Tun M kagum dengan penyokong kuat Najib
SHAH ALAM - Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kagum
dengan orang-orang yang berpendidikan dan berpengetahuan namun tetap
bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, apa yang lebih menakjubkan adalah kesanggupan penyokong ini
mempertahankan Najib walaupun kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
mendapat perhatian dunia.
"Mereka perlu tahu bahawa terdapat bukti Najib terlibat dalam skandal
1MDB untuk Jabatan Kehakiman AS menyiasat pihak berkuasa di negara
berkenaan.
"Mereka tahu semua ini dan banyak lagi. Tetapi mereka terus menerima
beliau sebagai pemimpin (Najib) mereka, berkerumun di sekelilingnya
untuk bersalaman dan mencium tangannya. Kelompok elit tertinggi pun
bersama beliau," dakwa Mahathir menerusi catatan terbaharu diblognya
hari ini.
Sebelum ini, Najib yang dikaitkan dengan isu 1MDB menafikan beliau menyalahgunakan dana awam.
Najib mendakwa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah
membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik
Kementerian Kewangan, seperti yang didakwa.
3 orang berkata:
Pergi melawat syiah iran:
Mula2 kata wakil kuis.
Pas tu kata wakil sendri.
Tukar lagi wakil parti pah.
Kuat betol mohongnya....
"MOHONG BERSAMA OLAMAK"
Org bodoh je pergi negara syiah iran time syiah tu sedang bunuh org sunnah di syria...otak letak kat telo
Kalu lebai dah hebat sangat, gi israel sana la. Damaikan israel babi yg sembelih palestin tu..
"MOHONG BERSAMA LEBAI"
Post a Comment