Jamal serbu pusat judi Ampang pula
AMPANG JAYA - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos
bersama pengikutnya melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis
perjudian di Taman Kosas, di sini, sebentar tadi.
Memetik laporan Berita Harian, serbuan itu dibuat jam 3.45 petang ke
atas rumah kedai premis perjudian di Jalan Kosas 1, bersama kira-kira
100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Difahamkan, serbuan itu telah mengejutkan beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai.
Sebelum ini, Jamal melakukan serbuan ke atas beberapa premis perjudian yang dikesan wujud di sekitar Sekinchan.
Jamal berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi
menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.
"Berdasarkan pemantauan saya, didapati sekurang-kurangnya 400 premis
perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya.
6 orang berkata:
Sokong..sokong cegah maksiat.
Hoi bodoooo....kat genting tu lagi mega..pergi lah serbu..
Kalau kerana mahu tunjok2 tunggulah kelak buku pasti akan bertemu ruas..
Jamal ni betul la masuk air...
Betul kepala hotak ko pakaramu. Walaupun pusat judi tu haram tapi pihak yg patut serbu bukan jamal. Jamal tak ada kuasa. Jamal melanggari undang2. Jamal patut bawak budak2 dia utk desak mddb atau pihak polis.
Buatnya mamposs kena katok nenceroboh permis orang, mamposs katak aje mamat ni.
Kali jamal guna undang2 sdri, pemilik judi pun mungkin akan guna cara sama.
Nak sokong pun sila guna otak. Jangan makin tua makin bengap...
Ini namanya sokong bawa rebah style walaun biol.
Post a Comment