Taufan Nock-Ten dikesan, amaran angin kencang
KUALA LUMPUR - Taufan Nock-Ten dikesan di 852 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah pada jam 8 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata taufan itu
dikesan pada latitud 14.4 Utara dan longitud 118.4 Timur dengan
pergerakan ke arah Barat pada kelajuan 25 km sejam (kmsj).
Menurut jabatan itu, angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60
kmsj dan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore
dan Reef North sehingga Sabtu ini.
Selain itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan
ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan
Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Layang-Layang dan Palawan
sehingga Sabtu ini.
Keadaan sama juga dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu ini.
"Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut," kata jabatan itu.
- Bernama
1 orang berkata:
Tebang hutan byk2 lagi bior bah kuning sekali lagi.
Bodoooo
Post a Comment