Ambiga
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga menuntut agar Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ditangguh sehingga kesemua lapan tuntutan yang dikemukakan pertubuhan itu sebelum ini bagi menjamin pilihan raya adalah benar-benar telus.

Katanya, kerajaan Malaysia patut meniru apa yang negara Bangladesh buat yang menunda tarikh pilihan raya selama setahun bagi membersihkan senarai pemilihnya.

Beliau berkata demikian dalam satu debat bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang membincangkan mengenai pembaharuan sistem pilihan raya yang diadakan di The Club dekat sini, malam ini.
"Saya nak tanya Khairy, bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tuntutan ini dapat dilaksanakan sebelum PRU13?" kata Ambiga.

AKAN MENYUSUL