Wan Azizah jadi PM umpama jenaka politik
ALOR SETAR - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyebut
bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana
menteri interim sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan
datang, hanyalah satu jenaka politik yang melucukan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini
kerana proses untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana
menteri sebaik mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong
Sultan Muhammad V, bukanlah perkara mudah.
"Matlamat tersebut sangat tidak realistik. Bayangkan bila sudah
mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Wan Azizah perlu
kosongkan kerusi, buat pilihan raya kecil dan banyak lagi proses yang
pasti bukannya sekejap," katanya kepada pemberita selepas Majlis
Konvokesyen Pelajar Program Puncak Pembina di sini, hari ini.
Media tempatan melaporkan, pada majlis di Pulau Pinang baru-baru ini,
Kit Siang dilaporkan mencadangkan Dr Wan Azizah dan Tan Sri Muhyiddin
Yassin menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara
jika pembangkang memenangi PRU akan datang.
Mahdzir, yang juga Menteri Pendidikan, berkata pembangkang kini cuba
membuat helah kepada rakyat dengan menunjukkan kononnya mereka boleh
memimpin sekiranya diberi peluang memegang tampuk pemerintahan.
Bagaimanapun, jelas Mahdzir, kenyataan bercanggah daripada setiap parti
pembangkang mengenai siapa calon perdana menteri yang layak sekiranya
mereka menang PRU akan datang, jelas menunjukkan tiada keyakinan sesama
mereka. - Bernama
8 orang berkata:
Berbanding lebai dol, dia jauh lebih layak.
Kalau rakyat 100% walauntas, lebai dol pun tak layak. Titm lagi layak.
Lebai, bg sotong sekilo
Belum menang pru uncle lim dh tetapkan sape jd pm dan tpm...haiya...lagi mau ek ka...khadam x sesuai mkn sotong...pegi tadah muntah dpn rumah uncle lim la... chaiittt...kot jd khadam demi maruah islam ok gak
Ibilah permainan Pakatan Hampas.
Mereka mempermainkan amanah rakyat.
Sijil balak kelantan ditarik balik.
Sbb tarik balik sila tanya junaidi.
Pitih tarakkkkkkk
Pitih tarakkkkkkk
Sila jaga duit masing2
Jangan sampai kena tempat
Sudah kena rembat susah woo
Tahniah org asli
Khalifah umar abd aziz pas tu..pas canang 1 msia dlu promo..huhuhu
Yg aku heran pkr x tlg promo,pas kompang 1 msia tentang kekhalifahan umar abd aziz d penang..hehehe
Post a Comment