UNDANG-UNDANG NEGARA TAK KENAL SIAPA, YANG KENAL HANYA UNDANGAN UNDANGAN
SUATU PANDANGAN YANG TIDAK MEREPEK TEGAR
Pak Karamu-
Undang-undang tak kenal siapa
(Ubah saiz teks)
LANGKAWI - Penahanan beberapa bekas pemimpin yang kini menghadapi
beberapa pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah tidak bermotifkan
politik sebaliknya ia tertakluk kepada undang-undang negara, kata
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, undang-undang akan menentukan mereka yang menghadapi pertuduhan itu sama ada bersalah atau sebaliknya.
"Undang-undang tidak mengira sesiapa dan di Malaysia, raja pun
tertakluk kepada undang-undang. Pemimpin atau bukan pemimpin tertakluk
kepada undang-undang ini.
"Kita ada cara, bukan tangkap dan (terus) tahan dalam penjara. Ini
bukan cara kita, sebaliknya mereka ada pendakwaan, mereka boleh sediakan
peguam dan macam-macam cara boleh dibuat," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Majlis Pertemuan Warga Peladang di Bangunan
Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa
pemimpin Umno yang ditahan dan dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan
rasuah dan salah guna kuasa dengan yang terbaru membabitkan Presiden
Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata sebelum kerajaan PH mengambil alih
kerajaan, terdapat beberapa salah laku pemimpin terdahulu termasuk
menekan pihak tertentu untuk membayar cukai yang tinggi.
"Ini cara luar daripada undang-undang. Undang-undang negara tidak
boleh menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kenakan cukai lebih
tinggi," katanya.
Katanya berbeza dengan kerajaan kini yang tidak menekan sesiapa
sebaliknya membenarkan undang-undang berjalan mengikut proses yang
dibenarkan. - Bernama
12 orang berkata:
kikiki lebai dah goyang. duit tambang ke london dah cukup ke? jgn ponteng pulak yer.
Pak karamu....
Jangan ingat eddy bawang dan 90 juta keldainya tak kena dakwa. Bila tiba masanya, bila tiba gilirannya, eddy bawang akan masuk dalam jugak. Sekarang biarlah eddy bawang berlari2 mengejar mimpi dulu. Cukup masanya, ngapppp...
Rasanya lepas zahid hamidi, kini tiba giliran pas pulak kottt. Mana mau lari bhaii??
Lepas ni giliran lebai nasha, lepas tu lebai eddy bawang laa.
Tu laa.. masa pru14 pas bodo nak bertanding sendirian, kalau pas pakat dgn umno haritu confirm menang besar tapi pas malu2 bewak nak bergabung dgn umno masa tu. Kalau tidak, mesti zahid jadi pm dan hadi jadi tpm. Lim guan eng mesti dah masuk jel, mat sabu balik motong getah dan najib boleh terus joli katak rompak harta negara. Sayangnya.. pas bodo guna strategi bodo kehkehkeh.
Kalau pas menang pru14 haritu mesti sarawak report kalah saman di london thn depan kikiki
Kalau pas menang pru14 haritu mesti hashim jasin jadi menteri agama.. eh! Lupa.. pak ashim kalah bertanding.
Nik abduh jadi menteri kewangan.. suka laa kawan2 cia dia.
Pak karam akan infaq 70% harta dia kalau pas pru menang haritu.
Pak Karamsingh jgn lupa makan ubat.....jaga jantung dan kencing manis.
Pak haram, pas tak buat tabung milo utk bantu najib dan zahid ka? Kata nak bantu membantu dlm benda baik. Najib dan zahid tu baik, depa dizalimi madey. Haa tunggu kepala bapak lagi? Cepat la buat tabung milo bantu najib dan zahid.
Ramai nyer pengikut abu lahap..
Korek korek korek...
Post a Comment