TIDAK SIAPA YANG BOLEH DISALAHKAN DIKALANGAN PEMIMPIN KERANA KUASA MEREKA BERADA DITANGAN RAKYAT, RAKYAT YANG SALAH KERANA MENGUNDI BN. DAN JIKA NEGARA BANYAK HUTANG MAKA RAKYAT KENA BAYAR
- Pak Karamu -
Mahathir: Najib pinjam lagi...
SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr
Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan dengan langkah kerajaan yang
dakwanya membuat terlalu banyak pinjaman.
Menerusi tulisan terbaharu di blognya, Mahathir mendakwa, kerajaan
kini telah meminjam melebihi RM160 bilion ekoran kekangan kewangan
negara ditambah dengan nilai Ringgit yang jatuh.
"Nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan
untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit
ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST.
Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung
tinggi," tulis Mahathir di blognya chedet.cc
Bekas Perdana Menteri itu berkata, walaupun tidak dapat dinafikan
projek-projek mega diumumkan Najib menarik, namun yang tidak menariknya
adalah kesan daripada pelaksanaan projek-projek berkenaan.
"Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan
gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia
yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun," katanya.
Mahathir mengulas mengenai tindakan Najib sebelum ini yang
mengisytiharkan pinjaman sebanyak RM55 billion dari sebuah syarikat
ketika lawatannya ke China.
Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi elektrik di Pantai Timur.
"Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak RM55 billion untuk landasan
keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang RM55 billion ini.
"Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah RM55 billion, yang akan
dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek
ini," katanya.
Dakwa mahathir lagi, China pastinya akan membawa masuk teknologi dan pekerja dari negara mereka.
"Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun, mungkin
lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini,
khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar
negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali
ke sana," katanya.
Namun pada masa yang sama kata Mahathir, hutang sebanyak RM55 billion dengan faedah perlu dilunaskan oleh negara ini.
"Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran
bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada RM90
billion.
"Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu
gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi.
Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri," katanya.
Malah kata Mahathir lagi, pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan
dihantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan
mengalir keluar negeri.
"Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk
landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi
pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket
keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?,"
katanya lagi.
Justeru kata Mahahir, soalan yang perlu dibangkitkan lagi, adakah
sesudah siap perkhidmatan itu nanti, ianya akan menjadi pilihan rakyat
di Pantai Timur jika mereka ada pilihan pengangkutan lain.
"Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi
mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.Jika harga tiket rendah
keuntungan mungkin tidak diperolehi.
"Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund," katay
4 orang berkata:
Ali khamenei iran tu bukan ke syiah?
Apsal berpeluk lekat pipi kanan kiri? Lebai tak geli ker??
Ker satu line???
Kahkahkahkeokkkk
Kahkahkah...
Bagi sotong sekilo.
Walharammu wal halalku
Klu lebai halal, kira halal la
Sbb pas sokong umno
Post a Comment