‘Umpan’ BR1M, tradisi pemerintahan terdahulu
KOTA BHARU – Tidak dinafikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah
‘umpan’ BN untuk memenangi pilihan raya, malah ia merupakan ‘tradisi’
yang telah pun dimulakan sebelum pemerintahan kini, kata Ketua
Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.
Menurutnya, malah dengan pemberian umpan ini juga kononnya menjadikan
BN ‘kuat’, sekali gus umpan dianggap strategi utama dalam memenangi hati
rakyat, sekali gus menang dalam PRU.
“(Pengerusi Bersatu) Tun Mahathir (Mohamad) misalnya telah menyekat
royalti minyak yang sepatutnya diperoleh oleh Terengganu sewaktu
ditadbir oleh Pas selepas PRU 1999.
"Demikian juga apabila Pas berjaya menawan Kelantan, pelbagai geran dan
bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri telah disekat
termasuklah hanya membahagikan baja subsidi kepada penyokong-penyokong
BN sahaja,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir bahawa BR1M
hanyalah merupakan umpan kerajaan untuk memancing sokongan rakyat untuk
memenangi pilihan raya umum yang akan datang.
Menurutnya, taktik umpan dan ugutan bukanlah bermula pada era
pemerintah kini sahaja tetapi ia hanyalah penerusan kepada tradisi
sebelum ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan turut merakamkan ucapan
tahniah kepada Tun Mahathir yang akhirnya berjaya menyedari implikasi
daripada tradisi buruk yang telah dilaksanakan sebelum ini.
“Bagi pihak Pas, kita menentang segala kepincangan kerajaan sama ada
dahulu dan sekarang. Kita tidak menentang atas nama mana-mana individu,
dan tidak berjuang hanya untuk menjatuhkan individu. Tetapi perjuangan
kita ialah menukar sistem yang pincang pada hari ini kepada sistem yang
terbaik berasaskan wahyu ALLAH SWT,” katanya.
6 orang berkata:
Nak tukar system dgn berpeluk2 ketua perompak??? Peluk betul.
Ikut suka la ko nak tukar sistem. Jgn ko tukar jadi sistem syiah sudah ler..
Nak tukar sistem mcm mana klu kelantan pun tegolek.
Tengok gambar mamat tu macam nak muntah. Your setahun jagung mulut dah macam cibai
Klu setakat mamat ni yg cakap, abang jib masuk dlm lubang jamban jer...
Ketua penyamun negara umpan 90juta..lobai2 pun meleleh air liur mcm anjing dicampak tulang.
Post a Comment