Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

[GAMBAR & VIDEO] Himpunan Oren Selamatkan Felda, Desak Isa Samad Letak Jawatan


1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan

Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka.

"Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan bencana.

"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".

Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan "Zalim zalim Mazlan Aliman Zalim".

Justeru, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.

Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil daripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.

Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini.

"Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya. -mk

GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo


Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.


KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum.


"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.


Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.


"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.


"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.


Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.


3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.


Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.


Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.


Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.


Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.


Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.


Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.


"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.


"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.


"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.


2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.


Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.


Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.


2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.


Kira-kira 100 orang penyokong yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.


Kedua-dua himpunan GSF dan penyokong Umno itu dipisahkan dengan sekatan pihak polis ditengah-tengah di hadapan pintu masuk ke pejabat Felda.


2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.


"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.


"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isa Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.


Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap "Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.


"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.


2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.


Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.


Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.


Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.


Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.


Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut. -HD


Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN


KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.


ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.


Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.


Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan “Undur Isa Samad”, “Hancur Isa Samad”, dan “Felda Bebas, bebas Felda”.


Rundingan tersebut kemudiannya menyaksikan enam wakil daripada ANAK dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut termasuk Mazlan Aliman, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, dan ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkerusi roda dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.


Mazlan Aliman dalam ucapannya menegaskan, empat kandungan memorandum tersebut antaranya adalah mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera bagi menghentikan kekacauan di dalam FELDA; mengembalikan semula tanah seluas 360,000 hektar tanah yang dipajak kepada Felda Global Venture Holdings (FGVH); menghentikan penjualan minyak kepada Israel; dan juga menghentikan campurtangan politik di dalam FELDA.


“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) jangan sambung kontrak Isa Samad,” kata Mazlan merujuk kepada kontrak Isa yang bakal tamat 31 Disember depan.


“Tindak tanduk Isa telah merosakkan reputasi FELDA dan menjejaskan perjalanan FELDA pada keseluruhannya.


“Latar belakang beliau yang dikaitkan rasuah dan pelantikannya sebagai Pengerusi FELDA adalah kesilapan besar dilakukan Perdana Menteri,” jelas Mazlan dalam memorandum yang diserahkannya.


Memorandum tersebut kemudiannya diterima oleh dua wakil daripada FELDA.


Sejurus selesai memorandum itu diserahkan, wakil daripada ANAK, termasuk R Tanggam kemudiannya “menyebat” patung Isa menggunakan rotan, sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


Sementara itu, kumpulan Pro FELDA, yang diketuai oleh Wan Zawawi Wan Zahid turut melaungkan slogan “Persatuan Anak pengkhianat”, “Kami sokong PM”, “ kami tolak pengacau”, “Jangan ganggu Felda”, dan juga beberapa banner tertera perkataan “Kami setia bersama PM”.


Kedua-dua kumpulan juga turut kelihatan berperang mulut antara mereka, termasuk adegan “booo ...”, sebaik sahaja mereka bertikam lidah dari jarak 30 meter antara satu sama lain.


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh ketika sidang media sejurus tamat protes tersebut menyuarakan rasa terima kasih atas kerjasama kedua-dua kumpulan protes tersebut yang berjaya mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.


“Kami sangat puas hati, dan kesemua pihak mematuhi arahan polis, kedua-dua kumpulan itu bersurai dengan aman,” katanya kepada pemberita.


Protes yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu kemudiannya tamat jam 3.30 petang dalam keadaan aman. -TMI

















0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.