Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENAHANAN TIDAK BERMOTIF POLITIK, MACAM BEBASNYA GUAN ENG DAN RAKAN-RAKAN

UNDANG-UNDANG NEGARA TAK KENAL SIAPA, YANG KENAL HANYA UNDANGAN UNDANGAN

SUATU PANDANGAN YANG TIDAK MEREPEK TEGAR

 Pak Karamu-

Undang-undang tak kenal siapa



AddThis Sharing Buttons


Undang-undang tak kenal siapa
Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 

LANGKAWI - Penahanan beberapa bekas pemimpin yang kini menghadapi beberapa pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah tidak bermotifkan politik sebaliknya ia tertakluk kepada undang-undang negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, undang-undang akan menentukan mereka yang menghadapi pertuduhan itu sama ada bersalah atau sebaliknya.


"Undang-undang tidak mengira sesiapa dan di Malaysia, raja pun tertakluk kepada undang-undang. Pemimpin atau bukan pemimpin tertakluk kepada undang-undang ini.


"Kita ada cara, bukan tangkap dan (terus) tahan dalam penjara. Ini bukan cara kita, sebaliknya mereka ada pendakwaan, mereka boleh sediakan peguam dan macam-macam cara boleh dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pertemuan Warga Peladang di Bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi di sini, hari ini.


Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa pemimpin Umno yang ditahan dan dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dengan yang terbaru membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata sebelum kerajaan PH mengambil alih kerajaan, terdapat beberapa salah laku pemimpin terdahulu termasuk menekan pihak tertentu untuk membayar cukai yang tinggi.


"Ini cara luar daripada undang-undang. Undang-undang negara  tidak boleh menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kenakan cukai lebih tinggi," katanya.


Katanya berbeza dengan kerajaan kini yang tidak menekan sesiapa sebaliknya membenarkan undang-undang berjalan mengikut proses yang dibenarkan. - Bernama

12 orang berkata:

Anonymous said...

kikiki lebai dah goyang. duit tambang ke london dah cukup ke? jgn ponteng pulak yer.

Anonymous said...

Pak karamu....

Jangan ingat eddy bawang dan 90 juta keldainya tak kena dakwa. Bila tiba masanya, bila tiba gilirannya, eddy bawang akan masuk dalam jugak. Sekarang biarlah eddy bawang berlari2 mengejar mimpi dulu. Cukup masanya, ngapppp...

Anonymous said...

Rasanya lepas zahid hamidi, kini tiba giliran pas pulak kottt. Mana mau lari bhaii??

Anonymous said...

Lepas ni giliran lebai nasha, lepas tu lebai eddy bawang laa.

Anonymous said...

Tu laa.. masa pru14 pas bodo nak bertanding sendirian, kalau pas pakat dgn umno haritu confirm menang besar tapi pas malu2 bewak nak bergabung dgn umno masa tu. Kalau tidak, mesti zahid jadi pm dan hadi jadi tpm. Lim guan eng mesti dah masuk jel, mat sabu balik motong getah dan najib boleh terus joli katak rompak harta negara. Sayangnya.. pas bodo guna strategi bodo kehkehkeh.

Anonymous said...

Kalau pas menang pru14 haritu mesti sarawak report kalah saman di london thn depan kikiki

Anonymous said...

Kalau pas menang pru14 haritu mesti hashim jasin jadi menteri agama.. eh! Lupa.. pak ashim kalah bertanding.

Anonymous said...

Nik abduh jadi menteri kewangan.. suka laa kawan2 cia dia.

Anonymous said...

Pak karam akan infaq 70% harta dia kalau pas pru menang haritu.

Anonymous said...

Pak Karamsingh jgn lupa makan ubat.....jaga jantung dan kencing manis.

Anonymous said...

Pak haram, pas tak buat tabung milo utk bantu najib dan zahid ka? Kata nak bantu membantu dlm benda baik. Najib dan zahid tu baik, depa dizalimi madey. Haa tunggu kepala bapak lagi? Cepat la buat tabung milo bantu najib dan zahid.

Anonymous said...

Ramai nyer pengikut abu lahap..
Korek korek korek...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.