Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK DINAFIKAN IA SATU BENTUK POLITIK WANG YANG MERAIH SOKONGAN

IA SATU KEPENTINGAN, IA SATU KEPERLUAN, IA SUATU PANCINGAN, IA SUATU KETAGIHAN, IA SUATU PANCINGAN, IA SUATU POLITIK TAGIH SOKONGANTERPULANG KEPADA KETEGUHAN KEIMANAN NAK UNDI DIANTARA YANG HAK DAN YANG BATIL MANUSIA PUNYAI OTAK DAN AKAL
 
- Pak Karamu -
 
 
 Dakwaan Tun M BR1M satu rasuah tidak berasas
BR1M

SHAH ALAM - Pemberian wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah banyak kali dipertikaikan oleh para pemimpin khususnya dari parti pembangkang.

Semalam, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.


Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga kelihatan yakin bantuan yang diberikan itu dapat meraih undi rakyat untuk terus menyokong BN.

Menurut Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir mendakwa bahawa dakwaan Mahathir itu tidak berasas dan bekas Perdana Menteri itu seharusnya mengemukakan bukti konkrit sebelum membuat kenyataan terbabit.

“Saya tidak menafikan hak Tun Mahathir untuk memberikan hujahnya namun begitu beliau haruslah juga kemukakan bukti kukuh.

“Jika tiada bukti kukuh dan hanya berdasarkan pandangan semata-mata maka ia kenyataan yang tidak relevan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Tanya rakyat, bukan Pemimpin

Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa pemberian BR1M itu adalah bertujuan untuk membantu rakyat dan setakat ini mereka berikan respons yang baik.

“PM sendiri kata bahawa wang BR1M ini adalah untuk membantu rakyat, jadi kalau nak tahu sama ada ia baik atau tidak, kenalah tanya rakyat, bukan tanya pemimpin.

“Satu kaji selidik harus dibuat untuk memastikan sama ada rakyat menyokong atau tidak bantuan seperti ini diberikan,” katanya lagi.

Negara maju sudah buat

Di samping itu, beliau turut mendakwa bahawa bantuan sebegini sudah banyak dilakukan di negara-negara maju.

“Di negara-negara maju sendiri bantuan seperti ini sudah banyak diberikan cuma ia datang dalam bentuk yang berbeza-beza, jadi apa salahnya jika kerajaan bantu rakyat?

“Di Malaysia, cara ini pula yang digunakan oleh PM untuk meringankan beban rakyat,” katanya lagi.

Ada rakyat dapat BR1M tidak sokong BN

Tambahnya lagi, Mahathir juga tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana ada juga rakyat yang mengambil wang BR1M tidak mengundi kerajaan BN.

“Datuk Seri Najib tidak salurkan bantuan ini untuk raih undi rakyat kerana ada sahaja yang mengambil wang bantuan itu tetapi tidak menyokong BN.

“Penggunaan ayat ‘rasuah’ itu sendiri merupakan satu tuduhan yang melampau dan tidak berasas serta untuk menyerang PM,” tambahnya lagi.

Rakyat gembira

Katanya lagi, setakat ini penerima gembira dan berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan BN.

“Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini rata-ratanya berpuas hati jadi tidak seharusnya perkara ini dijadikan isu,” katanya mengakhiri bicara.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Pas sepatutnya sudah mula berusaha sekarang untuk menghadapi bertandingan 3 atau 4 penjuru sekarang. Pas sepatutnya tidak boleh tidur nyenyak sekarang. Umno dan ph masing2 mempunyai cita2 besar di kelantan. Malangnya pas masih leka dgn permainan yg dicipta oleh umno dan ph.

Tolong beritahu tn guru hj hadi, cukup2lah mencipta isu yg merugikan pas. Isu yg ada pun tak mampu lagi nak tepis.....

Anonymous said...

Cukup2lah perangai bodoh sombong tu. Semua org tahu pas dah lemah. Jgnlah nak senangkan hati penyokong hingga penyokong leka seolah2 kita memang kuat.

Terimalah kenyataan. Terimalah kenyataan. Terimalah kenyataan. Jangan perbodohkan diri sendiri. Jangan ingat kita masih kuat spt pru 13. Itu dulu. Dah jadi sejarah. Kalau ahli pan 100 ribu, malangnya 100 ribu itu ahli kita yg keluar.

Cukup2lah. Usahalah. Baliklah ke lubuk. Selari semua kami. Bina semula hubungan dgn kami. Jangan bodoh sombong. Kita sudah lemah. Ingat, kita sudah lemah. Kita semalam lemah akibat permainan pemimpin kita yg ego.

Anonymous said...

Pemimpin asyik beri tumpuan pd perkara lain. Bertentangan urat untuk perkara lain. Mengambil berat rakyat negara lain. Rakyat di tempat sendiri lintang pukang.

Cukuplah tu. Parti lain semua sudah patut strategi jumpa rakyat. Ambil hati rakyat. Parti kita masih hanyut. Leka tak sudah2. Org2 muda yg dulu jadi tonggak, kini entah pergi mana. Atas pasar pun tak tau cerita. Tapi pemimpin kita masih hanyut dibuai mimpi.

Tak tahulah. Nampak2 gaya memang melepaslah kelantan kali ni. Entahlah. Ikut sukalah. Dah malas nak fikir. Kecewa sangat.

Anonymous said...

Pak karam..tajuk artikel di atas sepatutnya..TIDAK DINAFIKAN 90 JUTA SATU BENTUK POLITIK WANG UTK MERAIH SOKONGAN.

Bila lebai haji nak saman Sarawak Report?

Anonymous said...

Lompat aje la lebai. Yg ko tunggu jugak mcm tunggul kat situ buat hapa?

Anonymous said...

Dah kecewa tu tak kan duduk melangut kat situ jugak. Gi la berhijrah ke parti Amanah. Awat lol sgt..

Anonymous said...

Untung laa hadi rm90juta dah masuk kantung. Walaunta dapat apa? Jaminan masuk syurga tanpa hisab?

Anonymous said...

Jom ramai2 kita lompat. Tak guna duduk kena tipu lebai hari2

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2138] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.

MBAH JAYA WARSITO said...









Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam pasang NOMOR

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi NOMORl


4"Anda udah kem***-m*** tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun NOMOR yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI DARSA akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh NOMOR 2D ,4D, 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI DARSA DI NO: [[[085-321-606-847]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

kalau tanya rakyat suka brim atau tidak?mereka akan ckp apalah guna kalau dpt brim jika dikenakan gst..mereka lebih suka takde brim dan takde gst.

cass said...

Br1m adalah satu kaedah memiskinkan negara serta merugikan melayu dan membantu kaum lain lebeh berganda ganda....berapa peratus melayu yang layak dapat...berapa peratus pula yang bukan melayu atau bumiputera yang dapat...kaum c + i + b dan lain lain....datuk nenek kita menumpahkan darah untuk menghalang negara kita dari dirampas...dijajah pendatang...hari ini tanpa perlu ditentang kita memberi dengan rela...tidak salah kalau atas dasar rakyat negara ini...tetapi berbaloikah? pastikah kita yang kaum kaum ini akan taat setia kepada negara kita...menghormati perlembagaan...bahasa...adat budaya...raja dan sultan ...sanggup berjuang mempertahankan negara? pastikah kita....berapa banyak anak cina yang masuk sekolah kebangsaan?..berapa banyak yang hafal rukun negara?..kita boleh bagi kalau mereka ini benar benar layak dan berbaloi memberi...yang kita sedia maklum tentang kaum ini...dibagi betis hendakkan peha...dibagi sedikit hendakkan semua.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.