'Belum wujud kesungguhan serah kerusi'
KOTA BHARU - Belum wujud lagi kesungguhan dan keyakinan dalam kalangan
parti politik pembangkang untuk menyerahkan mahupun berkongsi kerusi,
kerana mereka berdepan risiko kemungkinan kalah.
Pemerhati politik, Suhaimee Sahar berkata, bagi menewaskan BN di
sesebuah kawasan mengundi, strategi pemilihan calon dan parti yang layak
perlu diambil kira.
“Wajah-wajah baru atau wajah sedia ada belum tentu boleh beri
kemenangan kerana selama yang kita lihat sebelum ini, kehadiran khalayak
ke ceramah-ceramah diadakan parti pembangkang adalah berdasarkan isu
dibangkitkan.
“Tiada jaminan boleh diberikan melalui kehadiran khalayak yang besar
dalam setiap ceramah yang diadakan, kerana ia belum boleh menjadi kayu
ukur utama bagi menilai darjah sokongan dan tingkah laku pengundi,”
katanya.
Beliau mengulas mengenai kesediaan PKR untuk berunding bagi memberi laluan kepada Bersatu dalam pembahagian kerusi pada PRU14.
Menurutnya, tidak keterlaluan jika dikatakan penjanaan kuasa politik
melalui permuafakatan di antara PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bagi
membentuk permuafakatan politik memerlukan kesungguhan yang tinggi.
Namun, beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan
Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut mempersoalkan,
adakah pemimpin-pemimpin ini sanggup berkongsi dan berkorban kerusi yang
sudah lama didominasi demi membuka peluang dan ruang kepada parti yang
baru ditubuhkan.
“Ia dilakukan demi menggambarkan bahawa wujudnya satu sentimen baru
dalam politik tanah air. Adakah rancangan itu berkesan atau hanya untuk
menipu rakyat bahawa mereka sebenarnya sepakat?,” katanya.
1 orang berkata:
Ali kheimenei boleh bagi seikh hadi bertanding kerusi parti syiah di tehran dlm pru 14...heeee
Post a Comment