Mahathir: Pakatan boleh celaru negara jika menang PRU13
NORDIANA JOHARI
4 Disember 2012
AYER KEROH – Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata,ini kerana perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian.
Beliau berkata, ini boleh dilihat apabila Pas dahulunya memperjuangkan negara Islam tetapi menukar kepada negara berkebajikan yang sebenarnya sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, berikutan DAP menolak pelaksanaan hukuman hudud.
"PKR pula mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pas mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.
“Tetapi terpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita sempena Seminar Ketahanan Nasional III ‘Mengekalkan Kedaulatan Negara’ di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata, amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.
"Negara kini mengecapi keamanan kerana bijak memilih pemerintah mentadbir negara dengan baik," katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir juga menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh PRU13 berdasarkan semangat akar umbi Umno kian terserlah selepas Perhimpunan Agung Umnominggu lalu.
“Terpulang kepada beliau berdasarkan penilaian yang dibuat. Kita sekarang patut rapatkan kembali barisan supaya dapat mendirikan sebuah kerajaan kuat mendapat dua pertiga kerusi untuk melaksanakan dasar kerajaan yang kadang-kadang tidak popular,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, tiada satu kaum di negara ini mendapat seratus peratus hak istimewa, sebaliknya mereka perlu berkorban sebahagian bagi membolehkan semua pihak merasainya.
Ben Karemo · Top Commenter · Malacca High School
Tun nie makin lama makin aktif pulak..takut sesuatu ke...takut banyak rahsia terbongkar?
Bukan Senang Mau Senang , Bukan Mudah Mau Miskin.Semua org perlukan duit.Tetapi tidak tahu bagaimana untuk memperolehinya.Layari dan anda tentukan.Mungkin ini jawapan yang anda cari. Tidak salah kalau mencuba atau berubah . http://mohdaidil.stiforpmy.com/ ?SOURCE=Sinar
Abu Abup · Top Commenter · Orang melayu perlu hapuskan Umno - Tunku Abdul Rahman
Di umur senja sebegini, statement Madey adalah bukan untuk memakmurkan negara, tetapi mengucar-kacirkan pemikiran rakyat. Ini salah satu khurafat Umno, Umno saja yang mampu memerintah negara.
Nurul Izzati · Top Commenter · Works at Student
sejak bila pula Tun jadi ketua penerangan BN ni? hihi.. dah lama dah...
Aleyp Fireshades · Setting moto at Kerja merempit
kalau pr ambil alllih kerajaan pusat. maka ramaila geng 2 star yg xsenang duduk. pongon nk kena korek ni weh......
Tok Ggawo · Top Commenter
statement gila ka apanama, kata la yang kalah tu bercelaru.....ada ka apanama yg menang celaru, tua2 otak semakin celaru apanama.
Si Buraq · Top Commenter
adakah Selangor,Kelantan,Pulau Pinang dan Kedah bercelaru dibawa pentadbiran PR wahai Mahathir....
John A. Afindi Ahmad · National University of Iran
apa lar nak dirisaukan sagat mengundi 4tahun sekali x kena dgn selera tukar plak kerajaan
Rasriq Nordin · HeaLth InSpektoR TraininG. at PejaBaT KesiHataN DaeRaH PaSir PuTeh,KeLanTan.
kuat duk pelago..pade2 lar dk bodo rakyat nyo...a
Yang Reti Base · Top Commenter
Pernah Mahathir berjanji nak berambus kalau Anwar menjadi PM. Tunggu apa lagi; bersiap-siap sajalah! Tak payahlah jauh-jauh. Filipina pun cukup; menjadi ketua juruwang di sana!
Iszam Majid · Top Commenter · Biotechnologist at Death Star
syukurlah ada PLUS dari Perlis sampailah ke Johor. Senang nak pergi kenduri kahwin kawan2. Si perancangnya memang genius.
Jiwa Taiko · Top Commenter
percuma ke kau gunakan tol tu iszam majid,klu pakatan memerintah aku x mau semua separuh pun dah cukup jika di kurangkan tol,tp umno sampai sekarang x turun2 juga tol,bina dulu 6bilion,dah kutip 20bilion pernah kau pikir hal tu iszam.
0 orang berkata:
Post a Comment