Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINGGU DEPAN KELUAR PULA BERITA 2,000 AHLI PAS MASUK UMNO

Panas!! 200 Ahli UMNO Masuk PAS Malam Ini

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang. Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu. Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.
Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri. Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.
PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang. Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini./KLT

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.