Pas: Kami tak suka sahabat tikam belakang
KOTA BHARU - Pas berpendirian tidak mengamalkan budaya tikam belakang,
terutamanya dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik,
kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, melalui dasar yang sama juga, Pas ingin mengingatkan
mana-mana pihak yang ingin menjalinkan persahabatan politik dengan parti
itu untuk menghormati dan jujur dengan pendirian yang dipegang parti
itu.
“Sahabat kita, baru atau lama, duduk elok-elok dengan kita. Terutamanya
PKR. Nak berkawan dengan Amanah boleh, tapi jangan berperangai seperti
Amanah. Kena jaga, terutamanya di Kelantan.
“Kita sejak dari dulu hingga kini, tidak pernah sekali pun khianati
sahabat. Kita tidak suka budaya tikam belakang. Kalau nak tikam, tikam
depan-depan,” katanya semasa menyampaikan ceramah di Karnival Ekonomi
Anak Muda Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Turut hadir, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha
Biro Penerangan Bersatu, Deen Qassim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, dan
ramai lagi.
Menurutnya, Pas telah berkali-kali dikhianati iaitu semasa berada di
dalam BN dan ketika menjalinkan persahabatan dalam Pakatan Rakyat
bersama PKR dan DAP sebelum ini.
Beliau juga memberitahu, malah Pas bukanlah ‘tangga’ untuk batu
loncatan mana-mana pihak sehingga parti itu dilupakan apabila sudah
sampai ke atas puncak.
“Bila sampai atas, lupakan tangga yang naik tadi. Kena ingat, tidak
selamanya kita berada di atas, satu masa mesti kita mahu turun. Masa
itu, tangga juga yang dicari nanti," katanya.
8 orang berkata:
Tertanya-tanya siapakah yang tikam belakang semasa PRU13? Calon PKR terpaksa berlawan 3 penjuru di Kota Damansara, Sg Acheh dan banyak tempat lg yang menyebabkan BN menang. Semoga ustaz-ustaz PAS cermin diri dan insaf perkara itu. Jangan beri alasan bagi menghalalkan cara semata-mata.
Hahahaha....
Kaki tikam belakang tak suka kena tikam belakang.
Pan bukan nak tikam belakang. Pan terus terangkan mahu lawan depan2 di semua kerusi pas kelantan, Kedah, Selangor, Trengganu dan Perak.
Pan tak tikam belakang. Pan akan tikam2 depan2 dalam pertandingan tiga penjuru...
Ada faham?
Ada ularmak masuk air??
Amanah x pernah tikam belakang. Amanah tak berebut duit jual tanah. Amanah cuma nak rebut kerusi pas kelantan, tengganu & Perak. Kik222
Amanah tak pernah tikam belakang. Amanah juga tidak pernah berebut duit jual tanah spt group ular tu
Kalau ular mak nak kerusi lebih, gi la Iran sana. Peluk mursotol kuat2 ayatolollah Ali Iran dan mintak kerusi kat dia... Kik222
Cerita ular mak berebut duit jual tanah tak ada ker?
Tak faham lah org PAS ni claimed Parti Islam tapi akhlak hancusssss
Post a Comment