Najib saksi MU lawan Barcelona bersama peminat di Putrajaya
May 24, 2011
PUTRAJAYA, 24 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (MU) dan Barcelona bersama orang ramai di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 28 Mei ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata persediaan sedang dijalankan untuk membolehkan Perdana Menteri dan isteri menyaksikan perlawanan sengit antara juara Liga Perdana Inggeris dan Juara Liga Sepanyol itu.
Laporan Bernama Online menyebut beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan Sambutan Hari Belia yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei di sini.
Dalam kesibukannya, Perdana Menteri yang merupakan peminat setia MU turut mengikuti perkembangan EPL.
Disember lepas, Najib menyertai warga kota terutamanya golongan muda menonton perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam menerusi skrin gergasi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
MU yang menjulang piala kejuaraan EPL kali ke-19, bertekad untuk merangkul juara Eropah buat kali keempat.
0 orang berkata:
Post a Comment