Kerajaan campuran beri kelebihan pada Pas
SHAH ALAM - Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM),
Dr Mohammad Fuad Othman berpendapat, kerajaan campuran pastinya akan
memberi kelebihan pada Pas.
"Tetapi dengan syarat mereka mempunyai jumlah ahli parlimen yang signifikan.
"Sekiranya tidak, Pas akan dilihat sebagai parti tumpangan sahaja dalam
kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi
Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tak rancang wujudkan kerajaan campuran]
Mohammad Fuad memberitahu, sebelum ini Pas pernah bergabung dengan BN
dan tidak mustahil akan berlaku sekali lagi dari apa yang ditunjukkan
oleh kedua-dua pemimpin parti itu.
"Sekiranya Pas tidak bersama BN, parti itu akan berjuang bersendirian
kerana nampak sukar untuk bersama Pakatan Harapan yang ada Amanah dan
DAP," katanya.
Sinar Harian hari ini melaporkan, Pas melalui Naib Presidennya, Idris
Ahmad menafikan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang
mendakwa Pas dan Umno berkemungkinan bekerjasama bagi mewujudkan
kerajaan campuran pada PRU14.
Idris berkata, Pas masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran.
7 orang berkata:
Klu semua kerusi pas tumpang, camner nak buat kejaan campuran.
Saya cadangkan buat kejaan campuran di Iran dengan kerjasama ayatola syiah.
Saya tolak pas sebab wakil pas menyambut jemputan syiah ke iran. Bagi saya perbuatan itu sangat keji.
Pakaramu...
Tn hj mahfoz ketua ulamak pas sendiri yg kata kemungkinan pas buat kejaan campuran selepas pru 14. Jadi mungkin akal tn hj mahfoz dah rosak kot. Tolong bawak hospital sakit otak....
Baik bercampur dgan umno dari BERCAMPUR dgan dapig13may...
Parti kluk klek semalaysia mcm tu la.....
Idris kata tak ada kejaan campuran kecuali dgn PIGS.
mahfoz ketua ulamak kata mungkin akan ada kejaan campuran dgn umno kalu ia dpt menjadikan parti iti dihormati..
Kluk klek kan...
Satu kapal banyak nahoda di dalam PAS sekarang, ahli2 seperti aku jadi mabuk dan pening.
Post a Comment