Tembak: 3 maut, 3 cedera termasuk jurukamera RTM
GEORGETOWN - Jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Amir, 27
cedera dipercayai ditembak di susur masuk Jambatan Pulau Pinang,
sebentar tadi.
Dalam kejadian terbabit, dua lelaki termasuk Mohamad Amirul dan seorang wanita cedera manakala tiga lagi meninggal dunia.
Suspek melepaskan tembakan dan terkena bahu kiri mangsa kira-kira jam 7.30 malam.
Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya.
Kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate
kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu
tidak dikenali.
Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian terbabit.
1 orang berkata:
Tanam aje kat jirat cina, kata toliban al-walaunta
Post a Comment