Kritik Agong: Amanah tidak kenal Mohd Faiz
SHAH ALAM - Amanah memaklumkan pihaknya tidak dapat mengenal pasti
individu yang mengeluarkan kenyataan di laman sosial mengkritik Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya
tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit dan seluruh pimpinan
pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenal pasti lelaki itu.
“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa
individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini.
Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya.
Kelmarin, seorang pengguna laman sosial yang dipercayai penyokong
Amanah, Mohd Faiz mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang dilihat gemar beribadah dan
menunaikan solat di beberapa masjid
Ketika ditanya, sama ada penyebaran kenyataan tersebut serangan musuh
politik, Shazni berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.
Sementara itu dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf
kepada Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran
kenyataannya itu.
Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di dalam
media sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah
Malaysia yang lebih baik.
"Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi raja-raja,
adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-Raja diperkukuhkan dalam
menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia. Itu dimaksudkan dengan
Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini," katanya.
1 orang berkata:
Tak dapek la den nak jual sotong
Post a Comment