Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA ORANG KATA TETEK JAMAL DAH GENDUT, ADA PANAU PULAK !


Jamal bertuala, mahu tumpang mandi di pejabat MB
Jamal bertuala, mahu tumpang mandi di pejabat MB

SHAH ALAM - Dalam keadaan bertuala untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor, itu yang dilakukan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos pagi ini di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Jamal juga membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

“Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

“Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” katanya ketika ditemui di hadapan pagar pejabat SUK Selangor.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.

Tambahnya lagi, beliau amat kecewa dengan kerajaan Selangor kerana isu ketiadaan air ini bukanlah isu baru malah sudah berkali-kali terjadi dan masih tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri. 

“Sepatutnya, kerajaan Selangor bertanggungjawab dan ambil pengajaran dengan apa yang berlaku kerana ia sangat menyusahkan rakyat.

“Mereka ini hanya tahu bercakap dan hanya menuding jari menyalahkan orang lain sahaja, cubalah belajar dari kesilapan dan mengakui salah mereka?” katanya lagi.

Beliau juga meminta agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mempolitikkan isu ini.

“Apabila dimaklumkan mengenai isu ini, mulalah kerajaan negeri mainkan isu politik dan tuduh pihak lain yang bersalah.

“Berhentilah menjadi pemimpin hipokrit yang hanya pandai mainkan isu politik sahaja 24 jam, akhirnya rakyat juga yang jadi mangsa,” tambahnya lagi

2 orang berkata:

Anonymous said...

Perut ulama zuhud pun dah boroi boroi kenyang makan dedak.

Anonymous said...

Aku ingat dia dah pergi rohingya dengan abdoh

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.