Kempen Pas Pilihanku bermula tahun depan
KUALA LUMPUR - Pas akan melancarkan kempen Pas Pilihanku yang akan bermula dari 1 Januari hingga 15 April 2017.
Pengarah Kempen Pas Pilihanku, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata,
kempen tersebut adalah untuk menggalakkan Pas kawasan dan negeri
menambah keahlian dalam parti.
"Kempen ini akan dilancarkan di seluruh negara mulai awal tahun depan.
"Kempen akan dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
pada 21 Januari di Shah Alam. Pas Negeri akan mengadakan pelancaran
mereka sebelum tarikh tersebut," katanya dalam sidang media di sini,
hari ini.
Katanya lagi, pihaknya telah menetapkan sasaran penambahan ahli untuk
Kedah dengan 25,808 penambahan, diikuti dengan Kelantan iaitu sebanyak
18,255 dan Selangor, 15,759 penambahan.
Buat masa kini, katanya lagi, jumlah ahli Pas bagi seluruh negara adalah seramai 874,838 ahli.
"Pas melihat terdapat minat yang tinggi terhadap Pas maka adalah wajar
kempen ini dilancarkan agar jentera parti dapat manfaatkam mereka.
"Kami yakin sasaran ini dapat dicapai berdasarkan trend penambahan ahli sebelum ini," katanya lagi.
5 orang berkata:
Alhamdulillah.. sedar pun.
Klu x tu, sibuk benda lain..
Bodooo punya parti aku.
Lama x turun padang, dekat2 pru baru nak tanya khabar kat pengundi ni, rasa malu2 sikit la....
Tak apa la.
Janji mulut manis. Malu sikit pun x apa.
Cuma sebagai ingatan, jangan jumpa orang asli dan mangsa2 bah kuning. Kang kena ludah plak....
Pru lama lagi la weiii.
Relak la.
Jom ngeteh dulu main dam aji.
Pru tahun 2018 la weiii
Ngeteh kat London dgn Menteri nikah kawin.
Post a Comment