TIDAK DINAFIKAN BAHAWA DIDALAM
JAMA'AH PAS MASIH LAGI ADA YANG
BERFAHAMAN SEKULAR DAN JAHIL AGAMA
NAMUN WAKTU KEBELAKANGAN INI SUDAH BERANSUR PUPUS
KERANA SUDAH LARI TUBUHKAN
PARTI LAIN, ADA LA SEKOR DUA YANG MASIH
BUTA ILMU AGAMA DAN DASAR PERJUANGAN
-Pak Karamu-
Prinsip, perjuangan Pas sentiasa konsisten
ALOR SETAR - Pas Kedah yakin Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
tidak tersasar dalam membawa prinsip dan perjuangan parti, walaupun
dilihat lebih ‘mesra Umno’ berbanding presiden terdahulu.
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, prinsip
parti yang dibawa Abdul Hadi sama seperti yang didokong arwah Datuk
Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuma pendekatan
masing-masing berbeza.
“Sebagai contoh, apa yang diperjuangkan Nik Abdul Aziz dalam mengangkat
undang-undang Syariah di Kelantan disambung oleh Abdul Hadi sekarang,
ini bukti jelas pimpinan terdahulu dan sekarang mempunyai perjuangan
yang seiring,” katanya.
Menurutnya, tohmahan itu sengaja diciptakan bertujuan untuk mengaburi
mata rakyat selain mahu melihat Pas disisihkan dari arena politik
negara.
“Saya percaya rakyat matang menilai tindakan politik yang Pas
laksanakan. Ahli Pas yang sentiasa mengikuti program parti akan tahu ini
pendekatan yang dipilih parti berbanding pihak tertentu yang
mencemburui Pas,” katanya.
Mengulas kemesraan ditunjukkan antara Abdul Hadi dengan Presiden Umno,
Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sepentas pada program Himpunan
Solidariti Ummah Untuk Rohingya, baru-baru ini, Ahmad Fakhruddin
berkata, ahli parti berfikiran terbuka dan menerima pendekatan itu.
“Pas adalah sebuah parti yang stabil , namun wujud cubaan pihak
tertentu mahu menimbulkan persepsi negatif terhadap Pas," katanya.
Selain isu mesra Umno, Pas turut dilemparkan tohmahan konon hala tuju
kepimpinan ulama Pas menghampiri konsep mullah selepas kematian Nik
Abdul Aziz. Kepimpinan era Abdul Hadi didakwa menghampiri konsep mullah
dan pemimpin yang bersifat maksum seperti kepercayaan golongan Syiah.
Komentar bebas oleh Dr A Zachary S, seorang pensyarah di sebuah IPTA
yang disiarkan amanahdaily.com itu turut menyifatkan kepimpinan Abdul
Hadi dan ulama gagal meneruskan penerapan 'fiqh al waqi’ dalam pemahaman
dan pelaksanaan syariat yang membawa kepada pertimbangan yang betul dan
jauh daripada unsur-unsur yang melampau.
Ditanya sama ada Pas kini seolah diperkudakan Umno dalam mengangkat isu
agama sebagai bentuk kerjasama selain mahu menjejaskan imej Abdul Hadi,
Ahmad Fakhruddin secara sinis berkata, siapa diperkudakan siapa?
“Orang tidak pernah persoal adakah Umno diperkuda Pas. Yang orang
nampak Umno perkudakan Pas, tetapi adakah anda lihat Pas yang perkudakan
Umno?” katanya.
Semalam Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz
Omar berkata kenyataan beberapa pemimpin tertinggi Pas sejak
kebelakangan ini semakin mengelirukan.
8 orang berkata:
Presiden pas yg sesat. Tgna dulu lawan umno, presiden sekarang bersekongkol peluk presiden umno.
Amboi cantinya bahasa penulis sesat Pas ini.menggunakan ekor je .agak2 nya penulis ni berekor juga ,kalau berekor tu BINATANG lah .Tak heran pun .sebab peminpinya sepertinya juga.
Dap pun peluk umngok jgk siap pegang tangan lg tu...tu apa cerita pulak???
Tok soh kecek banyok la..baso presideng bengong..gi jago ganu mu sudoh la..jange dok kacau kelate..bodooo
Pemimpin2 PAS mengamalkan politik NATANG bkn matang. Ketua lebai kencing berdiri, walaun2 biol kencing berlari.
Nok mutoh tengok gamba bewok wei
Klu berani pecat la bodooo...
Cakap banyak, nak pecat tak berani.
Telo letak kat bontot
Klu tengok muka hj hadi dgn mat sabu aku terus pilih hj hadi sbb muka mat bu nampak bayangan bekas rembat isteri org satu masa dulu.
Post a Comment