PKR BAGI BERSATU KERUSI. DAP JUGA KENA BAGI
PAN JUGA KENA BAGI SEBAB MEREKA SATU GENG, PAS YANG TAK GENG KENALAH BERTANDING KAT SITU, BN JUGA BEGITU. MAKA JADILAH TIGA PENJURU
-Pak Karamu-
PKR sedia serah kerusi kepada Bersatu
SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia berunding bagi memberi
laluan kepada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dalam pembahagian kerusi
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu
bersikap terbuka dan perkara itu merupakan salah satu bentuk kerjasama
dalam Pakatan Harapan melalui perbincangan dan rundingan untuk mencapai
persefahaman bersama.
“Saya dah berbincang perkara ini dengan pimpinan PKR beberapa tempoh
lalu dan kita harus ambil sikap terbuka kerana ketika PKR baru dibentuk
dahulu pun, kita tak ada kerusi.
“Kita dapat kerusi dari DAP dan Pas... jika mereka tak bagi pada 1999, kita tak akan ada di sini pada hari ini.
“Jadi sekarang, saya kira giliran kita pula untuk menyumbang, bersikap
terbuka dan lebih bertanggungjawab untuk berbincang dengan rakan-rakan
dalam Pakatan Harapan termasuk Bersatu,” katanya selepas merasmikan
Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu di Bangunan SUK, di sini, hari
ini.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, pembahagian kerusi itu tertakluk
kepada strategi dan faktor keupayaan untuk menang (winnability) seperti
perjanjian yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan dan Bersatu.
Sebelum ini, Pakatan Harapan dan Bersatu bersetuju membentuk kerjasama
berlandaskan peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/1963, di mana
pimpinan setiap parti setuju untuk meletakkan satu calon sahaja di
setiap kawasan dalam PRU 14 nanti.
“Kerjasama ini juga tidak spesifik kepada sesebuah negeri sahaja
walaupun ketika ini,kita Pakatan Harapan sudah menguasai tiga negeri
iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Pada masa yang sama, Bersatu di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin
Yassin mungkin mempunyai kekuatan terutama di selatan Semenanjung
seperti Johor dan Melaka.
“Apa pun, pembahagian kerusi ini masih belum diputuskan dan perkara ini
masih dalam rundingan dan penilaian buat masa ini. Lagi pun, ini soal
strategi, kita tak boleh nak bincangkan soal strategi secara terbuka,”
katanya.
1 orang berkata:
Apa masalah nkau pok kore mu
Post a Comment