Abdul Hadi pertahan tindakan, sedia letak jawatan
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
mempertahankan tindakannya menghadiri Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah
kali ke-30 di Tehran, Iran baru-baru ini, demi pandangannya terhadap
perpaduan ulama, tanpa mengira Sunni dan Syiah.
Menurutnya, ia bukanlah kali pertama beliau menghadiri muktamar itu
memandangkan menjadi ahli Majma' Taqrib, iaitu Majlis Antarabangsa bagi
Pendekatan Mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran sejak
penubuhannya pada tahun 1980.
“Saya hadir ke situ dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama,
tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu. Kena baca ucapan
saya (di Tehran), saya tidak tunduk pada mana-mana kerajaan yang
terpengaruh dengan Barat atau Timur.
“Apa yang penting ialah kepentingan Islam dan apabila ada desakan
(pihak luar) ini, saya dah tulis surat kepada Kesatuan Ulama Islam
Sedunia (KUIS) bahawa itulah pendirian saya. Saya tidak terpengaruh
dengan dasar Qatar, Arab Saudi dan sebagainya,” katanya, dalam video
yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya.
Beliau yang juga Naib Presiden KUIS menjelaskan, beliau telah menulis
surat kepada Presiden KUIS, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi yang dikatakan
mengecam tindakannya itu.
“Saya sudah tulis surat dan saya bersedia untuk letak jawatan (jika
diminta). Saya pegang jawatan itu pun bukan saya minta, dia lantik saya.
Saya hadir ke muktamar dia dan saya bersedia,” tegasnya.
Bagaimanapun, Abdul Hadi mempersoalkan kebenaran kesahihan kecaman yang
didakwa dibuat oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi, memandangkan ulama itu
terlalu uzur dan menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan.
“Saya tidak tahu kenyataan dia itu benar atau tidak. Guna alat
(pendengaran) pun payah, mata pun tidak berapa nampak. Saya tidak tahu
adakah benar daripada dia atau daripada orang lain. Surat saya hantar
empat hari lepas melalui Setiausaha Agung Kesatuan (Syaikh Dr Ali
Al-Qaradaghi) supaya dibaca oleh mereka.
“Saya mahu supaya kesatuan ulama ini ada pendiriannya sendiri, tidak
dipengaruhi oleh negara Qatar atau mana-mana negara. Saya juga dijemput
oleh ulama-ulama Sunni di Iran. Kita kena sedar, 30 peratus rakyat Iran
adalah Sunni. Yang hadir muktamar itu, sebahagian besar adalah ulama
Sunni dari Iran. Apa kita nak tengok kedudukan mereka?,” soalnya.
Abdul Hadi turut melahirkan rasa terkilannya apabila persidangan
negara-negara Teluk dua minggu lalu, turut disertai Perdana Menteri
British.
“Apa kedudukan British? Adakah British adalah negara Teluk? Mengapa
hadir dalam sidang ini? Sidang ini telah membuat resolusi bersama
menentang Iran. Bukan menentang Israel, tetapi menentang Iran. Ini, apa
makna?,” tegasnya.
14 orang berkata:
Ya bagus. Lobai Hadi kena bertegas dengan pendiriannya. Dia juga patut bertegas dengan Sarawak Report, bila nak saman SR?
Anon 9:38 ni ketinggalan zaman atau manusia yg bodoh lg banggang...dh berkali2 SUA PAS terangkan masih tak faham2 lg ke??sia2 ibubapa htr hg p sekolah kecik2 dulu tp masih jgk bahalolnya...
Kedamaian Dan sejahtera....Tghh terbaikkk
Pentaksub syiah. Tiap2 tahun gi tempat syiah
Sudah hantar surat tunjuk sebab kat sr. Lagi 7 tahun kita saman la
Lepas ni minta damaikan israel dgn palestin pulak ye labu....
Tobaikkkk
Mynmar dengan rohingya sudah berdamai hasil usaha lebai labu..
Adalah TIDAK BERMARUAH menyahut jemputan syaitan syiah itu ketika mereka sedang membunuh puluhan ribu saudara islam sunni kita di syria. CILAKALAH KAMU. AMIN YA RAB.
Buat perhimpunan rohingya memalukan negara. Pergi iran memalukan ulamak. Semuanya sbb tak ikut saluran. Sbb nak tunjuk hebat.
Hebat la sangat....
Kecelaruan minda akbar daripada duri sendiri
walau apa alasan/hujah yg diberi,hati yg busuk tetap cuba menafikan...nafsu menguasai diri..na'uzubillah
walau apa alasan/hujah yg diberi,hati yg busuk tetap cuba menafikan...nafsu menguasai diri..na'uzubillah
Ketua pembohong. Org uzur mana boleh bg ceramah kat masjid al fateh istanbul.
Bongakkkk je lebih
pembaca budiman...hari ini sana sini asyik bercerita pasal dedak...yang bagi dedak dan yang makan dedak...tak habis dedak...yang sedihnya cerita dedak ni hanya melibatkan bangsa melayu....cuba kita fikir balik...siapa yang jadi pemula kepada cerita dedak ni...baik kerajaan...baik swasta...baik siapa saja...pernahkah kita fikir siapa pemulanya...tak lain dan tak bukan kaum cina...kaum yang menjadi pemula kepada bermulanya era dedak ini...kaum yang sentiasa berusaha mencari kelemahan kaum kita...cuba kita lihat sejenak...judi..dadah..pelacuran...penyeludupan...salah guna kuasa...penyelewengan...semuanya berpunca dari pemula dedak ini...kenapa ada pusat pelacuran...sedangkan majoriti..penguatkuasaan adalah ditangan orang melayu...yakni kerajaan...ujudnya pusat pelacuran kerana pendedak telah mendedakkan penguatkuasa...dan siapa taukey pusat pelacuran ini...taukey dadah..taukey judi...taukey segala pusat maksiat...kita hanya beroegang kepada ajaran islam...apa yang ALLAH suruh dan apa yang dilarang...negara kita masyarakat majmuk...agama rasmi kita islam dan islam tidak menghalang kita dari memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja...itu sahaja yang sepatutnya kita ikut...kita bagi...kenapa kerajaan kita begitu alpa tentang agama lain...seolah olah kita langsung tidak ambil tahu tentang halal haram hukum agama lain....ini yang salahnya kita...atas dasar mereka bukan agama islam maka kita kena bagi mereka hak dan kebebasan...pernah tidak kita ambil tahu...tentang agama hindu...buddha...kristian dan lain lain...tidakkah kita ketahui bahawa...apa yang menjadi haram pada agama islam...itu juga lah yang menjadi haram pada agama lain kecuali anjing dan babi...lain pada itu semua haram...agama buddha tidak pernah menghalalkan arak...judi..dadah..zina...rasuah dan berbagai lagi...tidak ada satu pun agama yang menghalalkan perkara yang tidak baik...di china sendiri pelacur akan ditangkap dan dihukum...judi juga adalah haram pada agama buddha...kenapa kita benarkan dan malah bagi lesen....arak juga haram pada agama mereka...kenapa kita benarkan dan bagi lesen..oleh kerana mereka tahu akan kekangan agama mereka juga lah dan kerana mereka adalah penganut durhaka kepada agama mereka...mereka tetap juga bak buat salah...maka ujudlah kisah dedak mendedak ini...tak didedak dengan duit dengan wanita...dengan harta dan berbagai lagi...jadi kita jangan hanya fokus kepada pemakan dedak dan pendedak sahaja...kita juga harus berbuat sesuatu kepada kaum yang menjadi pemula dedak ini...tidak akan ada penagih dadah sekiranya dadah tidak ada....
Post a Comment