KALAU MOHD FAIZ SUDAH MINTA MA'AF, MAKA ITU MENUNJUKKAN DIA BERSALAH, JIKA DIA TIDAK BERSALAH BUAT APA DIA MEMOHON MA'AF ?
MAT SABU NI KELIRU KE ?
BERCAKAPLAH DENGAN BIJAK,
JANGAN BERSERABUT,
HANG TU PRESIDEN PARTI !!!!
-Pak Karamu-
Kritik Agong: Adili dahulu Mohd Faiz, kata Mat Sabu
SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan prinsip keadilan
Islam perlu diambil kira dalam mengadili kes Mohd Faiz yang didakwa
mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Kata Mohamad yang lebih mesra disapa Mat Sabu, keadilan Islam
meletakkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dirinya
dibuktikan bersalah.
"Ia terpakai dalam semua keadaan dan semua orang termasuk kepada bukan Islam.
"Dalam isu Mohd Faiz, kita melihat komen dan tuduhan dilemparkan
terhadap beliau di media-media sosial seolah-olah beliau telah bersalah
sedangkan beliau belum diadili," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, Mohd Faiz juga sudah memohon maaf di atas keterlanjuran tulisannya itu.
"Bagi Amanah, jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap
peguam-peguam dari Biro Undang-undang Amanah (kanun) akan memainkan
peranan dan pembelaan sebaiknya kepada beliau.
"Semoga keadilan dan kesejahteraan dapat ditegakkan," katanya lagi.
Terdahulu sebelum ini, Amanah memaklumkan pihaknya tidak dapat
mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan di laman sosial
mengkritik Yang di-Pertuan Agong.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kritik Agong: Amanah tidak kenal Mohd Faiz]
Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin
berkata, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit
dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenal
pasti lelaki itu.
“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa
individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini.
Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya.
Kelmarin, seorang pengguna laman sosial yang dipercayai penyokong
Amanah, Mohd Faiz mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Sementara itu dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf
kepada Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas
keterlanjuran kenyataannya itu.
Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di media
sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia
yang lebih baik.
3 orang berkata:
Kat kuale kangsar dulu lobai2 siap baring tido ateh jalan raya lagi. Ikut sunnah kot baring ateh jln raye
Bodo
Time tu tak ada sekor walaunta pun yang kata salah baring ramai2 atas jln raya. Semua kata betul.
Skang dah tukar.
Patot mat sabu kalo ko ada apa2 masalah,ko join pas jap..pas boleh backup,dah setle ko kelua dr pas balik..hehe
Dyana sofya yg x tutup aurat pun pas boleh backup..dulu pas baring atas jalan lawan sultan ok je xda pun pas pandang perbuatan tu keterlaluan dan sangat kurang hajar..padahal kita yg tengok dia baring atas jalan tu bukan takat nampak dia kurang ajar dah, bahkan mengalahkan kerbau kat sawah tahap dungunya tu hehe
Nampak,bila ko duk dalam pas semua ok je la sabu oi..pasal ko dah kelua itu je yg jadi masalah..ramai kata ko syiah pas pun backup ko gak dlu,manada pas siasat2 pun,backup terus hehehe
Post a Comment