TEMBELANG BN TERUS MEMBUSUK SELEPAS SETENGAH ABAD, ISU PEMBANGUNAN TERUS DIMAINKAN TAPI ISU RASUAH MENJADI PUSAKA BN YANG ABADI, BN KENA TANYA APAKAH ISU RAKYAT PADA HARI INI HASIL PENTADBIRAN BN ? Pak Karamu
Muhyiddin: Empat tahun terpedaya, rakyat Selangor perlu pilih BN
SHAH
ALAM, 1 Jan — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang
selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan
Parti Keadilan Rakyat, supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya umum akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri.
Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan
pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara
terus berkembang.
Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan
dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang
dianggotai PAS-PKR-DAP.
“Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak
sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan
pembangkang,” katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi
Selangor anjuran BN Selangor di sini malam ini.
Antaranya ialah isu air yang belum diselesaikan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Muhyiddin berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku krisis air yang dijangka pada 2014.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul
Rahman, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim, Presiden MIC Datuk Seri
G. Palanivel dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kohilan Pillay dari
Gerakan. — Bernama
111 orang berkata:
Post a Comment