Amanah nasihat Pas jangan tunggu lama
SHAH ALAM - Pas perlu manfaatkan masa diberi sebelum memutuskan untuk
bersama atau tidak dengan Bersatu dan Pakatan Harapan dalam mewujudkan
pembangkang lebih besar.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, parti itu menghormati
rundingan dilakukan Bersatu dengan Pas, tanpa menyimpan rasa marah atau
dendam.
“Kami dalam Amanah, tidak marah atau berdendam dengan sesiapa. Kita
dalam Pakatan Harapan juga tidak membantah, kami beri ruang untuk
Bersatu berunding dengan Pas.
“Terpulang kepada Pas, bukan kami tidak beri ruang. Tetapi kami
sekarang dah berada di landasan, ‘bersedia untuk berlepas’. Enjin dah
panas, jadi tidak boleh tunggu lama-lama,” katanya.
Kelmarin, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau
memberi Pas masa sehingga tahun depan untuk putuskan sama ada ia akan
bekerjasama dengan pakatan pada pilihan raya akan datang.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, syarat ditetapkan Pas akan bersama
Bersatu sekiranya tanpa Amanah dan DAP perlu di fikirkan semula, demi
kepentingan rakyat.
“Kalau mereka fikir begitu memang susahlah. Kita tidak fikir Pas,
walaupun apa jua yang telah mereka lakukan. Kami dalam Amanah tidak
fikir perkara itu, kami fikirkan kepentingan rakyat.
“Menyelamatkan rakyat lebih besar daripada kepentingan peribadi. Ego
harus letak tepi. Bagi Amanah, kita mahu pakatan lebih besar. Tapi,
kalau orang tidak mahu, kita tidak boleh paksa,” katanya.
2 orang berkata:
Memang kau ni seorang bloger haprak .penyokong Umno.apa akau nak lebelkan kau ni .manusia jenis apa kau ni
Jgn la menuduh sesama islam
Post a Comment