Keluarga kesal majikan belum hulur bantuan
GEORGETOWN - Keluarga pemandu bas ekspres Zakeer Zubir, 32, yang
terkorban dalam kemalangan di Pagoh, Johor Sabtu lepas kesal tiada wakil
majikannya tampil bertanya khabar atau membantu mereka.
Abang mangsa, Zameer Zubir, 35, berkata keluarganya berhadapan dugaan
yang berat dan memerlukan sokongan serta bantuan pelbagai pihak terutama
daripada majikan arwah adiknya.
"Sudah tiga hari kejadian berlaku, kelibat majikan atau wakil langsung
tiada. Hospital pula mahu kami segera ke Johor bagi menandatangani
beberapa dokumen untuk melakukan pembedahan ke atas Miya (isteri Zakeer,
Miyarseh).
"Miya, seorang warga Indonesia, jadi kos rawatan lebih mahal. Kami
terkilan masih belum dapat ke Johor kerana perlu menjaga dua lagi anak
arwah yang berusia empat dan dua tahun serta emak yang masih trauma,"
katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah mereka di sini.
Allahyarham Zakeer adalah pemandu bas ekspres yang terlibat dalam
kemalangan di KM 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang
mengorbankan 14 nyawa termasuk anak bongsunya, Nur Natasha Zahara, 1.
Miyarseh yang turut berada dalam bas sama, bagaimanapun terselamat dan
masih menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah kerana cedera
parah.
Zameer berkata, untuk ke Johor juga mereka memerlukan belanja yang
besar kerana tiada saudara mara di situ dan tiada tempat untuk tumpang
bermalam.
Dalam pada itu, Zameer turut mempersoalkan mengapa hanya seorang
pemandu sahaja sahaja yang bertugas sedangkan jarak perjalanan sangat
jauh dari Pulau Pinang hingga ke Johor dan pulang semula ke Kuala
Lumpur.
"Kami tidak menolak kemungkinan arwah letih kerana memandu terlalu
lama. Tidak boleh salahkan dia dan kami sekeluarga sedih sebab ramai
orang salahkan pemandu sedangkan kami tahu dia seorang yang cekap ketika
memandu," katanya.
Sementara itu, adik Zamil, Zahirah, 21, berkata beliau ada menghubungi
hospital bagi mengetahui keadaan Miyarseh, namun kecewa tidak diberikan
sebarang maklumat, sebaliknya diminta segera ke sana.
"Kami sekeluarga berharap kakak Miya dapat dipindahkan ke Hospital
Pulau Pinang supaya senang untuk kami memantaunya kerana keluarganya di
Indonesia pasti tidak mampu datang ke sini," katanya.
Dalam pada itu, ibu Zakeer, Rashidah Abdul Rahim, 60, masih murung
akibat kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu dan dilihat
sering menangis sambil meriba anak-anak Zakeer, Nur Zafeerah, 2, dan Nur
Cahaya Zulaikha, 4.
Rashidah berkata kedua-dua cucunya itu tidak dapat tidur nyenyak dan
kerap meracau pada pukul 4 pagi mencari bapa dan adik mereka.
"Sehingga hari ini si adik yang berusia dua tahun sering merengek dan
langsung tidak mahu berenggang dengan saya. Dia seolah-olah mencari bapa
dan ibunya. Iyalah, nak bercakap tidak pandai tapi memang kerap
menangis dan merengek," katanya.
Disebabkan itu Rashidah berkata beliau susah untuk bergerak kerana
perlu menjaga cucunya yang menjadi anak yatim sekelip mata. - Bernama
5 orang berkata:
tuan pakkaramu...kenapa masih juga benarkan iklan durjana warga indon ni dipaparkan disini...tuan pakkaramu ni pro indon ke atau bersubahat dalam meraih keuntungan melalui iklan nombor ini...? iklan durjana...maksiat...
tuan pakkaramu...kenapa masih juga benarkan iklan durjana warga indon ni dipaparkan disini...tuan pakkaramu ni pro indon ke atau bersubahat dalam meraih keuntungan melalui iklan nombor ini...? iklan durjana...maksiat...
http://www.aplikasiduit.com/index.php?id=berbudiberbakti
itu lah melayu terlalu memberi muka kepada cina...akhirnya melayu balik bertuankan cina...betul seperti apa yang Dr Ridhuan Tee kata dalam rencananya.....
itu lah melayu terlalu memberi muka kepada cina...akhirnya melayu balik bertuankan cina...betul seperti apa yang Dr Ridhuan Tee kata dalam rencananya.....
Post a Comment