Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHLI UMNO WAJIB TINGGALKAN UMNO SEBAB AMANAT HADI AWANG


Idris Jusoh nasihat ahli Pas tinggalkan parti

28 Disember 2012
Idris Jusoh $entry.content.caption.value
BESUT - Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa ia sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
  
Idris yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin Pas kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.
  
"Bukan sahaja telah melakukan banyak “kerosakan” kepada agama sejak dahulu tetapi kini “penyakit” yang dialami oleh Pas semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga
kepentingan politik," katanya.
  
Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, hari ini.
  
Katanya, amanat dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.
  
Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin Pas itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.
  
Idris juga menasihatkan anggota Pas supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam  untuk jangka masa panjang.
  
Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya,  golongan  miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.