Anwar masih ada dua pilihan
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai dua
pilihan lain berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan
berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Satu, mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Muhammad V atau kedua, permohonan untuk membatalkan kehilangan
kelayakan berdasarkan Perkara 48 (3) Perlembagaan Persekutuan sekiranya
permohonan pengampunan itu ditolak.
Pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata, walaupun sebelum ini
keluarga Anwar memfailkan permohonan itu dan ia ditolak oleh Lembaga
Pengampunan Diraja, tiada mana-mana peruntukan undang-undang mengatakan
permohonan itu tidak boleh dibuat berulang kali.
“Anwar boleh mencubanya di hadapan Yang di-Pertuan Agong yang baharu,
dengan memfailkan permohonan itu sendiri,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, apabila permohonan itu dikemukakan, ia tidak bermaksud
keputusan dan sabitan yang dibuat oleh mahkamah sebelum ini diketepikan.
“Dengan permohonan ini, sabitan terhadapnya masih ada cuma tidak perlu
menjalani hukuman penjara lima tahun sebagaimana diputuskan oleh
mahkamah,” katanya.
Syahredzan berkata, opsyen kedua juga boleh digunakan bagi membolehkan
bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding pada PRU14.
“Apa yang boleh dilakukan, selesai menjalani hukuman penjara, beliau
boleh mengemukakan permohonan membatalkan kelayakan kerana individu yang
disabitkan kesalahan akan hilang kelayakan bertanding selama tempoh
lima tahun.
“Sekiranya gagal, beliau perlu menunggu PRU 15 untuk bertanding,” katanya.
Pada 16 Mac tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pada
mesyuarat Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen pengampunan diraja
yang difailkan oleh keluarga Anwar.
Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.
7 orang berkata:
cách chọn ghế tập tạ
antara iya dan tidak
mati atau hidup
dua pilihan yang berat
kasihan tuh anwar
La skrg suruh anwar bertobat..dulu ko kata dia ok x bersalah dan dizalimi hehe..maknanya ok x ok halal atau haram ikut nafsu politik kita kan hehehehe
ugg boots
moncler jassen
ralph lauren
coach outlet
ugg boots clearance
tommy hilfiger canada
michael kors outlet online
ray ban sunglasses
prada
nike tn
chenyignying20180106
Post a Comment