RUPANYA INILAH YANG SANGAT DITAKUTI OLEH MAHFUZ DAN PAKATAN PEMBANGKANG, IAITU KERAJAAN CAMPURAN, IAITU PEMBENTUKAN KERAJAAN SELEPAS PILIHANRAYA, RASANYA TIADA BEZANYA DENGAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN IAITU CAMPURAN BERBAGAI PARTI.
POKOKNYA MENGAPA MAHFUZ DAN PAKATAN HARAPAN TERLALU TAKUT DAN GUSAR ? ATAS TINJAUAN TERHADAP RAKYAT MAKA RAKYAT BOLEH TERIMA KERAJAAN CAMPURAN, AGAKNYA PAKATAN HARAPAN AKAN KALAH TERUK PADA PRU 14 NANTI SUDAH TERBAU .... -Pak Karamau
Pas akan tersingkir dengan strategi makan keliling
SHAH ALAM - Strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan hanya
menyebabkan parti itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak
berprinsip dan tidak boleh dipercayai.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, hala tuju tidak
tentu Pas boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan dan kepercayaan
rakyat.
“Kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat
Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang parti sedia membentuk
gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan
campuran selepas PRU akan datang adalah suatu kenyataan yang
mengelirukan.
“Sementara itu, dalam kenyataan Datuk Dr Mahfodz Mohamad, beliau
berkata, sekarang Pas bersendirian dan hanya dengan Ikatan dalam blok
ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti
gabungan itu yang menguntungkan Pas, mungkin boleh bentuk kerajaan
dengan parti lain termasuk BN.
“Kenyataan terbaru ini merupakan lanjutan dari kenyataan Timbalan
Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membawa maksud yang sama
dengan kenyataan Mohd Zuhdi menimbulkan persoalan besar di minda rakyat
yang semakin hari semakin tidak jelas ke arah manakah sebenarnya haluan
parti yang pernah dianggap sebagai parti pembangkang utama di negara
ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Mohd Zuhdi berkata, parti itu bersedia membentuk gabungan
dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang
untuk menubuhkan kerajaan campuran.
Kata Mahfuz, baik BN mahu pun blok pembangkang Pakatan Harapan dan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terlalu naif untuk
merelakan diri berada pada posisi lemah untuk bergantung kepada Pas bagi
membentuk kerajaan setelah memperhalusi 'strategi' parti mereka.
“Budaya politik tak tentu hala Pas sudah pasti akan dijadikan panduan
kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka
terhadap Pas dalam menghadapi PRU14?
“Saya percaya rakyat dan ahli Pas akan menjarakkan diri dari parti
apabila menyedari parti hanya berkehendakkan undi mereka untuk dijadikan
'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang,”
katanya.
12 orang berkata:
Barua betul. Kaki empat betul la.
Bior la dia makan keliling. Janji pan dan bersatu dpt masuk calun kat kerusi pas.
Org umno akan undi parti pas... kah3
Org pkr akan undi pas? Wakakaka
Org bersatu akan undi pas?? Wakakaka
Umno lawan pas lawan pan...
Agak2 sapa undi calon pas?
Umnos? Wakakaka
Pkr? Wakakaka
Pas? Yup
Oitttt...bukan ker mahfuz tu ahli pas sejati..ahli pas pun lawan tokey ker?? Pecat je mahfuz tu.
Tak pun pecat je tokey dia. Ganti dgn titm.
Dlm parti ada wular sawa banyaakkk busarrr. Dia duduk situ satu worang pusing2 tengok. Belakang itu wular makan sotong juga
Kalo eden ahli parti, dah lamo eden terajang tokey dio tu doh. Sib baik yo eden bukan ahli
Klu kelentong je serah kat walaunta
Pusing punya pusing punya pusing punya pusing tiba2 sudah sampai tehran. Cilaka punya ayatola
Nak bentuk kerajaan campuran dgn BN? Pak karam tak takut ke? BN yg kekalkan perlembagaan penjajah tuu. Selama ni PAS dok lawan BN tiba2 nak bergaul dgn BN? Biar betul pak karam!! Amanat Hadi dah campak ke mana? Ke sebab dah makan dedak 90juta? 90juta jer harga PAS?? err.. pak karan dapat berapa persen dari 90juta tu?
Post a Comment