Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANJI MASYUUUK


Saturday, December 29, 2012

PANAS...Calon Bebas akan Bertanding Di Dun Bota Dan Belanja..Perancangan Syaitan Yang Dikenali..

                     Rumor rumor mengenai calon calon BN dan PR akan ditandingi juga oleh calon calon bebas kini kian tersebar dengan begitu meluas sekali di Perak Tengah.Cerita ini telah mula menjadi perbualan yang hangat oleh pengunjung pengunjung kedai kopi.Dikalangan penganalisa dan strategi politik,perkara ini akan diberi perhatian yang mendalam untuk dikaji kesan dan impaknya kepada pola pengundian.


                    Khabar khabar angin sedang bertiup hebat mengenai DUN Belanja akan mendapat tentangan tiga penjuru iaitu dari calun BN,calun PAS dan calun bebas.Dikatakan calun bebas ini akan digalas oleh Kamarul Ramizu Idris.Beliau sebelum ini pernah menjadi calun bebas untuk Piliharaya Kecil Penanti 2009 Beliau tewas dengan mendapat cuma 56 undi.Beliau turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 dan tewas dengan hanya memungut 62 undi.


                    Untuk DUN Bota pula,dikatakan bahawa seorang bekas ahli Parti Keadilan turut berminat untuk mengisi kerusi bekenaan.Ini bermakna perlawanan 3 penjuru bakal terjadi di DUN Bota antara Ustaz Zulkifly Ibrahim (PKR),Calun BN (UMNO) dan Calun bebas. Calun bebas ini pernah terlibat dengan kes  didakwa bersama beberapa orang yang lain.Walaubagaimanapun mereka  didapati tidak bersalah oleh mahkamah.Keputusan untuk menjadi calun bebas ini dibuat beliau kerana dia merasakan bahawa beliau telah tidak diendahkan oleh kepimpinan parti.Terdapat usaha usaha pimpinan PKR untuk memulihkan hubungan ini,tetapi gagal setelah beliau tetap berkeras juga untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Bota.

Msinc-membuat kajian terhadap semua calun bebas yang bertanding..dari segi motif dan strategi politik.Didapati mana mana calun bebas di Semenanjung akan mendapat undi yang rendah sehinggakan ramai yang hilang wang pertaruhan.Mengapakah mereka masih berminat untuk bertanding walaupun boleh dijangkakan sememangnya akan kalah.Sanggup hilang wang pertaruhan.Mengapa?..atau ada tangan tangan ghaib yang menyuruh atau mengadunnya.Dari mana dapat sumber?..Kita akan kenal siapa mereka...

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.