Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nik Aziz: 'Saya juga layak muncul di TV'
ROSALWANI CHE SOH 1 Januari 2013
Nik Aziz: 'Saya juga layak muncul di TV' Nik Aziz (dua kiri) meninjau keadaan kawasan hakisan di Pulau Gorek, Badang bersama Ketua jajahan Kota Bharu, Adnan Hussin (kiri).
KOTA BHARU - Di sebalik isu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu muncul dalam televisyen berhubung isu Amanat Haji Hadi, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, beliau juga layak untuk bercakap menerusi media elektronik bagi memberi penjelasan tentang perjuangan Pas.
Bagi tujuan itu, beliau bersedia bila-bila masa bagi menerangkan perjuangan sebenar Pas yang menurut parti itu kini disalahertikan oleh pelbagai pihak.

“Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya, jadi sesungguhnya sebagai negara demokrasi kerajaan perlu memberi peluang kepada Pas untuk memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan hakisan ombak di Kampung Pulau Gorek, Badang di sini, pagi ini.

Baru-baru ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan kesediaannya muncul dalam televisyen bagi menjawab apa jua soalan yang dikemukakan semasa sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi menerusi siaran langsung televisyen RTM dan TV3 yang dimintanya.

Namun dalam timbal balas yang diterima, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi namun ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung terhadap pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dalam isu penyiaran terbabit, seharusnya sebagai kerajaan yang ditadbir oleh pemimpin beragama Islam, pihak terbabit perlu memberi peluang sama rata dan adil bagi menegakkan kebenaran.

“Saya menyokong penuh kewibawaan Hadi yang bersedia menjelaskan amanatnya di televisyen, namun ia perlu disiarkan secara langsung dan bukannya rakaman seperti kenyataan Rais.

“Susah apa jika disiarkan secara langsung, negeri kita demokrasi, harta benda kerajaan menjadi hak semua jika cukup umur. Dia (Hadi) merupakan lulusan universiti, pernah jadi wakil rakyat dan Menteri Besar Terengganu, jadi beliau mempunyai hak untuk bersuara,” katanya.

Nik Aziz berkata, adalah sesuatu yang  menyedihkan apabila isu demikian gagal diselesaikan oleh bangsa Melayu-Islam sendiri sekali gus membantut usaha untuk berdakwa kepada bangsa lain.

“Perkara ini perlu difikirkan secara rasional dan sebagai negara demokrasi kita juga berhak bersuara, jangan jadi seperti negara diktator,” katanya.

Selasa, 1 Januari 2013

Amanat : Ust Hadi mahu Jakim rakam dialog

KEMAMAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi menerusi siaran langsung televisyen yang dimintanya.
"Terpulang kepada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan itu) tetapi dengan syarat, perlu siarkan secara langsung selama sejam. Saya tidak mahu rakaman sebab (rakaman) boleh ditipu (disunting)," katanya di sini, semalam.

Pemimpin Pas itu berkata, dalam mencari kebenaran, semua pihak perlu jujur dan ikhlas.

"Sebab itu saya sedia nak berdialog, sedia jawab apa juga soalan," katanya.

Abdul Hadi yang isi ceramahnya 31 tahun lalu dan dikenali sebagai 'Amanat Haji Hadi' dibangkitkan semula baru-baru ini sebagai punca perpecahan umat Islam di negara ini, beberapa hari lalu menyatakan kesediaan untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu jika peluang untuk bersiaran secara langsung selama sejam menerusi saluran televisyen RTM dan TV3.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kenyataan balasnya berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi namun ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

Abdul Hadi berkata, jika menteri bersetuju dengan permohonannya, tidak perlu lagi untuk beliau menulis surat rasmi kerana permintaannya itu disiarkan media.

“Hal itu (permintaan bersiaran) media dah siar jadi tak perlu lagi buat surat rasmi, dia (kerajaan) buka peluang, jadi saya akan pergi. Sebut saja bila,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Surau Kampung Jaya sebelum melawat dan menyampaikan bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir di Dun Air Putih dan Dun Chukai di sini, semalam.

Abdul Hadi berkata beliau juga sedia untuk disoal siasat pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai perkara itu tetapi dengan syarat, dialognya dengan Jakim perlu dirakam.

“Saya setuju dan boleh pergi Jakim tapi ia (sesi dialog) perlu dibuat rakaman sepenuhnya (sebagai bukti) sepertimana saya buat dengan Ikim (Institut Kefahaman Islam Malaysia) sebelum ini,” katanya.

PILIH BN TERUS TERPEDAYA

TEMBELANG BN TERUS MEMBUSUK SELEPAS SETENGAH ABAD, ISU PEMBANGUNAN TERUS DIMAINKAN TAPI ISU RASUAH MENJADI PUSAKA BN YANG ABADI, BN KENA TANYA APAKAH ISU RAKYAT PADA HARI INI HASIL PENTADBIRAN BN ?  Pak Karamu

Muhyiddin: Empat tahun terpedaya, rakyat Selangor perlu pilih BN

                               January 01, 2013


SHAH ALAM, 1 Jan — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat, supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. 

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri. 

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang dianggotai PAS-PKR-DAP. 

“Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang,” katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di sini malam ini.

Antaranya ialah isu air yang belum diselesaikan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku krisis air yang dijangka pada 2014.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kohilan Pillay dari Gerakan. — Bernama 

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan meningkat

1 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Mangsa banjir di dua negeri di pantai timur, Terengganu dan Kelantan meningkat setakat 9 pagi berbanding malam tadi ekoran banjir gelombang kedua yang melanda sejak semalam, bagaimanapun keadaan banjir di Pahang semakin pulih.

Di TERENGGANU, banjir gelombang kedua yang melanda empat daerah di negeri itu menyebabkan 27 pusat pemindahan banjir dibuka bagi menempatkan 1,489 orang mangsa daripada 408 keluarga.

Menurut portal banjir negeri, setakat 9 pagi ini, Hulu Terengganu mencatatkan mangsa banjir terbanyak berjumlah 701 orang diikuti Besut (569 orang) Kemanan (162) dan Dungun (57).

Sebanyak 13 pusat pemindahan dibuka di Besut, Hulu Terengganu sebanyak 10 pusat pemindahan manakala Kemaman dan Dungun masing-masing dua pusat pemindahan.

Banjir yang melanda Terengganu sejak 23 Disember lepas telah meragut enam nyawa setakat ini.

Di KELANTAN, seramai 35 orang daripada 10 keluarga di daerah Pasir Puteh dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan kampung mereka dilanda banjir pusingan kedua malam tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 20 orang daripada enam keluarga dari Kampung Baru dan Kampung Tok Sudin dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh pada pukul 10 malam tadi manakala 15 orang daripada empat keluarga dari Kampung Gong Keding dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh pada pukul 3 pagi.

Hujan lebat yang kembali melanda Kelantan sejak semalam, menyebabkan beberapa batang sungai utama mula meningkat namun masih berada di paras berjaga-jaga.

Keadaan cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sesekali hujan lebat.

Di PAHANG, keadaan banjir semakin pulih dengan mangsa banjir di Kuantan berkurangan kepada 59 orang daripada 14 keluarga berbanding 159 orang petang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), seramai 50 mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung Seberang Balok kini berada di Dewan Orang Ramai Balok dan satu keluarga terdiri sembilan orang dari Kampung Sungai Ular di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular.

Laluan di KM18, Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng) masih ditutup. - Bernama

Tuesday, January 1

HOT: Ini buktinya Utusan memutar belit berita...


Ini buktinya mengesahkan bahawa Utusan Malaysia, lidah rasmi penjilat tegar bontot Umno adalah akhbar pemutar belit berita nombor satu negara...

Bekas ahli MPAJ tu adalah orang yang sama dengan ketua Umno Pandan. Kenapa malu sangat nak mengaku bahawa memang Umno pembiak rasuah terhebat negara...

KETUA Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail, (kanan) dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Gambar2: Warna-Warni Program Sambutan Ambang Tahun Baru.. Jom Terjah!!!


SEKITAR AWAL MALAM








GAMBAR TENGAH MALAM
Dikhabarkan 120 ribu hadir
Program Bicara UAI


BANDINGKAN DENGAN UMNO PUNYA... 


Yeehaaa!!!! Goyang atas bawah beb, tap payah pergi Malai Rock Station

Pergh... jauh percanggahan kedua-dua pihak ini.
Kedua-dua pihak mengaku Islam sebenar. Pihak mana pamer ciri-ciri Islam?
wakaka 

UMNO JUGA MAHU ISLAM


01 January 2013

Amanat Hadi: Sinar Harian tawar platform perjelas isu

SHAH ALAM - Sinar Harian sedia menawarkan platform kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan isu amanatnya yang kembali jadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu.

Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kesediaan itu adalah demi menyatupadukan rakyat negara ini terutama penyokong Pas dan Umno yang saling tuding menuding sejak 31 tahun lalu.


Menurutnya, akhbar itu yang terkenal dengan prinsip Telus & Tulus sedia memberi ruang sepenuhnya kepada Abdul Hadi.

"Jika beliau mahukan siaran langsung, kita boleh sediakan ruang menerusi siaran Sinar TV di www.sinarharian.com.my. Kesediaan ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak sama menjernihkan keadaan dan juga membetulkan kekeliruan.

"Demi agama, bangsa dan negara, kita buka peluang seluas-luasnya kepada Datuk Seri Abdul Hadi untuk menjelaskan pendiriannya berhubung isu tersebut," katanya.

Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf menjelaskan, peluang untuk membuat penjelasan mengenai sesuatu isu yang jadi polemik serta mencetuskan kontroversi menerusi Sinar Harian atau apa sahaja media terbitan syarikat itu, bukan hanya dibuka kepada Abdul Hadi atau pemimpin Pas tetapi juga kepada semua parti politik termasuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Matlamat kita adalah untuk menghentikan persengketaan, tuduh menuduh serta membuang segala kekeruhan. Biarlah apa yang kusut kita rungkaikan menerusi penjelasan seperti ini supaya kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni di tanah air bertuah ini," katanya.

KENA MANDI LIMAU DIA NIH

[BERGAMBAR] 30,000 Hadir Ceramah Fathul Bari


Begitu menggemparkan malaysia bilamana ulama muda umno yang mengadakan ceramah umum di Bandar Tun Razak telah di hadiri hampir 30 ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum untuk hadir sambil mendengar alunan suara merdu ulama muda umno ini.

Seorang saksi di tempat kejadian berkata, kehadiran Fathulbari yang juga di kenali sebagai ulama tersohor mengkawarijkan Yusuf Al Qaradawi telah di sambut dengan sambutan yang sangat luar biasa, ternyata ulama muda umno ini memiliki karisma yang unik sehingga mampu menarik hampir 30 ribu orang yang hadir.

Setelah kami berfikir sebentar mendengar komen saksi yang hadir itu, kami terfikir sesuatu. Begitu ramai yang hadir jika beginilah keadaannya, pasti Pakatan Rakyat bakal tumbang di Bandar Tun Razak. -tiewnama/erapasca



Janji Najib jika diberi mandat PRU13

31 Disember 2012
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata, jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

"Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti.

Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.
      
"Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.

"Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

"Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan
negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa," katanya.

Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan.

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang

bakal mendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah
disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial
yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya. - Bernama
Nik Aziz: Hadi wajar diberi peluang muncul di TV

31 Disember 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut baik kesediaan RTM memenuhi permintaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang untuk menjawab mengenai amanatnya 31 tahun dahulu yang dikaitkan dengan gejala perpecahan umat Islam di negara.

"Haji Hadi wajar diberi peluang menjelaskan apa yang menimbulkan persoalan berhubung isu itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa RTM bersedia memenuhi permintaan Hadi untuk muncul di RTM berhubung isu Amanat Hadi pada 1981 yang dikaitkan dengan perbuatan seperti sembahayang dua imam dan menolak sembelihan orang Umno.

Rais berkata bagaimanapun Hadi harus muncul di televisyen dalam bentuk forum yang disertai beberapa orang tokoh agama seperti Mufti dan bukan seorang diri.

Hadi kelmarin meminta membuat penjelasan di televisyen setelah membisu terhadap desakan semakin hebat beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas anggota Pas dan tokoh agama supaya beliau menarik balik amanatnya kerana menurut mereka ianya mencetuskan gejala seperti mengkafirkan sesama Islam dan perceraian pasangan berlainan fahaman politik di negara ini.

Nik Aziz juga menawarkan diri untuk memberi penjelasan menerusi televisyen berhubung kenyataannya mengapa Pas menentang UMNO.- Bernama

oiiiit ? Abdullah bin Ubai ! Macam mana nak kira nih !

Monday, December 31, 2012

Harussani Bidas Syarat Hadi..

Kuala Lumpur: Tokoh UMNO agama menempelak sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat jika mahu beliau memberi penjelasan berhubung amanatnya mengkafirkan UMNO yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Malah ada yang tidak bersetuju Hadi diberi peluang membuat penjelasan menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan kerana boleh mengundang polemik berterusan dan memberi kesan lebih buruk terhadap perpaduan umat Islam.

Mufti UMNO Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tidak perlu ada syarat, yang salah tetap salah, benda sudah terang dan jelas, mengharamkan sembelihan orang yang mengucap dua kalimah syahadah adalah salah.


Malah orang Islam yang sudah mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak membaca Bismillah pun sembelihannya sah, kenapa nak kata yang halal itu haram... mengharamkan yang halal boleh menjadi kafir, katanya kepada BH.

Harussani berkata, sifat utama seorang ulama ialah tawaduk dan tidak takbur dengan ilmu dimiliki serta tidak mengeluarkan hukum kerana sesuatu yang lain selain Allah.


 

31 December 2012

(BIADAP) MAYAT UMAT ISLAM YANG DIGALI DI PENGERANG DIHINA .......


Lihatlah mayat-mayat orang Islam yang dikorek di Pengerang. Dibungkus dan dilonggok begitu sahaja di bawah pokok. Dihempap dengan cangkul atas kenderaan.

Mana etika dan syariat yang dijamin oleh Kerajaan negeri Johor seperti terkandung dlm Majalah Holistik edisi Pengerang?

Ini bukan soal politik; sensitiviti masyarakat Islam kita di mana???

Kita menuntut kerajaan Johor membuat penjelasan terhadap kebiadapan dan penghinaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Apa perasaan saudara-mara mayat-mayat ini?????

Sumber : FB Mazlan Aliman.

Perjanjian tanah LTAT akan menjejaskan projek Kementah, kata Rafizi
 
Oleh Zurairi AR December 31, 2012


KUALA LUMPUR, 31 Dis ― Rancangan membeli sebidang tanah di Bukit Raja yang menjadi isu utama dakwaan salahguna kuasa kerajaan persekutuan oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan, akan memberi kesan kewangan yang buruk kepada projek pembinaan Kementerian Pertahanan, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini.

Beliau berkata selepas rancangan oleh Boustead Holdings Bhd, yang dimiliki oleh tabung pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), untuk memberi 80 peratus saham di Astacanggih bernilai RM30 juta dan sebidang tanah bernilai RM130 juta dari Awan Megah.

“Jika Bakti Wira (anak syarikat Boustead) mengambil pinjaman sebanyak RM160 juta untuk membeli kedua-dua aset, ini akan melemahkan kewangan mereka,” kata Rafizi (gambar) di sidang media hari ini.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera melalui cabang pelaburannya Boustead Holdings Berhad, pada hari Khamis lalu mencadangkan untuk membeli tanah seluas 200 ekar dari syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, Awan Megah dengan harga RM130 juta.

Tabung itu juga membayar syarikat Deepak Astacanggih Sdn Bhd sebanyak RM30 juta, dimana ahli parlimen pembangkang mengatakan ini sebagai “rasuah” dan untuk mendiamkan ahli perniagaan itu dari mendedahkan lebih banyak kontroversi terhadap kerajaan.

Menurut Rafizi, Bakti Wira memiliki Jendela Hikmat Sdn Bhd, yang menjadi syarikat pembinaan LTAT, dan menyebabkan hutangnya meningkat dan memberi kesan kepada anak syarikatnya.

Jendela Hikmat, syarikat yang dianugerahkan projek penswastaan oleh Kementerian Pertahanan, termasuk projek untuk membina Kem Muara Tuang di Sarawak yang bernilai RM230 juta.

“Dalam masa dua tahun ini, syarikat ini gagal menyiapkan kem tersebut,” kata Rafizi berkenaan dengan Jendela Hikmat.

Ketua Audit Negara dalam laporannya pada 2010 mengkritik syarikat tersebut kerana gagal menyiapkan projek walaupun tiga kali ditangguhkan tarikh sepatutnya untuk siap.

Rafizi mendakwa dengan pinjaman sebanyak RM160 juta, Bakti Wira yang telah rugi sebanyak RM565,923 akan rugi sekurang-kurangnya RM6.5 juta setiap tahun melalui faedah pinjaman.

Tengah hari ini, Rafizi mengetuai sekumpulan pesara tentera untuk menyemak dokumentasi Bakti Wira berkenaan dengan perjanjian tersebut yang boleh dilihat orang ramai di pejabatnya mulai hari ini.
MENYUSUL LAGI

JANGAN BANYAK SONGIL, DEBAT !

Jakim jangan melatah lah!

December 31, 2012
Dr Dzulkefly Ahmad, 31 Dis 2012 (Harakahdaily)   
1. Amat mengejutkan mengapa tiba-tiba Jakim saja bangkitkan hal ‘Amanat Haji Hadi’ setelah 3 dekad berlalu.

2. Tak perlu orang macam saya pulak kena peringat orang dalam Jakim termasuk menteri agamanya..bahawa “Al-Ijtihad La Yanqudhu bi al-Ijtihad”..Sesuatu Ijtihad tidak boleh terbatal atau dipadam dengan ijtihad yang lain. Sifat ijtihad ialah ‘Maudhu’iy’ dan ‘Waqi’iy’.. dihasilkan di dalam menangani cetusan sesuatu realiti sosio-politik dan kehendak-tuntutan zaman (masa) dan makan (tempat).

3. Lantas menyuruh sesuatu itu ditarik balik adalah menafikan wujud sesuatu realiti dan kehendak yang menuntut ‘amanat’ itu diterbitkan sedemikian sifatnya, tiga dasawarsa yang lalu!

4. Samalah seperti tidak menyelami perhitungan mengapa wujudnya perbezaan Qaul Qadim (Ijtihad Lama) dan Qaul Jadid (Baru) Imam As Syafi’e di zaman Baghdad dan Mesir atas qadhiah atau maudhu (subjek-kes) yang sama ketika itu.

5. Wajar bagi Jakim menumpu tugas-salahiyat utamanya mengurus pendayaan dan pemertabatan Islam sekaligus nendepani kebejatan agama-moral ummat akibat pegangan aqidah-ibadah secara longgar dan sesetengahnya amalan Islam secara emosi-jahil-ekstreme-melulu tanpa memahami Maqasid serta Tujuan di sebalik Syariat Islam.

6. Jakim mesti mengekalkan sifatnya yang tidak berpihak dan tidak juga gelojoh menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu atas desakan penguasa politik kalau tidak mahu terus kehilangan wibawa dan integriti.

7. Sebaiknya Jakim mewujudkan wacana ilmiah dan menghimpunkan seluruh tenaga ilmuan agama pelbagai bidang bagi memahami dan mendamaikan apa jua masalah dan kekusutan secara tuntas dan bertanggungjawab. Jakim tidak wajar menjadi alat penguasa politik lantas memudaratkan kemurnian fahaman Islam termasuk hubungan baik antara agama.

8. Tuan Guru Haji Hadi tentunya mesti diundang sama membentang mengapa beliau terpanggil untuk menerbitkan ‘Amanat’ setegas dan sekeras itu bagi menangani waqi’ dan realiti ummat yang dilingkungi pemikiran penguasa politik dengan kebejatan fahaman sekularisme ‘politik suku agama suku’ dan pengkesampingan Islam dalam tadbir-urus serta pemerintahan negara.

9. Meskipun merujuk kepada sifat-sifat dan perilaku sebuah parti Melayu yang dibincangkan ketika itu, namun Tuan Guru Haji Hadi tidak sebut pun nama parti itu dalam apa yang dikatakan amanatnya itu.
Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan Pas Pusat

LAGI LAMA PILIHANRAYA LAGI HANCUR BN

31 December 2012

TERKINI - 400 ahli UMNO sertai PKR

KETUA Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat beberapa sebab mengapa sejak kebelakangan ini ramai di kalangan ahli-ahli parti komponen BN/UMNO meninggalkan parti masing-masing kemudian mereka menyertai parti pakatan rakyat khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kerana mereka sudah hilang keperpayaan langsung dan muak terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO untuk terus menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khususnya di Sabah.

Ini jelas kata Anwar kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parti komponen BN khususnya PBS kawasan Sekong yang membabitkan 15 cawangan dan melibatkan seramai 400 orang termasuk 200 ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Tinosa kawasan Libaran menunjukkan mereka telah menolak perjuangan UMNO/BN yang tidak jelas banyak janji-janji dilafazkan oleh wakil-wakil rakyat tetapi tidak pernah ditetapi.


Katanya lagi, beberapa cawangan PBS dan UMNO yang keluar dan menyertai parti Pakatan Rakyat ialah iaitu PBS cawangan Shing Kee di ketuai Dalius Lusius Lobinting; cawangan Bangsawan Osman Jambu; Pemuda Bahagian Karamunting Suhardi Awang; Wanita bahagian PBS Faridah Selamat; PBS Karamunting Baru Atang Usop; PBS Cawangan Kg Segaliud Kalana Hj Basah; PBS Cawangan Kg Gas, Imam Abdul Rahman Asan; PBS Cawangan Kg Gas Tengah Nasib Jaapar dan Cawangan UMNO Kampung Tinosa II Manguna Hamzah.

Anwar berkata demikian sejurus selepas merasmikan Konvensyen KeAdilan Rakyat Gabungan Cabatan Parlimen Libaran dan Batu Sapi dan majlis Penyerahan Borang-Borang Keahlian kemasukan ke PKR yang dilangsungkan di Dewan SM Yu Yuan Sandakan petang kelmarin.

Katanya, rakyat sudah bosan dengan janji-janji manis para pemimpin BN/UMNO yang banyak menabur janji tetapi yang ditunaikan tidak sampai 40 peratus itupun hanya kroni-kroni mereka sahaja yang mendapat keistimewaan, yang selebihnya telah dianak tirikan.

“Seperkara lagi saya ingin tegaskan, sesiapa saja diletakan calon; sama ada di kawasan luar Bandar dan kawasan Bandar; sama ada daripada PKR, DAP, PAS dan SAPP yang bertanding pada PRU 13 nanti; semua anggota parti PR, wajib saling bantu membantu untuk mempastikan calon-calon daripada pembangkang memperoleh kejayaan dan merampas semua kerusi milik BN/UMNO,” tegasnya.

Program yang dimulakan dari jam 1.30 dan berakhir jam 5.40 petang telah dihadiri seramai 4,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, DAP, PAS dan SAPP.

Turut Hadir ialah Tan Seri Ibrahim Ninuddin, Zuraidah Kamaruddin Ketua Wanita KeAdilan Malaysia dan Ketua Sri Kandi Cabang Semporna Nazmahwati Walli.


Isnin, 31 Disember 2012

Tahun 2013: Runtuhkan Kezaliman Gantikan Dengan Keadilan - TGNA

Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia. Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.

Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.
Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Amin.

Kota Darulnaim,

Banglo Milik Zuhasnan & Jamaluddin Jarjis Mungkin Dirobohkan


Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya.

Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama

Monday, December 31, 2012

Selangor Cemerlang Dibawah Pakatan Rakyat, UMNO BN Cemburu & Sakit Hati

Tatkala tirai 2012 hampir dilabuhkan, Pakatan Rakyat (PR) terus membuktikan kemampuan mentadbir negeri-negeri yang diterajuinya dengan pelbagai kejayaan membanggakan di sepanjang memerintah.

Antara pencapaian yang dianggap sebagai mercu tanda kejayaan negeri PR pada 2012 termasuklah pengkiktirafan Ketua Audit Negara yang dikepalai Tan Sri Ambrin Buang terhadap pengurusan fiskal yang baik oleh Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang dibentangkan di Parlimen pada 15 Oktober lalu, jelas membuktikan pengurusan kewangan di negeri PR jauh lebih baik meninggalkan negeri ditadbir Umno-BN.

Antara yang mendapat pujian dalam laporan LKAN, kutipan yang diperoleh Kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Negeri Selangor turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila buat kali pertama, rizab Kerajaan Negeri itu mencecah lebih RM2.5 bilion.

Selain itu, sambutan rakyat Selangor terhadap pelbagai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri juga semakin dicemburui Umno-BN.

Sehingga 30 September 2012, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM766,913,379 bagi menjayakan 16 program bantuan atau skim bantuan untuk rakyat Selangor sejak program tersebut dilancarkan.

Dalam tempoh sama, seramai 166,441 rakyat Selangor dan 1,303,601 isi rumah menerima pelbagai manfaat dari program-program tersebut.

Antara program yang diperkenalkan, Pemberian Air Percuma, Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Pusat Tuisyen Rakyat, Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan lain-lain.

Umno-BN Melawan Dengan Fitnah

Maka, tidaklah menghairankan apabila Umno-BN semakin menggila menyerang dengan memfitnah Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan tampuk pentadbiran negeri terkaya itu kembali ke pangkuan mereka.

Antara tindakan luar kewarasan yang diambil Umno-BN termasuklah projek pembikinan iklan fiksyen ‘krisis air Selangor’ yang diadakan di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya pada 24 September lalu.

Bagaimanapun tembelang politik tidak bermoral ini terburai juga setelah beberapa media termasuk TV Selangor sendiri berjaya menghidu kegiatan tersebut.

Ketika di lokasi penggambaran, TV Selangor sempat diberitahu oleh beberapa pelakon bahawa mereka dibayar RM50 untuk menjayakan beberapa adengan yang menggambarkan ‘krisis air Selangor’.

Penggambaran tersebut juga tampak lucu apabila lori tangki yang kononnya membekalkan air kepada ‘mangsa krisis air’ itu bukan sahaja tidak membawa hatta setitik air, malah ‘mangsa-mangsa’ itu sendiri mengambil air paip sebelum diisi ke dalam baldi-baldi yang dibawa sebagai prop penggambaran.

Penduduk yang kurang senang dengan tindakan tersebut juga memberitahu kediaman mereka tidak pernah mengalami gangguan bekalan air seperti mana yang mahu digambarkan dalam filem fiksyen itu.

Manakala pada Oktober lalu, penduduk Taman Medan Cahaya turut menjadi mangsa politik kotor Umno-BN apabila mereka diperalat untuk menyertai demontrasi menuntut 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam dan penduduk Blok H, pangsapuri terbababit, A Ramlee Yahaya, memberitahu pangsapuri terlibat sudah menerima bekalan air percuma sejak 2011 lagi.

Selain itu, Mohamad Fuad turut memberitahu sebelum demontrasi diadakan, persatuannya dimaklumkan penganjur demontrasi, tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW sekaligus menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk.

Politik Ganas Berleluasa

Oleh kerana tekanan memuncak untuk kembali berkuasa di negeri PR dan mengekalkan kuasa di Putrajaya, Umno-BN berterusan menggila dengan bertindak ganas bagi menghalang kemaraan PR.

Beberapa insiden ganas melibatkan serangan penyokong Umno-BN terhadap penyokong PR di tapak ceramah samada di Selangor mahupun di negeri-negeri lain turut menjadi antara topik hangat diperkatakan di sepanjang 2012.

Terbaru, dalam kejadian di Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda cedera di bahagian kepala dan pengsan selepas dipukul dengan sebatang kayu tajam oleh penyokong Umno-BN dalam Konvoi Kembara Oren pada 23 Disember baru-baru ini.

Manakala, dua penyokong PR turut mengalami kecederaan akibat diserang dengan satu senjata tajam oleh penyokong Umno-BN dalam ceramah PR di Gombak pada 4 Disember lalu.

Insiden keganasan Umno-BN lain yang paling diperkatakan di sepanjang 2012, siri serangan terhadap konvoi ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ termasuk bas ‘Merdeka Rakyat’ yang dinaiki Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih malang lagi, polis sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk mentangani isu keganasan politik ini sekaligus menjadikan ia berlarutan.

Gadai Tanah Rizab Melayu

Selain bertindak ganas terhadap penyokong parti lawan, Umno-BN juga tidak segan silu memainkan isu perkauman bagi menakutan pengundi Melayu yang kononnya bakal kehilangan kuasa politik mereka.

Bagaimanapun malang bagi Umno-BN, usaha-usaha mereka tidaklah mendatangkan kesan maksimum seperti yang mereka harapkan apabila tindakan ganas itu turut dicemuh masyarakat umum.

Selain itu, tindakan ‘patriotik’ Umno-BN itu juga disia-siakan dengan pembongkaran tindakan khianat parti tua itu menjual tanah milik Kerajaan Negeri dan tanah rizab Melayu sendiri.

Di Selangor sahaja, dari 1999 hingga 2008, dianggarkan tidak kurang 24 Lot tanah milik Kerajaan Negeri dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, yang diperolehi Umno-BN ketika era pentadbiran Umno-BN dijual pada harga rendah atau bertukar tangan kepada pihak ke-tiga.

Umno-BN juga bijak mengaut keuntungan mudah dengan menyelitkan kepentingan mereka dalam setiap urusniaga penjualan tanah tersebut kepada pihak ke-tiga.

Oleh demikian, rakyat Selangor harus bijak membuat pilihan dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada 2013 nanti.

Jika dinilai dari segi prestasi, ia bukanlah suatu pilihan sukar buat rakyat Selangor kerana rekod lebih empat tahun prestasi pentadbiran PR Selangor dan rekod pentadbiran 55 tahun Umno-BN menceritakan segalanya.

Isnin, 31 Disember 2012

Remaja mahu sambut hari lahir mati ditendang polis

Bapa mangsa ( kiri ) mahu polis bertanggungjawab menyebabkan kematian anaknya
PETALING JAYA 31 Dis: Seorang lagi mangsa kekejaman polis ketika menjalankan tugas. Kali ini, Mohd Azrul Zulkifli, 19, meninggal dunia akibat ditendang polis berpakaian preman.Kejadian berlaku berhampiran Petaling Jaya Selatan sekitar 3 pagi 25 Disember lalu.
Rakan mangsa, Asmawi (gambar), 28, berkata, Mohd Azrul dan kira-kira sembilan lagi rakan lain yang membonceng lima motosikal ketika itu dalam perjalanan ke pusat karaoke sempena hari jadi mangsa.
“Ketika lalu di jalan gelap, tiba-tiba dua motor tahan mereka. Mereka lari sebab takut ada orang cuba ragut atau rompak mereka. (Lagi pun) mereka berpakaian biasa,” katanya menceritakan semula kejadian itu selepas dihubungi salah seorang rakan yang terselamat.
Menurut Asmawi, polis yang mengejar berjaya menahan sebahagian dari mereka, manakala mangsa dan rakannya, Khairul Azri Sham Abu Kasim, 22, yang menaiki motor Honda EX5 sempat melarikan diri.
“Awalnya jarak mereka dengan polis lebih kurang 500 meter. Tapi polis pakai (motor) Yamaha 135 LC, mesti dapat kejar. Kemudian polis tendang mereka. Arwah meninggal sebab kepala terhentak pada divider jalan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.
Beliau kesal laporan akhbar menyatakan Mohd Azrul meninggal akibat terlanggar pokok, dan polis kononnya gagal mengejar mereka.
Memetik laporan Malay Mail 28 Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Tuah Masrom berkata, siasatan awal mendapati motorsikal Azrul hilang kawalan dan terlanggar pokok, dijumpai selepas polis meneruskan rondaan.


31 Disember, 2012

15 Ciri-Ciri Penganut Syiah Yang Anda Patut Kenali

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam.
Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.


songkok parsi

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.
3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah.
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. ~ detik islam
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.