya.  Putrajaya bukan dimiliki mutlak oleh mana-mana parti politik.

AMK amat kesal dengan Himpunan Belia yang telah dijadikan sebagai majlis menyokong BN.  Kebanyakan anak muda dipercayai tidak mengetahui bahawa perhimpunan tersebut merupakan rapat umum BN untuk mempertahankan Putrajaya.  Akan tetapi, terdapat juga pemimpin-peminpin anak muda dalam NGO menyatakan bahawa NGO tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik selepas mengambil bahagian dalam program tersebut.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib Razak seharusnya menjadi satu teladan yang baik kepada anak muda dan bukan semata-matanya melaungkan bahawa hendak mempertahankan Putrajaya bersama-sama dengan pemuda-pemudi.

PM perlu membersihkan sistem pilihanraya yang tidak adil, kotor dan ketidaktelusan terlebih dahulu sekiranya ingin disokong oleh rakyat.  Sebagai satu negara yang demokrasi, PM perlu memberi ruang dan peluang kepada rakyat khasnya anak muda untuk memilih kerajaan yang dilihat sebagai berupaya memimpin rakyat.

Sehubungan itu, PM juga tidak patut menyalahgunakan jentera negara seperti polis, media, penjawat awam dan juga NGO-NGO demi mempertahankan kuasa memerintah sendiri.

Oleh itu, AMK menyeru Kerajaan Persekutuan supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan sokongan pada pilihanraya yang akan datang.  Sebaliknya, Kerajaan harus sokong Himpunan Bersih pada 9 Julai yang dianjurkan oleh NGO untuk melaksanakan satu pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

AMK juga menyeru kepada anak muda supaya melibatkan diri dalam politik dengan lebih aktif serta pemikiran yang bebas dan kritis.  Dengan penglibatan aktif anak muda barulah sistem dua parti yang sihat dapat diwujudkan dan tidak membiarkan parti politik yang monopoli dan kerakusan kuasa.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
UTUSAN MULA BERJINAK DENGAN PAS SETELAH HILANG PENGARUH

"Itulah tahap 'intelektual'nya pemimpin PAS. Dengan jelas dan terang lagi bersuluh, siapa yang bernama pembangkang tahu bahawa utusan malaysia adalah bapak segala fitnah di malaysia.
 
Bukan main hebat lagi ianya dikutuk oleh para pemimpin PAS, kononnya ianya penyebar fitnah, penjaja isu moral yang murah atau adakalanya digambarkan penyesat umat Islam di malaysia. Tiba tiba Ketua Pemuda PAS pula sanggup menghulur kepala untuk diputarbelit oleh utusan

Dengan tajuk "Ada Pengacau Dalam Pemilihan PAS" jelas sekali tajuk tersebut sudah membawa seribu persoalan pula, apakah yang dimaksudkan oleh ketua pemuda PAS tersebut.

Memang tidak ramai membaca artikel tersebut termasuk aku, sebab sudah lama memboikot utusan. Tetapi dengan rela ditemuramah oleh utusan, dengan jelas sekali ketua pemuda PAS ini ingin memberi mesej, membatalkan langkah memboikot utuasan. Kalau betul kita tidak menggalakkan ahli membaca utusan, untuk apa kita rela ditemuramah?

Maka hasilnya bila rela ditemuramah, keluarlah pula tajuk yang agak sensasi, iaitu 'pengacau di dalam pemilihan'. Ramai yang tidak tahu apa maksud sebenar dan golongan mana yang dimaksudkan oleh ketua pemuda PAS ini, tetapi kerana dia sudah rela disembelih oleh utusan, maka adalah peluang yanng sangat elok bagi utusan untuk bermain isu.

Terpaksa pula ketua pemuda PAS mencari saluran lain untuk menerangkan bahawa 'pengacau itu' bukan dimaksudkan dengan orang orang di dalam PAS sendiri.

Kenapa langkah bodoh ini berlaku? Kerana memang ramai pemimpin utama PAS tidak sedar dia adalah pelanduk dan utusan maupun TV3 adalah jerat. Jerat tidak pernah melupakan pelanduk tetapi pelanduk selalu melupakan jerat. Nampaknya dalam dunia akhir zaman ini, ilmu agama yang menebal tidak cukup untuk membuat seseorang itu cerdik dan dapat menghayati hadis nabi yang bermarhum jangan dipatuk di dalam lubang yang sama.

Jika hishamudin adalah ketua pemuda pondan di dalam UMNO, maka layaklah ketua pemuda ini pondan di dalam PAS.

PKR DAH CABARKAN PARTI DIA, APA LAGI ! ADA BERANIKAAAAA ! ROS

PKR fail permohonan cabar ROS batalkan parti

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.